Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Peta = Maps

Aku tak suka peta. sebab apa aku tak suka? sebab aku tak pandai baca peta. hahaha. logik kan jawapan aku? yela, aku penah pegi camping tidur 5 hari 4 malam dalam hutan sekali je kot selama aku hidup di bumi Allah ni. kira okay la tu kan dari tak pernah langsung. tu pun aku cabar diri aku buat something yang aku rasa eh boleh ke aku survive dalam hutan lama lama tu. nasib baik aku tak sesat dalam hutan tu dan masih jumpa jalan pulang sebab aku masih mampu menaip dan membebel panjang lebar macam mak nenek takde gigi kat blog aku ni. Hehehe. okeh gaiss... semua orang ada peta sendiri, antara sedar dengan tak sedar je. sekarang, benda yang aku tak suka tu la aku bakal bakal bakal buat. ye, melakar peta yang mungkin suatu hari nanti akan jadi peta khazanah yang menyimpan seribu satu cerita di sebalik lakaran peta tu.
memang aku serba kekurangan. sebab aku masih belajar asam garam kehidupan. sebab tu aku tak meminta lebih, sebab aku tahu aku tak sempurna. just i need my-half-part yang boleh lengkapkan ketidaksempurnaan hidup aku. sebab tu Allah cipta kan J O D O H . tugasnya menyempurnakan each other. ye, saling melengkapi. bukan senang nak bawa someone masuk dalam life kita. bukan senang senang macam tu je nak terima. manusia ni lain lain, tak sama. bukan senang juga if baru kenal then boleh terus click. nak bagi kepercayaan lagi, ingat senang ke semua tu? memang nampak macam mudah tapi tak semudah tu. sebab bagi aku tu semua makan masa. if you bump into a new person in your life and its like auto connected, click! Whoa, it is mean? perhaps its not just pit stop for awhile but keep stay and never step away. Heyy princess, dont put the hope too high dearself. if you really care about somebody, the best suggestion is make a Dua'. make Dua' for them. because Dua' is longlasting ever and duduknya di Atas sana, tak akan pernah pudar dan tak akan pernah hilang. jangan putus Doa :)

Watak

Kadang kadang aku terfikir. wujud sebenarnya watak dalam perjalanan kehidupan kita ni. pernah korang terfikir? kalau tak pernah takpe, biar aku sorang je yang pelik sebab suka fikir benda yang pelik yang sama pelik sewaktu dengannya. Hehehe. lepastu aku terfikir lagi, watak apa yang aku pegang eh? watak apa agaknya. adakah aku hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan yang hanya sekadar membantu jalan cerita, atau watak sampingan yang digunapakai bila perlu, atau heroin tambahan yang menambah perisa serta rasa, atau betul betul sebagai heroin sepenuh masa? gerangan mana satukah aku? kau rasa? -,- aku sendiri belum ada jawapan untuk soalan itu.
Harini aku nak cerita pasal satu watak yang wujud dalam cerita hidup aku. aku tak tahu nak kategorikan dia sebagai watak apa. aku namakan dia si-polan. hai si-polan, maafkan saya harini saya nak cerita pasal awak. Ehh... tak payah nak baik sangat la ber-awak-saya haihhh geliii makhayam. hahahaha. Si-polan, kita bertemu pun bersebab. yes because Allah is the best planner. at first aku kenal kau, aku tahu kau jauh hebat berbanding aku yang tak seberapa ni. bukan nak compare, bukan aku tak bersyukur tapi itu pada zahirnya yang aku nampak dengan mata kasar. aku belum habis cakap lagi, so jangan kecam terlalu awal. hehe.
See? everyone have their own role in real life. bukan hanya kebetulan. sebab Allah dah susun baik baik setiap episod dan jalan cerita. mungkin watak kau adalah untuk uji aku. ye si-polan, kau uji aku luar dan dalam. sikit sikit kau uji aku. mungkin tak nampak, sebab halus sangat ujian kali ni. aku bukan paranoid or overthinking. tak. tapi bila aku duduk dan fikir cara matang, ini yang aku rasa. aku tak tahu apa motif kau buat tu semua depan aku. whether sengaja atau tak sengaja. memang kau nampak aku ni macam kalis peluru aku masih boleh tersenyum depan kau but the truth is, sakit sangat. kau ingat aku suka? aku tak suka. sikit pun aku tak pernah suka. sakit kot. deep inside. tajam kau bagi aku. kebarangkalian berdarah. tapi aku always standby plaster, jangan risau. mungkin kau nampak aku masih lagi tersenyum sebab tu kau still doing the same routine. takpe takpe. aku telan selagi mampu telan, jangan nanti dengan kau sekali aku telan. hahahaha. yela macam aku cakap, kau ada role kau dalam hidup aku. itu watak kau. watak kau merupakan satu ujian untuk aku yang acah acah gagah ni. padahal aku takdela segagah pohon besar yang berdiri kukuh, tapi aku hanyala ranting yang kecil yang mampu patah bila bila masa.
apa pun, aku nak cakap terima kasih si-polan sebab since we ever meet kau ajar aku something. dalam halus ujian, kau ajar aku untuk selalu bersabar sabar dan sabar. kau jugak ajar aku untuk jadi better then kuat. percaya? aku tak tahu apa dah jadi dengan aku, tapi i feel something different sebab aku boleh bersabar dengan something yang kadang kadang aku rasa cukup kuat ke aku nak handle semua ni. macam ada power. seriously. (kau jangan la bayangkan power yang aku maksudkan tu macam power rangers pulak, itu dongeng sangat) adoooiii, hahaha. ***pesanan penaja; dear cikizzati tabah la wahai hati, kuatkan semangat yang tak berapa nak kuat tu dengan kukuhnya berdiri atas tapak kaki sendiri sekukuh dinding batu bata konkrit yang telah kau bina selama ni :)

Apa Hukum Kacau Tunang Orang?

