Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

mereka ke klinik

Kini harinya tiba kami membawa si kecil comel 2 ekor tu ke klinik untuk diperiksa oleh doctor yang bertauliah. Badan gingyy kurus sangat sekarang. Dulu time mereka baby , gingyy paling gemuk dan fiona kurus. Sekarang terbalik pula. Fiona pula gemuk , gingyy pula yang makin hari makin kurus . haihh . Risau hati ni tengok gingyy ni taknak makan dan makin kurus lepastu bulu dia yang gebu dulu tu dah nipis sebab banyak gugur. Then mereka banyak tidur je dari main. Dah tak aktif macam mula-mula dulu. Dia sakit ke? Sakit apa? Hurmm. . . . .
Dekat klinik haiwan tu ramai pula orang datang. Kena la ambil number and tunggu giliran. Lama pula tu. Tak apa la tunggu lama sikit demi mereka. Sayang sangat sama mereka ni tahu. Untung la mereka ada orang sayang kan? Untung la badan. Hahaa . Dekat klinik tu kebanyakakan yang datang semuanya bawa kucing. Ada seorang je cina ni bawa anak anjing. Kami je yang bawa haiwan perliharaan yang lain dari yang lain. Huhu. Tunggu punya tunggu dah 1 jam berlalu and finally giliran gingyy fiona dah tiba. Doctor tu cakap punya cakap sambil check , lepastu  dia cakap mereka tak ada sakit apa pun just bulu dia gugur sebab ada hama and gingyy pula tak makan banyak sebab kurang vitamin kesihatan. Fuhh.. lega sungguh rasanya bila dengar doctor tu cakap mereka tak ada sakit apa-apa. And the most important thing doctor tu cakap, jangan bagi mereka makan rumput kerana rumput tu berTOKSIK. Alamak! Dah habis rumput-rumput dekat halaman depan rumah aku mereka tu makan. Sampai dah tak ada rumput lagi untuk mereka makan dah. Semuanya habis disapu licin mereka makan. Ayoyoo, patut la mereka lemah je sejak kebelakangan ni rupa-rupanya  dalam perut mereka tu penuh dengan toksik. Macam mana ni? Haihh. Now aku dah tahu yang mereka tak boleh makan rumput sampai doctor tu warning jangan biarkan lagi mereka makan rumput. Bahaya tu toksik. Doctor bagi ubat then kami pun bawa mereka pulang.


Ni ubat yang doctor bagi gingyy dan fiona kena makan tiap-tiap hari tau sayang. Sehari sekali je doctor pesan. Jangan takut-takut masa nak bagi makan ubat tau sayang. Makan ubat nanti boleh cepat baik. Okay? Emm , lepas ni aku akan pastikan kalau aku lepaskan mereka dekat playground mereka selalu main tu mereka tak boleh makan rumput lagi. Moga cepat kembali pulih. Muaahh! Sayang gingyy Fiona sangat sangat.