Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Showing posts with label mypets. Show all posts
Showing posts with label mypets. Show all posts

Sadness Performers

kata-kata hikmat tuan tanah :
"Tatkala minda berputar ligat , tatkala hati berbisik , lantas jari-jemari menari-nari memetik lantunan huruf , membentuk berbaris ayat , kata serta emosi. Tatkala imej menarik hati , dipersembahkan dengan seikhlasnya."

tajuk entri : Sadness Performers. bermaksud : Penghibur Duka Lara.

actually entri ni aku buat khas untuk my litte two cute lovers, yang dah pergi meninggalkan aku buat selama lamanya pada tanggal 28/12/2012. kira macam penghormatan terakhir buat mereka lah kan. hurmm... kehilangan mereka sangat dirasai. yela, dah berapa tahun kita hidup bersama, dah berapa tahun mereka menghuni rumah aku, dah berapa tahun telatah mereka menemani hari hari aku. :'( 
credit to : ginggy dan fiona
melihat telatah mereka bermain , terlompat-lompat ketawa , membuatkan aku cukup terhibur. ye, sangat terhibur!
hmm , tak pernah lupa pada "my little cute family" 5 ekor tu.
nak juga tayang mereka kat blog aku ni.

mereka comel kan? 
kan? kan? kan?
tahu dah. . . tahu dahh. .
hihi.
tapi sekarang dah tinggal 3 ekor je. 
mereka semua ni lah buahatipegarangjantung aku selamanya. mereka sentiasa dan selamanya ada dikala waktu aku sedih , gembira juga dikala aku senang dan susah. kalau dikala bulan mengambang tu tak tahu la saya nak cakap ye. haha. kalau diberi rate 1 hingga 5 star , aku nak bagi ★★★★★ untuk mereka. kalau boleh bagi lebih dari 5 star, aku akan bagi banyak banyak banyak star tahu. (amboi tamak nampak?) hehe kenapa? kerana mereka tiada gantinya. rinduuuuuuuunyaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
truly with, cikizzati

The time with you, WONDERPETS!

Kring! Kring! Kring!
Telefon, telefon berbunyiiii
Telefon..telefon berbunyiiii
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya di sana.

Apa yang penting kerjasama.
Apa yang penting kerjasama.

Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy...!

huhu , tahu tak lagu apa tu? 
yeah, wonderpets! 

itulah yang menjadi kesayangan aku sejak aku bela mereka dari baby lagi. tapi sekarang ni mereka dah pun menyambung keturunan dengan lahirnya, JUNIOR! yeahh,, baby junior.
bermain bersama mereka membuatkan hati saya terhibur.
melihat telatah mereka berlari ke sana, berlari ke sini membuatkan saya tersenyum.
melihat gelagat mereka yang aktif lompat sana, lompat sini membuatkan tertawa. 
melayan kerenah mereka yang manja dan membelai mereka itu lah yang saya benar-benar suka.


thats my lovely gingyy , fiona and their baby, i call it junior.
izzati rindu sangat dengan kamu semua tahu? 
kalau lah boleh bawa kamu semua tinggal di kamsis, alangkah indahnya dunia.

di waktu petang bersama mereka

"wehh korang, kau tengok sana tu. kakak tu pegang hamster gemuk!"
"a'ah laa.. ada dua hamster gemuk la!"
"gemuknya hamster kakak tu! tengok tu hamster tu lari, comelnya! jom kita cakap dekat kakak tu kita nak tengok nak tak?"
"haa, jom jom."

tu la antara gelagat bila ada budak-budak kecil lalu depan rumah aku dan ternampak my cutie gingyy dan fiona. alahai, comel betul kan budak-budak tu kan? dorang panggil apa? hamster gemuk? huhu. lepas kejadian dorang semua nampak tu, setiap petang dorang datang rumah aku nak tengok "hamster gemuk". siap bawa rombongan lagi youu. makin hari makin ramai pula yang datang. huhu. ni boleh buat bisnes kalau hari-hari macam ni. mesti laku! setiap orang yang nak masuk tengok aku nak jual tiket. HAHAHAA ! jahat gila. tapi tu semua hanya la angan angan mat jenin je. tak ada la aku buat betul-betul nyahh! =p tak baik tauu..






"kakak, hamster gemuk tu lari laju sangat la. tak dapat nak tangkap. kakak boleh tolong tangkap kan tak?

bila aku dah tangkapkan dan kasi dorang pegang, dorang pun suka la. belai-belai manja la apa la. budak-budak la katakan. dah puas bermain dengan gingyy dan fiona tu, dorang pun pulang dengan satu pesanan ,