wooo, tajuk kali ni macam phewwwiittt~ peh peh pehhh gila la izzati tulis pasal topik tunang siot. *hang tu dah bertunang kah?* hahaha. haippp, diam ahh. senyap dan baca apa yang aku post kali ni. moga bermanfaat pada semua.
aku rasa semua orang dah sedia tahu tentang hukum kacau tunang orang ni. yela, orang tu dah otw nak bina masjid kot, yang kau dok pi kacau hubungan orang lain tu dah kenapa? jangan cari nahas, nanti bukan nahas yang datang. bala yang datang. *sorry for my harsh words, emosi sikit malam ni* ekekeke :D Tapi aku ada satu persoalan, macam mana pula orang yang dah bertunang tu gatai gatai kacau orang lain? means mengadakan hubungan dengan orang lain selain tunang dia. haaa macam mana tu? apa pula hukumnya? Jangan asyik nak salah kan orang yang kacau tunangan orang je. kadang kadang tunangan orang yang sibuk menggatal kacau orang luar. situasi macamni selalu terjadi. siap bermanis muka, siap bermanis kata, siap ber-whatsapp bagai. apa semua tu? sedar tak yang kau tu dah jadi tunangan orang? kau dah ada tunang. wooiii sedar tak? sebab ada je kes ada yang sampai mengaku outsiders tu setaraf dengan title tunang dia. keep going saying that non-stop. deyy, kau samakan outsiders tu sama tempat duduknya dengan tunang kau? kau biar betul. mana pegi darjat sebagai seorang 'tunang' ? kalau macamtu takde istimewanya la dia jadi tunang kau. sebab kau boleh letak dia sama level dengan orang biasa. kau tak malu ke buat macamtu? kau tak malu ke cakap macamtu? setiap apa kau buat tu perlu ada batas. bukan boleh simply kau letak orang lain sama taraf dengan tunang kau. fuhh... gila tak gila? Kau tak rasa bersalah ke kat tunang kau. kalau la tunang kau dengar apa setiap butir kata yang kau ucap tu, agak agak hancur berkecai berderai tak hati tunang kau? mesti luluh patah retak seribu kan. aku simpati sangat dengan dia. ye, simpati. kenapa la kau buat macam tu. apa lagi yang kau cari? apa lagi yang kau nak sebenarnya? apa lagi? Huh... manusia.
memang bertunang ni tak harus dihebahkan. tapi bukan bermaksud kau boleh menggatal dengan jantan/betina lain. haaa kasar kan bahasa aku? sebab orang macamni tak boleh cakap baik baik, tak lut langsung bagai curah air di daun keladi. tapi tu la lumrah manusia. tak pernah cukup. tak pernah puas dengan apa yang dah tersedia ada. sebab kalau cukup, kau tak akan cari orang lain. kau tak akan sanggup buat tunang kau macamtu. what for kau bertunang, kau ikat pasangan kau kalau kau rasa nak cari yang more better than apa yang kau ada. jangan sakiti orang lain. jangan. sebab kau akan rasa sakit yang sama tu suatu hari nanti. kifarah Allah itu pasti. betul la kata kata orang, " sesungguhnya dugaan bertunang dan menjadi tunangan orang ni adalah la sangat besar dan hebat " . so pada sesiapa yang berhajat nak bertunang atau dah ada tunang kat luar sana tu, hargai la tunang anda. ingat balik, kenang balik, dengan tunang kau tu la kau pasang tangga dan angan agan mat jenin nak bina mahligai bersama. jangan cepat gelap mata, gelap hati. sebab ketika kau cari yang lebih sempurna, kau akan hilang yang terbaik yang Allah dah bagi pada kau. jaga la baik baik. bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Allah tahu yang terbaik. jangan kejar yang sempurna, sebab yang sempurna tak pernah wujud. remember my words.

Permulaan untuk Pengakhiran

Hai december:) sekejap je dah hujung tahun kan. aku rasa macam baru je lagi 2015 tu datang. dah hujung tahun dah. dalam tahun ni je ramai kawan kawan aku yang dah beranak pinak. ada sorang kawan aku ada yang dapat anak kembar, ada yang dah timang cahaya mata kedua dah pun. aku ni apa yang ada? anak tekak je mampu setakat ni. Hahahaha. boleh la tu, anak juga kan? dah jangan cut the main point. hehe. cepatnya masa berlalu. tak sedar masa lebih mendahului, kan kan? so now kena say goodbye dekat november. november yang banyak kenangan, bak kata omputih November-to-Remember la, haa gittuuu. curlassss tak? hihi. actually hati aku girang sangat sebab dah lama bebenor rasanya jari jemari aku tak menari nari dengan bahagianya atas keyboard lappy kesayangan beta ni. jari aku menari tanpa henti taip dan terus menaip apa yang lahir dari hati. terima kasih lappy sebab masih setia bersama aku setelah sekian lama. banyak jasamu yang harus ku kenang. hahahaha apa hal jiwang sangat ayat aku ni? ishhh chhoooiiii, aku sendiri yang baca aku sendri yang geli geliman kahkahh!
ceria? sebab gambar boleh menipu. actually permulaan bulan ni je aku dah jatuh sakit. muntah muntah entah tak tahu punca, hilang melayang selera makan aku yang macam godzila tu, then kepala aku rasa berat sangat. dah ikhtiar pegi clinic jumpa doctor, tapi dia kata simptom tu normal jaa. doctor kata lagi, maybe aku stress. heyy kau rasa normal ke kalau aku muntah setiap pagi tanpa sebab? haihhh. stress? tu mungkin la part of it tapi tang normal tu aku macam nak gelak je. Haha. aku tak mengeluh, malah aku lagi bersyukur sebab aku tahu, sakit tu penghapus dosa dosa kecil. terima kasih Tuhan sebab bagi aku rasa segala nikmat ni. doakan moga aku cepat kembali pulih sihat sejahtera seperti sedia kala ye korang. mudah mudahan. senyum wahai izzati, selagi boleh senyum. sebab dengan senyuman tu kau selalu bajet macam kuat dan sado padahal lembik je hahaha dan macam yang kau selalu pesan pada diri kau, senyuman tu umpama magis yang boleh tutup apa yang terbuku dan terkubu dalam hati. please be strong dearself ♡

