Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

kami adik-beradik la.

hari ni aku nak bercerita pasal aku dan seseorang. 
sebab apa aku nak bercerita tentang si dia?
sebab makin hari makin ramai berkata tentang aku dan dia bila berjumpa kami dimana-mana.
siapa?
pasal apa?
nak tahu, baca la sampai habis.. =)



Siapakah dia?
dia yang aku maksudkan adalah kakak pertama aku, huda. ayong la siapa lagi! 
hehehehe ( =

Wajah kami serupa macam kembar ke?
emm . . . yang tu entah la. aku pun tak tahu nak jawab macam mana.
tapi ramai kata wajah kami serupa. memang la serupa sebab dia tu kakak kandung aku.
tapi aku rasa tak ada la macam kembar sangat. biasa je macam adik-beradik.

Ada orang tak boleh beza kan kami?
yupp! itu memang pernah terjadi. 
masa tu kakak aku ni tengah jadi cikgu pratikal dekat sebuah sekolah yang terkenal di ibu kota.
masa tu aku still menetap dekat Kuala Lumpur lagi la.
kisah ni terjadi lepas kakak aku tamat pratikalnya. itu bermakna kakak aku tak ada lagi la kat sekolah tu kan.
beberapa hari selepas kakak aku tamat pratikal, aku datang sekolah tu untuk berjumpa adik aku yang tertinggal duit belanjanya. aku pun datang la sekolah tu.
tiba-tiba ada murid-murid yang bertenggek dekat koridor tu menjerit ,
"ehh, cikgu huda!" sambil menunding arah kearah aku.
aku dah tergamam. aku senyum jela sebab aku ingat habis dekat situ je.
tapi tak, bekas murid-murid kakak aku tu terus turun secara beramai-ramai dari tingkat 2 dan terus menghulurkan tangan masing-masing nak salam aku sambil bekata, 
"rindunya dekat cikgu!" 
ahh, sudahhhhh... 
aku dah jam dah.
macam mana aku nak cakap dekat budak-budak ni yang aku bukan cikgu huda? tapi aku ni adik cikgu huda.
perlahan perlahan sambil mengukirkan senyuman aku berkata ,
"errrr. . . sebenarnya ni bukan cikgu huda. ni adik cikgu huda. hehehe"
lepastu budak-budak tu macam terkejut dan berkata ,
"ohh.. patut la nampak macam lain sikit. nanti kirim salam dekat cikgu huda eh?"
dan mereka semua pun berlalu pergi. malu agaknya dah salah orang terus blah sambil tersengih.
huhuhuu :D

2 comments:

  1. hello dear syg! datang cni melawat blog comel die..
    melawak akak blik yee :)

    ReplyDelete