"bye bye hamster gemuk, esok kitaorang datang lagi, :) "

mereka ke klinik

Kini harinya tiba kami membawa si kecil comel 2 ekor tu ke klinik untuk diperiksa oleh doctor yang bertauliah. Badan gingyy kurus sangat sekarang. Dulu time mereka baby , gingyy paling gemuk dan fiona kurus. Sekarang terbalik pula. Fiona pula gemuk , gingyy pula yang makin hari makin kurus . haihh . Risau hati ni tengok gingyy ni taknak makan dan makin kurus lepastu bulu dia yang gebu dulu tu dah nipis sebab banyak gugur. Then mereka banyak tidur je dari main. Dah tak aktif macam mula-mula dulu. Dia sakit ke? Sakit apa? Hurmm. . . . .
Dekat klinik haiwan tu ramai pula orang datang. Kena la ambil number and tunggu giliran. Lama pula tu. Tak apa la tunggu lama sikit demi mereka. Sayang sangat sama mereka ni tahu. Untung la mereka ada orang sayang kan? Untung la badan. Hahaa . Dekat klinik tu kebanyakakan yang datang semuanya bawa kucing. Ada seorang je cina ni bawa anak anjing. Kami je yang bawa haiwan perliharaan yang lain dari yang lain. Huhu. Tunggu punya tunggu dah 1 jam berlalu and finally giliran gingyy fiona dah tiba. Doctor tu cakap punya cakap sambil check , lepastu  dia cakap mereka tak ada sakit apa pun just bulu dia gugur sebab ada hama and gingyy pula tak makan banyak sebab kurang vitamin kesihatan. Fuhh.. lega sungguh rasanya bila dengar doctor tu cakap mereka tak ada sakit apa-apa. And the most important thing doctor tu cakap, jangan bagi mereka makan rumput kerana rumput tu berTOKSIK. Alamak! Dah habis rumput-rumput dekat halaman depan rumah aku mereka tu makan. Sampai dah tak ada rumput lagi untuk mereka makan dah. Semuanya habis disapu licin mereka makan. Ayoyoo, patut la mereka lemah je sejak kebelakangan ni rupa-rupanya  dalam perut mereka tu penuh dengan toksik. Macam mana ni? Haihh. Now aku dah tahu yang mereka tak boleh makan rumput sampai doctor tu warning jangan biarkan lagi mereka makan rumput. Bahaya tu toksik. Doctor bagi ubat then kami pun bawa mereka pulang.


Ni ubat yang doctor bagi gingyy dan fiona kena makan tiap-tiap hari tau sayang. Sehari sekali je doctor pesan. Jangan takut-takut masa nak bagi makan ubat tau sayang. Makan ubat nanti boleh cepat baik. Okay? Emm , lepas ni aku akan pastikan kalau aku lepaskan mereka dekat playground mereka selalu main tu mereka tak boleh makan rumput lagi. Moga cepat kembali pulih. Muaahh! Sayang gingyy Fiona sangat sangat.

siapa gingyy and fiona?

Nowadays aku dah ada peneman baru dekat rumah. Yaa, ada dua pendatang baru menginap dirumah aku and mereka pun ada rumah sendiri juga dalam kawasan rumah aku. Setiap jam setiap masa setiap saat mereka ada bersama aku. Comel sangat. Aku sayang mereka<3  dan sebab mereka jugalah hari-hari aku sekarang ni menjadi semakin sibuk juga membuatkan aku taknak keluar rumah dah sebab dah ada sesuatu yang sangat menarik dan amat menarik perhatian aku.



Haa, ini lah mereka. Buahati baru aku. Comel kan? Seekor jantan seekor lagi betina. Mereka lah menjadi kesayangan aku sekarang ni. Peneman aku setiap masa. tatkala aku rasa bosan bosan dekat rumah, aku main-main dengan mereka la bangun je pagi-pagi terus aku tengok dorang dulu nak say “goodmorning sayang.” Lepas sarapan pagi, aku akan lepaskan mereka dekat playground yang akak aku buatkan khas untuk mereka. Luas dan agak puas laa jugak untuk mereka. Itu kira rumah kedua mereka la bagi mereka bagi makan, main cakcakcak, main nyorok-nyorok. main kejar-kejar, mereka lari lajuuuu sangat tahu. Boleh kurus aku kalau everyday macam ni. Yela, mana tak nya, hari-hari kejar nak tangkap mereka. Kira macam exercise la tuu. Hahahaha! Bytheway best sangat. Hari-hari aku sekarang makin indah dengan gelak tawa family aku semasa melihat telatah mereka berdua. Mereka ni manja sangat tahu sebab mereka sangat suka di belai-belai sampailah mereka tidur. Comel betul and you know what, mereka sangat pintar sebab kalau tak ada anyone yang perhatikan mereka, mereka akan curi-curi keluar dari rumah mereka tu lepastu merayap tah mana-mana. Bila aku tengok mereka ade dekat luar dari rumah, cepat-cepat  mereka lari masuk rumah mereka balik. Huhu. Kelakar betul. Biasa lah wonderpet kan bijak. Haa, ntah-ntah kan mereka curi-curi keluar tu sebab nak pegi selamatkan anak binatang lain yang dalam kesusahan tak? Macam dalam lagu, wonderpet..wonderpet.. kami datang membantu anak binatang  dalam ke susahan. Kami tak kuat dan kami tak hebat kalau berkerjasama semua jadi mudah. Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Yeahh, wonderpet!