Best Partner in Food Crime

Kalau nak lakukan jenayah yang clean and hasilnya steady berbaloi baloi mesti kena ada matlamat, perancangan yang teliti, dah usha usha survey lokasi jenayah and paling utama mesti kena ada partner kan? Partner pulak mesti yang sekepala, yang boleh jalan serigan berganding bahu dan tenaga, yang ada teamwork, yang boleh susah senang tanggung risiko sama sama. Kalau sorang masuk jail, maka sorang lagi turun sama masuk jail. Baru la adil kan. Dont be so selfish. Pfttt... aku rasa pembuka entry aku macam kunun kunun thrill sangat je hahaha. actually aku takdela cerita pasal jenayah apa. jenayah yang aku maksudkan ialah, jenayah makanan. pernah dengar tak? kalau tak pernah, means kau la yang jakun sekarang ni. hehehe. Kidding kidding :D
Cerita pasal makan dan makanan terlalu banyak yang nak di kupas. sebab benda tu subjective. semua orang suka makan. semua orang suka pada makanan. lagi lagi kalau tengok deco or garnishing yang super awesome terhidang depan mata, pehhh mesti rasa sayang je nak cuit makanan tu, lagi la nak makan. kan kan kan? wajib selfie selfie dulu sebagai memories di masa mendatang. Tahu sangat dah perangai orang zaman sekarang. *sebab aku pun buat benda yang sama hahaha* okay, kenal kan this is my best partner in food crime. hihi. Tarraaa~
Says hello to him, hi hi hiii ! welcome see your face in may site. i hope you're happy and smiling reading this right now :) haaa, nak gosip sikit ni. dia ni kalau bab makan, uiii laju je cakap jom. dia selalu bawa aku pegi makan dekat tempat yang best best. explore sana, explore sini. sebab dia suka cuba benda yang lain dari yang lain katanya. okay baiklah encik. Hihi. dari segala celah ceruk dia bawa. bak kata dia, ' i am navigator ' ohh yeah? hahaha. welkkkk :p well ya, best sangat dapat try something new in life lagi lagi new taste in your mouth. memang happy tummy la cite dia kan. hehe. tapi satu je yang boleh buat muka dia stress kerut kerut macam jawab soalan spm yang susah gila tahap gaban, bila aku tanya... " nak makan kat mana? " hahahaa. aku rasa soalan tu boleh jadi soalan yang pecah otak pada abad ini. jangan la stress sangat sampai macamtu reaksi muka, alahaiii makan kat mana mana pun boleh kan. tak semestinya dekat tempat yang mahal mahal, tak semestinya dekat tempat yang ada nama. paling penting asalkan halal dan kenyang. semua tu rezeki dari Allah kan. rezeki harus di kongsi bersama baru membawa berkat. ye idokkk?
Rasanya dah macamm macam tempat dah jejak kan. ada yang sangat memuaskan tiptop service and ada juga yang just nice. biasa la tu, level setiap manusia ni tak sama semuanya. anyway thanks sebab selalu menjamu cikizzati hingga buncit semua cacing cacing dalam perut saya kegemukan kekenyangan dengan somethings new tanpa jemu. selagi ada kesempatan, rasa la segala nikmat yang ada kat dunia ni. even kadang kadang macam kering idea nak cari some nice place to chill out. actually tak kisah pun nak makan kat mana mana, no need to stress figure out the best place sebab rasanya mana mana pun best je sebenarnya. by the way, i really appreciate it and i really enjoy doing it because im foodie. Hohoho. moga di murahkan lagi rezeki. Amin :)

cara pantas nak empuk kan daging dengan cepat

Haaa mari dekat, mari dekat wahai orang kampung semua. ni hakak nak cerita pasal someone yang tanya aku pasal macam mana cara paling pantas cepat untuk empukkan daging. Ye, betul la tu apa yang mata korang baca tu. aku nak cerita pasal satu kisah pasal nak empukkan daging yang korang dah rebus lebih dari 3 jam. As HotKat student yang tak kedekut ilmu hehe, aku pun bersemangat jawab siap explaination panjang lebar berjela jela macam tak cukup space nak type haha. Nampak kan semangat gila aku bagi explaination. Kawan yang baik tak aku? hihi. Dah habis explain tu, aku punya tanya la daging apa yang dia nak empuk kan tu. banyak ke kuantitinya. yela, aku pun nak tahu specific sikit la. sebab size daging kan berbeza beza ketebalan isinya. lain jenis daging, lain masa empukkannya. tak sama. then tak lama lepas tu, member aku ni pun cakap la " kejap kejap, aku pegi dapur jap amik gambar daging tu eh " . aku pun iye kan jela, aku tunggu la dia reply whatsapp aku sambil layan movie. tak lama lepas tu, dia send image gambar daging yang di rebus nak empukkan tu.
ok sekarang korang nampak dengan jelas tak daging apa yang di sedang cuba untuk empukkan tu? nampak tak nampak tak? hahahaha. Hawauuu betul punya budak! aku ni mati mati la beriye iye explain bagi method and petua bagai nak bagi daging tu cepat empuk. Sekali daging ni yang kau tanya aku macam mana nak empukkan? Ceittt... woooiii, sekali kalau aku dah hempuk kau dengan periuk tu baru kau tahu erti empuk tak empuk. hahaha. samdol kedodol la kau. kau prank aku eh. lepastu kau gelak besar kat aku ye. ooo... takpe takpe tunggu turn kau pulak nanti. welk welkkk :p hahahaha

T a k u t

Takut. takut lagi? tak habis habis dengan cerita takut kau ni wahai izzati. bila nak jadi berani kalau asyik takut je? ye aku tahu, nisbah ketakutan kau tu besar. teramat besar sampai tak boleh dibendung. Tapi kemon la izzati. jadi berani sikit maju selangkah ke depan. keluar dari gelombang takut kau tu. kau ingat kau tersangkut dalam filem horror ke tengah berlakon dalam scene hantu nak datang tetiba lampu terpadam, guruh dan kilat berdentum lepastu tingkap pulak terbukak tutup dengan sendirinya then hujan turun dengan lebatnya *babak wajib dalam setiap cerita hantu kan, ecehhh typical sangat cerita hantunya* hahaha :D
- - - Biar susah sekarang, bahagia di akhir nanti - - - " Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah " , in shaa Allah ada kebahagiaan yang menanti. Sabar. Doa. Usaha kena double, biar nampak effort. Solat jangan tinggal. Masa solat tu, sujud dan doa pada Allah, cerita segala perancangan dengan details. Jangan tertinggal satu pun, kira macam buat presentation depan Allah la. bagitahu apa yang kita hajatkan, apa yang kita rancangkan. Kalau ada rezeki, in shaa Allah nanti Allah bagi juga. Cuma cepat atau lambat je. Janji Allah itu pasti. Percayalah. **pesanan dan kata kata semangat untuk diri sendiri**

mata dan normal

tiap hari aku baca email. belambak email setiap hari. kadang kadang sampai tak larat nak baca sebab busy dengan kerja kerja kerja then nak hadap email lagi, nak balas satu persatu email satu hal. dah la email tu belambak. haihh. dah tuntutan kerja kan, so jalankan la tanggungjawab tu dengan ikhlas wahai izzati :)
amacam? dah cukup besar tak font size tu? Bhahahahaa :D jangan gelak lebih lebih eh. aku sekeh jugak karang. ni ada satu hari haritu, aku dapat email macam ni. pehhh aku rasa deep gila dia punya nganjingan halusssss gittuuu. eh helloooo bradaa, kalau tulis pakai font normal pun aku still boleh baca, still boleh reply email awak tu. takpayah la tulis besar gini. alhamdulilah, mata aku masih normal lagi. memang habit dia ke apa send email font besar anak gajah macamni kat orang. Haihhh manusia ni macam macam la -,-

N I A W

Dearself, i know you really like this shortfom of your name since you are born. cause of you think its such unique and who cares kalau ada orang kutuk pun siap sebut meow meow bagai. eh lantak ahhh, whatsoeverrrrrr..... tu semua stock stock tak fabulos sebab tu mereka masih berada di level yang sama. move on sikit la bradaa.. sampai bila nak ada kat level yang sama je? move on, move on. *amboi cikizzati, pandai suruh orang lain move on eh. diri sendiri tu masih berpaksi di takuk yang sama atau dah berjaya melangkah ke satu era yang lebih maju?* haa jawab jawab. hohoho. tepuk dada tanya diri sendiri wahai izzati :)
as you know, NIAW is a ordinary girl which born with princess dreams. sebabkan dia anak perempuan yang last, tu yang perangai mengada manja terlebih tu. dengan macam macam pe'el yang kadang kadang tak dapat dikenal pasti dan tak dapat dibendung. well ya, i am my parents little princess and always be like that forever. kan mak, kan abah? kan kan kan. haaa, izzati tahu mak selalu buka blog izzati baca perjalanan kisah merapu serapu kerapu anak mak yang sorang hihihi. i am big welcoming you visit mine site, dear beloved mother :) imagine macam words tu bertemu dengan real soul. haa gitu, ironik tak jawapan aku. Hihi. kenapa? jangan la tanya kenapa. sebab ianya adalah NIAW , still and always will be N I A W since forever.

Merah Beta

B e b e l a n dari jauh. . . Heyyaa Merah, *sambil buat peace, senyum manja dan kenyit mata* nak sweet depan depan macam selalu tak boleh, sebab jarak memisahkan kita. so aku acah acah jela, kau bayangkan je eh. sebab kau kan kuat berimaginasi sampai terlebih quota kalau langgan pas internet so benda tu semua apa ada hal hehe. pahal nak marah aku, betul la aku cakap yang kau tu kuat berimaginasi a.k.a kuat berangan. Eh ehhh terlepas cakap pulak. Oopssieee! Hahahaha :p
dah dah, tak payah nak buat muka terharu macam bersemut mata tengok screen phone kau tu. kau tak payah nak perasan sangat yang aku rindu kau banyak. aku rindu sikit je sebenarnya. so tak payah nak perasan lebih lebih. hahaha. sebenarnya aku rindu nak gaduh dengan kau. bila dah jauh ni terasa sangat. lagi lagi kau bagi gambar yang kononnya bukti sahih kau bawa "aku" kemana sahaja kau berada tu. Woooiii, saja buat aku sedih kan? kau memang sengaja kan. saja usik hati kecil aku. nak kena tampar? ke kau nak aku tarik rambut kau sampai kau botak? wuuu kalau kau botak ehh... *jap jap aku bayangkan* pehhhh mesti menganciammm, aummm... Hahaha.
lain kali tak payah nak sweet sweet sangat eh. *taknak la jadi macam satu statement yang kau penah mengaku masa practical kat avi dulu kala. masihkah kau ingat deng deng dengg... hahahaha* karang takpasal orang ingat kita ni ada hubungan terlarang. nanti takde siapa nak datang pinang aku woii. ohh tidakkkk! Hihihi. aku tahu sekarang ni ada something yang keep bothering life kau. yang buat kau jadi miserable macam orang gila. aku mohon kau tabah setabahnya dan kuat sekuat tiger. haa lepas baca ni, pegi makan biskut tiger macam kau selalu buat cicah dengan air teh panas. lepastu mengada mengadu dumba dengan aku sebab biskut kau jatuh tenggelam dalam cawan tak sempat nak sua kat mulut. nak cakap samdol karang marah, yang kau pegi celup lama lama biskut tu kenapa. aku siku siku jugak kau ni. Huhu. jangan calarkan imej berbaju kitchen la kalau attitude gitu hohoho #mohonsentap ekekekee. rindu sebenarnya nak sarung baru kitchen ni. nahh hakak payung satu gambar, peluk cium dari jauh ❤
ingat pesan aku, sabar. macam kau selalu pesan kat aku dulu, sabar. kalau ada 10 tangan yang tolak kau jatuh, akan ada satu tangan yang setia hulur kat kau dan tarik kau untuk bangkit semula dengan segagahnya, iaitu ; aku. persetankan semuanya, keep chill and just be charming of yourself. xoxo :)

Pistanthrophobia

ni adalah satu sindrom. fobia. tapi fobia tu biasa biasa je. ni pistanthrophobia ni kira atas sikit dari fobia. advance lebih sikit gitu. aku rasa ramai yang penah mengalami sindrom ni dalam sedar ataupun tanpa sedar. dan aku rasa, sindrom ni dah pun melanda aku. sikit demi sikit dan sekarang mungkin dah boleh jadi gunung. Pistanthrophobia. ye, dalam melayunya ; Fobia. kenapa orang boleh jadi fobia? woo bruhh, macam macam sebab boleh terjadi. fobia ni universal. banyak cabang fobia ni kalau nak dirungkaikan. so takpayah la aku rungkaikan semuanya, karang korang gugur rambut pulak baca untuk fahamkan satu persatu. hehehe =D kalau jenis pistanthrophobia ni, fobia nak percaya kat orang. haa macam aku sekarang ni la. aku susah nak percaya kat someone tak kesah la siapa pun dia, lama mana pun aku kenal dia, kalau aku kata aku tak percaya dan aku tetap tak akan percaya, tapi once aku dah ada kepercayaan tu means aku betul betul percaya. tapi pistanthrophobia ni akan jadi masalah bila aku try nak percaya someone yang bagi kepercayaan dia pada aku. I've tried. but i still cant. aku still di takuk yang sama. berganjak tapi sikit. slow macam kura kura dan masih fobia. fobia terlampau. bukan aku la jenis yang suka nak gali balik kisah silam aku. jaja sana sini minta simpati orang untuk orang faham apa dan kenapa semua ni terjadi. cuma aku tak kuat sekuat tiger macam zaman muda mudi dan aku takut. ye... aku ulang sekali lagi, aku takut. aku fobia dengan kata kata manusia. pendek kata, aku fobia dengan manusia. sebab tak semua kata kata manusia disekeliling kita ni boleh digunapakai. kadang kadang hanya omongan kosong. suka suka cakap tapi takde hasil. manusia dan kehidupan. Kadang aku kesian dekat orang-orang yang murni niatnya, tapi disebabkan orang lain dia turut sama tergolong jadi mangsa fobia. maafkan aku, sebab aku masih ditakuk ini. > > > Pesanan dari penaja ; mohon tak berdarah mata baca karya-kerepek-kerapu aku yang seakan tak boleh diterima di puncak akal kalian ;)

Monmonmon

Helloo monmon-san! disebabkan dah kantoi dan kau dah mengaku yang kau stalk aku kan, aku pun dengan berbesar hatinya buat satu entry untuk kau wahai monmon. haaa, suka tak suka tak? derrr... tak payah nak suka sangat. apa lagi, bayar ahh. ingat free aku type semua ni untuk kau? Hahaha. kau jangan gelak gelak hambar sangat eh sambil baca apa aku tulis ni. aku lempang kau laju laju karang. bagi kempis sikit pipi pau kau tu. Hehehe. *cehh aku pandai cakap orang pipi pau, pipi sendiri dah macam belon tak sedar diri agaknya kan* ahhh lantak kesah pulak aku kan hahaha
Bahhhh, lama dah tak jumpa kau kan mon. tu la lain kali jangan cepat sangat angkat kaki dari PMM tu. anyway thanks sebab setia jadi stalker aku sampai kantoi kau stalk aku. kehkehkehh. lain kali kalau rindu cakap jela rindu, tak pun datang jumpa aku bertentang mata bawa aku pegi melantak macam dolu-dolu hohoho. selalu bagi coklat kat aku acah acah surprise sangat konon macam dolu-dolu. selalu cheerup aku kalau aku sedang berduka lara, lepastu kena marah dengan aku ekekekee. kau memang kawan yang baik, mon. Even kat sekolah dulu aku sombong dengan kau, haha apa pun, jaga diri baik baik. hati hati pilih kawan, jangan biar orang buli kau. kalau ada orang buli kau, kau bagitahu aku, biar aku bom dia. *sambil angkat kening buat muka garang* haa takut tak? hahaha. nanti kau nak naik pelamin jangan lupa aku. aku nak duduk meja VIP tau. cakap je pasal kawin, aku tahu kau tengah senggih lebar. dah dah, tak payah nak senggih senggih sangat mon. okbai.

Its the first time :)

Kali ni tajuk entry gedik gedik sikit, hehe sambil buat muka paling comel. sambil kelip kelip kan mata acah acah gittuww. uhukkss. Mengada je lebih kan? rasa macam nak tampo tampo je muka aku ni. kasi kurus sikit pipi pau gebu gebas tu. Haha. Oleh kerana malas nak type panjang panjang, sebab korang pun malas nak baca kan apa aku bebel bebel ni. nahh hakak belanja satu gambar for the first time.
Well ya ya yaaa, happy bonding time :D haa faham ke tak faham ke buat buat tak faham? hakak baru nak feeling feeling cakap omputih ni. please la faham. Haha great momento with a great foods, thanks uols ❤

Never

Well well well... gaiss, adakah korang setuju dengan kenyataan ini?

You can eat everything

EAT... EAT... and EAT... Because i am foodie and food lover, this statment absolutely win. Ekekekekekekee :D beware, i want to eat you, ngaaappp!

Uneasy

Well ya. Today i feel something. Entah. Tak tahu nak describe macam mana. Uneasy. Why i am feeling uneasy? Idk why. Idk bout what yang buat aku rasa uneasy. Maybe perasaan aku je kot. Kot la. Tapi hmmm entah. Tak suka rasa macamni. I wanna my normal feeling. Tak ada rasa uneasy macamni. Please dear self :'(

Recovery

Sejak sejak ipu udara malaysia ni tak sihat,
semua rasa sakit sakit.
tapi aku hairan kenapa budak sekolah je yang dapat cuti.
Hairan sekali.
mana aciiiii macamtu kan.

Tak aci tak aci tak aci.

Memang budak sekolah je yang ada hidung kan.
mungkin orang dewasa atau kategori pekerja ni semua takde hidung agaknya.
mungkin juga bernafas melalui insang. HA-HA
Ok tak kelakar. Jangan gelak.

Hahaha. Whateverrrrr...

Semalam aku MC.
Gastrik menyerang tanpa belas kasihan plus demam.
satu hari terlantar dan terperap kat rumah je.
rest la kononnya tu. Ishh chooiii. huhu

memandangkan IPU kat JB ni pun kritikal,
So aku antara yang tergolong dalam golongan mangsa mangsa terjebak angkara jerebu *ayat poyos habis kan* hihihi

Dah telan ubat ubatan yang pelbagai semalam,
moga moga speed la recovery ye wahai izzati.
Aminnn.

Hijrah 2015


aku pun tak pernah terjangka ni semua akan terjadi.
sebab macam mustahil pada awalnya.
tapi bila dah makin dekat ni, aku kena juga terima kenyataan.
ye, ini kenyataan.

alhamdulilah, aku syukur.
jika ni yang terbaik yang Allah dah aturkan untuk aku, permudahkan la.
kita tak tahu kan apa yang Allah dah rancangkan untuk kita.
so bersangka baik baik saja wahai izzati:)

sesungguhnya aku memohon kekuatan darimu Ya Allah.
moga kuat semangat izzati. kuat mental fizikal.
hati tu kena kental, yakin pada diri.
sebab hidup ni realiti. tak seindah yang disangka.
semoga semuanya di permudahkan untuk kau, izzati.
mudah mudahan. in shaa Allah.

aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku.
korang doakan aku okeh?
selamat berhijrah wahai cikizzati.

Merah Putih Legacy

MerahPutihLegacy
ini cerita pasal dua orang sahabat baik yang terlampau rapat macam adik beradik kandung. suka gaduh gaduh manja. suka buat perangai pelik.
sorang nama merah sorang nama putih.
siapa merah siapa putih? teka la teka la :)
hehehe

rasanya before ni aku penah tulis entry pasal siapa si merah ni. so kalau nak tahu, korang kena throwback balik entry dulu kala kalau nak tahu siapa merah dan siapa putih. wuuhuuu, kipidap! hihi.
aku kawan dengan dia dari semester satu masa belajar diploma dulu. tapi rapat dengan dia since kita ditakdirkan jadi roommate satu bilik. awal awal masa duduk satu bilik tu dulu macam errr krik krikk..krik krikkk je tau hahaha tapi alhamdulilah, weouls satu kepala rupanya so jadi rapat dan semakin rapat. nampak tak Allah tu sehebat hebat perancang kan? dia bagi aku seorang sahabat yang terbaik untuk aku.
even kau ni selalu annoying, selalu buat aku rasa annoying gila bak hangg, menyampah aku dengan kau ni kadang kadang rasa macam nak tampar tampar je tapi kau selalu ada dengan aku. tak pernah pergi tinggal kan aku. terima kasih sahabat, sebab tak pernah melangkah pergi. selalu kasi otak untuk fikir masalah sampai pecah kepala. selalu buatkan maggi. selalu buat air teh dengan kopi cicah biskut bila petang petang. hehehe
sekarang ni bila kita dah habis belajar, aku rindu semua momento aku dengan kau. rinduuuuuu sangat sangat! sebab aku tahu semua tu tak akan berulang lagi macam astro yang suka tayang cerita ulang ulang. hahaha. so aku just boleh thowback balik je gambar kita untuk kembali rasa momento kita dulu. tu je yang mampu, sebab nak kembali semula pada masa dulu, tak akan pernah boleh. mustahil. kecuali kalau doremon bagi pinjam pintu kembali ke masa silam hahaha. ok dongeng sangat. hikhiks! 
vroomm..vroommmm.... rindu tak nak naik vroomm vroomm dengan aku? lepastu emosi sendiri sebelah aku kalau kereta lain potong kita hahaha. alaa kereta kita kecik comel je kot, kereta yang potong tu semua besar gabak. so jangan la emosi sangat jenab oiii. sabau sabauuu *versi abang man steward* hihi. kau pemalas kan nak drive. nasib baik tiap kali aku drive kau tak curi tidur, kalau tak aku cabut kepala kau. haha. ada lesen tapi taknak drive, haihh simpan lesen tu tunjuk dekat anak cucu nanti lepastu cerita, "dulu mak ada lesen kereta tapi mak tak drive ponggg. duduk sebelah je" choooiiiii ;p

sekarang ni tiap kali aku nak pegi mall, aku macam emmm rindu kau. rindu nak cuci mata dengan kau masuk butik sana butik sini. then lepas dah pilih barang nak beli gaduh pulak dengan kau kat kedai tu sebab tak tahu nak pilih yang mana satu idaman kalbu hahaha. haiii, rindu nak shopping dengan kau. sebab kau la ratu segala hasutan untuk hasut aku beli tu beli ni habiskan duit ikut nafsu hahaha lepastu balik menyesal. haa, tu la perempuan. shopping tak ingat dunia, balik pokai garu kepala. hewhewhew.
kau rajin teman aku makan. sebab kau pun kuat makan. haha. rindu nak makan sama sama dengan kau lepas tu borak borak tah apa topik tah lepastu bengang sendiri sebab tak faham movie yang kita tengok tu. haa, tengok lagi movie sambil makan, kan aku dah cakap nanti tak faham. degil. hahaha. kalau keluar makan kat kedai, pehh order makanan pelik pelik lepastu tak habis. air pulak, tah habis habis order sirap ais. ehh apa barang minum sirap ais weh? upgrade la sikit, sirap laici ke, sirap limau ke, ni tak sirap ais. hellooo, ingat nak pegi kenduri ke minum sirap? hahahaha. sakit ke hati tu aku bahan kau? padan mukaaaaa! welkkk ;p

ni perangai kau dari dulu memang tak pernah berubah, suka buat aksi terlarang depan camera. aku dah cakap pose comel comel molek sikit, nanti aku nak publish dekat umum kau degil. buat jugak. aksi crazy frog la, aksi langau la. macam macam aksi kau buat. lepastu kalau aku dah letak gambar aksi tak senonoh kau tu dekat instagram, kau tahu pulak mengamuk macam kucing hilang anak. malu konon, habis tu buat aksi terlarang macamtu siapa suruh. ishh tarik rambut nak? hohoho.. rindu la nak main tarik rambut dengan kau. hahaha

MerahPutih memang tak boleh dipisahkan dengan something yang sama dan serupa. kalau boleh every single thing mesti nnak sama. suka beli something yang sama. mesti sama. kalau tak sama sebijik, lain color pun takpela asalkan sama. kalau ada satu je benda tu mesti tak beli, sebab tak boleh. mesti kena dua dua ada. sampai ramai yang cakap weouls ni macam kembar. kembar tak seiras, sebab weouls suka benda yang sama. means weouls ada citarasa yang sama la kan. sebab tu boleh ngamm satu kelapa. yeahhh. 
rasanya bila lagi boleh kita togather gather lagi spend all the time macam dulu kala lagi ek. semua benda buat sama sama. amik angin malam, bebel sana bebel sini. gosip sana gosip sini. gelak gelak ketawa lawak bodoh. buat perangai gila tak semena huhuhu. rindu. ye, aku rindu. nak aku jerit ke aku rinduuuuuuuu. yela kau kan kejap kejap kurang pendengaran kadang kadang so cakap dengan kau kena jerit sikit. kalau tak, kau tak dengar. hahaha.
aku nak jumpa kau lagi. nak sangat. memang kita still boleh jumpa, tapi tak kan sekerap dulu kan. apa pun, terima kasih sebab jadi sahabat susah senang aku. jadi pendengar setia, jadi penasihat dan penceramah tegar walaupun tak berbayar suka sangat bagi talk free. kihkih. lepastu suka marah aku, ishhh menciiii. haha. jadi sahabat yang paling best untuk aku. wa cakap lu, terbaikkkk lah :) terima kasih untuk semua memori indah pahit manis sedih marah duka lara gembira ni semua, aku hargai sangat. aku sayang kau mate mate. nanti kawin jangan lupa, aku nak jadi pengapit kau. lap lap muka kau yang banjir atas pelamin tu nanti hihihi. okbai.
salam rindu dari jauh, cikizzati

Dot ohh Dodot

Ini cerita pasal sorang kawan aku ni. satu class masa belajar diploma dulu. aku rapat dengan dia. dia ni unik. unik sangat. hihi. kenapa unik? kena kenal dulu si dia baru tahu betapa uniknya dia ni. nama timbangan manja, dot. tengok, nama dia pun dah cukup unik kan? tak caye aku cakap dia ni unik. hahaha
Hai dodot!
auu cak auu cakkk! hahaha

apa khabar kamu disana? adakah sihat sihat belaka? saya disini rindu kamu.
haa, gituu bahasa aku. kerlassss kau jahhh. hahaha :D

aku tahu kau akan baca apa yang aku membebel ni. hehe.
so teruskan membaca okeh :)

sebenarnya malam tadi kan aku pegi bazar dekat up town senawang. saja jalan jalan cuci cuci mata, aku takdela nak cari apa pun sebab tahun ni feeling nak raya tu emmm macam takde. entah. haha. okay, dah aku jalan punya jalan dengan penuh sesak dibanjiri manusia manusia yang sedang rakus membeli belah untuk sambut hari raya, aku ternampak ada satu stall ni, dia jual kuih muih raya. macam macam kuih ada. lepastu dia ada jual cake juga. siap ada tester lagi. aku ternampak ada tester red velvet cake, chocolate moist cake, so orang dah offer bagi rasa kan, aku pun ngappp je la masuk mulut. hehehe

aku pun try satu satu flavor. boleh than sedap la, tapi aku tak beli pun. sebab tak rasa nak beli kahkah! 
sekarang ni the point is, aku nak cakap aku rindu nak makan red velvet cake dengan kau siap main suap suap acah acah manja gediksss gitu hahaha. emmm dapnyeeeeee! cake yang biasa ni pun rasa macaam luar biasa bila makan dengan kau tau. haaa, gituuu. hahaha terima kasih daun keladi dodot sebab belanja, nanti belanja lagi ehhh kihkihkih :D
lepas makan lepas dah puas selfie, then naik kereta gelak gelak sebab kau tunjuk tempat yang kau kata best tapi bila sampai tempat tu gelap gelita tak nampak apa apa hahahaha lepastu jalan jalan sampai uptown kajang pehhh bestnyaaaaa. even kita tak plan nak keluar, tapi rasa macam dah plan perfect je kan. haihhhh bila nak late night hangout sama sama lagi? hihihi. 

lepasni kita hangout sama sama lagi okeh. nanti kita cukupkan corum SLIMS a.k.a OKROCA CEO baru gempakkkk best best besttttt :) 

Bahaya Typo

Apa itu typo?
typo bermaksud Typing mistake atau lebih tepat lagi Typographical errors.
dalam bahasa melayu yang mudah faham. salah tulis atau salah ejaan. 

typo bahaya?
ehh, bahaya kenapa pulak?
jom baca kenapa typo tu bahaya.

mohon jadikan teladan pada masa sekarang dan pada masa akan datang.
lepasni janji dengan diri sendiri jangan salah type lagi ye. (sebenarnya aku pun selalu typo jugak hahaha)
memang nampak macam kelakar tapi kalau kita yang alami macam mana?
rasa takut pulak lepas baca ni.
masa tak boleh di undur. ingat tu.
bahaya typo ni sebenarnya. bahaya sungguh!

so lepasni sebelum send mesej ke, email ke, whatsapp ke update status kat wechat ke instagram ke dan sebagainya check dulu betul betu. baca balik, dah rasa puas hati baru send dengan hati yang tenang. hihi.

p/s : peringatan kasih sayang bersama dari cikizzati :) chingggss!
jangan kata hakak tak payung gambar iphone. kihkihkih.

Petua pantas dan mujarab hilangkan Jerawat

Wahhh izzati, rasa macam 'wowowowwww deabakkk (awesome dalam bahasa korea)' je tajuk entri kat atas tu. hahaha. ok, sebenarnya entri ni di ilhamkan oleh sekumpulan jerawat jerawat comel yang datang berhijrah tanpa izin dan beranak pinak dekat muka aku dengan bahagianya. haha 

ohh time ada jerwat tu, semua tegur aku kenapa muka penuh jerawat ni. selalu bersih licin je. huuuiii sangat la aku tak suka! benci benci benciiii. benci tahu? rasa macam nak siat siat je kulit ni. cepat la pergi wahai jerawat. syuhhhhh~~ pegi jauh jauh dan jangan pernah kembali lagi haaa gituuuu.  

oleh kerana aku rasa sakit mata sakit hari tengok jerawat tu, aku pun try macam macam cara nak hapuskan jerawat tu. alhamdulilah dengan izin Allah, aku jumpa satu petua tradisional dan berhasil. yayyy! syukur.

so aku dengan baik hatinya nak kongsi satu petua terbaikkkk untuk sesiapa yang nak hilangkan jerawat dengan pantas tanpa kos yang tinggi. barang barang pun senang gile nak cari dan nak buat. simple sangat.
mungkin akan terasa panas sedikit dekat muka, tapi hanya untuk sementara.
macam omputih selalu cakap, " beauty is pain "
selamat mencuba :)

Jangan la bersedih wahai Manusia

" La tahzan. Innallahha ma'ana "

selalu la baca sebagai penguat diri atau kalau setiap kali aura negatif datang menyerpa menyelubungi diri. In shaa Allah lepastu segala kesedihan akan hilang. Allah tu maha mendengari.

p/s : perkongisan sesama saudara sesama umat islam. saling ingat mengingati, buat gaji akhirat. In shaa Allah.

Big Happy Kitchen Family ALM

nametag kesayangan, izzati. 
saja nak throwback kenangan indah lagi sweet sweet manis macam gula gula kapas yang jual kat pasar malam tu. sedapnya gula gula kapas kan, lama tak makan. hihi. dulu kecik kecik zaman kanak kanak ribena kalau ikut mak abah pegi pasar malam mesti beli. lepastu dah sedap ngap sampai licin, tetiba nangis kat pintu bilik time malam malam sebab takut nak tidur, takut gigi rosak kena makan ulat gigi. hahahaha. tu time kecik je ok, sekarang izzati dah sadooo. hahaha

ok sudah cerita gula gula kapas masa silam tu. sekarang aku nak bebel panjang lebar pasal family kitchen aku yang tersayang ni. dah sedia? 1..2..3... jom start mengembara bersama kenangan saya hihihi. 

kitchen life ni macam satu family. ada papa, ada mama, ada sister, ada brother. semua ada. lengkap macam satu family. hehehe. terima kasih chef. chef yang banyak beri tunjuk ajar. sangat sporting ting ting tinggggg hahaha saya sayang chef chef sekalian. you are the bestttt!

meh aku kenalkan kan satu satu ye. itu baby johnjonnyjonnet saya yang comel. nizam sengal. aziz muizzuddin yang jelitawan (jelita ke? puihhh hahaha). yang perempuan tu, lina malena anak jawa senget. semua single lagi, kalau berminat boleh PM saya hahahahaha apesal, nak marah apa aku tulis ni? eh suka hati la. ni blog aku suka hati aku la nak tulis apa pun. welkkk :p 

boleh gelar geng nakal dan paling popular dekat ALM. hewhewhew

dorang ni unik, suka buat sesuatu yang kelakar. tapi kadang kadang suka buli mangsa baru hahaha suka buat aku tertawa berdekah dekah kah kah kah dengan lawak tak berapa nak lawak tapi akhirnya aku gelak juga la sebab lawak la jugak sebenarnya hahaha. kalau lepak dengan dorang ni, ada je benda nakal yang dorang nak buat. sangat kretif dan inovatif otak mereka hahaha lepastu tak sah kalau tak bahan orang. kalau dah bahan bukan sikit sikit, kaw kaw hauliaw dorang bagi. wahhh sajakkkk muka korang ye. hehehe

ni pulak triple B. 
yang tengah tu abaikan ok, tak termasuk dalam senarai. harap maklum.
apa tu triple B? stand for what? ada la, mana boleh kongsi. sibuk je nak tahu. hanya exclusive triple B saja yang tahu kan. kihkih. sesungguhnya rindu nak lepak bersama acah acah amik angin tepi lautan pantai padahal river cruise je hahaha, rindu nak makan sama sama satu meja lepastu gelak gelak besar throwback kisah kelakar. lepas dah puas gelak, ceramahkan kau pulak aziz sampai telinga kau panas keluar asap haha rindu nak buat semua tu.
taraaaaa~ nasi goreng kampung ALM dato chef muiz.
aku siap snap gambar lagi tau setiap kali kau masakkan untuk aku kontrak nasi goreng kampung taknak pedas plus telur mata hihihi. haii rindunyaaaaa nak makan air tangan kau lagi. terima kasih sebab masakkan aku, bagi aku makan sebab takut aku kena gastrik. haa bila baca ni takpayah nak emosi sangat tau, tak payah nak pegang pegang tisu bagai la, propa semua tu hahaha. terima kasih jasamu dikenang okeh bebeh. hihi 
lovely sister.
kakak yang baik. kakak yang selalu dengar zati membebel. saya rindu kakak kakak comel saya ni. rindu nak duduk gosip gosip isu semasa hahaha, cari jodoh terkini haha, menggunakan kesempatan yang ada buat 'projek nyum nyumm hanya untuk bergambar semata' bila sama shift hihi, gelak gelak, nyanyi nyanyi, lepastu jerit kakakkk mai, kakakkk fiza kuat kuat versi suara zombie. hihihi. lepastu part paling best kalau ajak makan sama sama ohh indahnyaaa. berhuhu sebab kalau makan sorang sorang nanti gemuk sorang sorang so makan la sama sama boleh gemuk bersama kihkihkih. sharing is caring kan? :D 

dua orang mat langau. pehhhh, macho kan nama tu? hahahaha
aku peratiiii je mamat belah kiri hujung sekali tu yang acah acah ronaldo pakai baju putih tu. aku peratiii je dia. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni. tak padan dengan kecik, tapi akal dia haiii kemain panjang. suka menyakitkan hati aku. letak botol air aku kat rak paling atas la, sembunyikan buah buahan yang aku dah amik dari chiller la, tutup lampu chiller la, curi pisau aku la, lepastu bebel je cakap aku marah marah emosi. mana aku tak emosi kau selalu buat aku panas hati. haihh rasa macam nak cekik cekik je kau ni tahu. hahaha tapi dalam semua tu, kau ada jugak la buat baik pada aku kannn. tolong tolong aku kat pastry, close buffet. terima kasih ya. ermmm, aku rindu nak dengar kau buat suara zombie panggil nama aku lepastu sama sama gelak hihi. rindu warga zombie zombie sekalian semua.
ini pyan. anak kesayangan papa chinese. hehe
dia ni raja kepala segala hasutan untuk aku makan dan terus makan. hahaha
ohh dia ni kalau hasut aku makan halusss je caranya dan selalu aku termakan jerat dia. jahat kan pyan? saja nak bagi zati gemuk kan? memang saja kan? ishhh. nasib baik pyan masak semuanya sedap sedap belaka. terima kasih daun keladi nanti masak lagi :) 


terima kasih sebab bagi aku cipta kenangan terindah kat sini. sehingga kita semua berjumpa lagi. 
big happy kitchen familyAvillion Legacy Melaka