Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Showing posts with label cikizzati'sLIFE. Show all posts
Showing posts with label cikizzati'sLIFE. Show all posts

Sunshine and Flower

do you think how the flower can bloom without the great sunshine?
can it blooms perfectly?
can it?
for sure feel incomplete to bloom beautifully.

so do i.
i need my sunshine.
even though right now i feel so doomed and down.
you are miles away. . . . .
perhaps it just temporary please shine me as you usually do.

corat-coret :
♥, dekat sana kalau sempat singgah dan menjejakkan kaki dekat Multazam, Hijir Ismail, Jabal Rahmah, doa banyak-banyak semampu yang mungkin tau.
kalau boleh cerita dalam doa every single thing from A to Z your life plan.
Allah dengar dan pegang semua doa-doa tu. mudah-mudahan.
ni semua antara tempat paling mustajab doanya.
selamat menunaikan tuntutan sebagai seorang muslimin.

semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga selamat kembali pulang. Umrah mambrur yaa zauj, inshaaAllah♥

Middle of 60++

tambah tolak. darab bahagi dan sama dengan --
itu ilmu matematik.
sejak azali lagi aku memang tak suka mengira.
bila nampak nombor banyak-banyak je automatik boleh pening.
macam allergic gitu. haha

tak suka kira-kira.
tak suka nombor banyak-banyak.

tapi ketika ini,
ketika jari jemari aku laju menari-nari atas keyboard menzahirkan berbaris ayat kata serta emosi,
aku masih mengira dan menghitung. kira dan kira.
dan terus setia mengira sampai habis.
ye, kira sampai habis.
moga-moga cepat la masa berlalu.
cepat la cepat la cepat laaa. . .

Allah dah susun cantik-cantik setiap jalan cerita kita :)
tugas kita main kan watak dalam setiap episod cerita dengan sebaik mungkin.
pasti ada bahagia yang menanti di akhir nanti.
semoga dipermudahkan segalanya.
Amin.

Pieces of Heart

Manis.

semua orang suka bila dapat rasa manis.
sebab rasanya manis.
tapi jangan lupa, bila manis akan adanya masam.
bila masam akan adanya pahit.
bila pahit akan adanya tawar.
bila dah tawar, dah tak dapat rasa apa apa.
sebab ianya tawar.
tawar.

Tawar.
bila dah tawar perlukan usaha yang banyak bagi mengubah rasa tawar tu berubah menjadi satu perisa. manis masam atau pahit. ataupun untuk terus kekal dengan satu perisa.

choose your flavour wisely and go for it.
make your efforts worth it.
flavour changes along with your level of efforts.

Cracks.

Combination.

Scars.

Reheal.

When you broke the little heart, please find the pieces and put it back. otherwise left it there then a person who hurting can comforts by their ownself.

Start to Count . . .

i know that day will come.
it will come.
but, i just dont know when it is.
suddenly, we be inform about it by this monday and suppose to attend it on the next following monday.
quite a shock news.

hmm... ya ya yaaa.
need to accept it no matter how.
perhaps everything will gonna be fine and back to normal as usual.
may Allah ease everything for now, next and future.
Allah yuftah alaikum. inshaaAllah♥

Ole ole from Perhentian Island

Pulau Perhentian.
Mesti cantik kan. nama pun pulau.
bestnya pegi pulau! pulau never fails me
orang kata cantik sangat view dekat sana.
teringin nak pegi. bila agaknya dapat jejak kan kaki dekat sana --

ada orang tu baru balik vacation with workmates. seronok la holidays berhari hari, cik izzati dekat sini mampu berhuhuhuu je kerja kerja dan kerja. apa boleh buat, lumrah manusia mencari rezeki. kerja kan suatu ibadah, maka dengan itu jangan la mengeluh ye wahai cik izzati. keep calm and stay positive ada rezeki nanti cik izzati pegi holidays pulak ye :)

bila pegi tempat orang, negeri orang macam macam la dibawa baliknya. harini cik izzati dah dapat makan keropok ikan parang, keropok ikan tamban yang kembang semekarnya bila goreng hihi makan la cik izzati sampai lenguh mulut kunyah kunyah sambil tengok movie. lepastu makan keropok lekor lagi.
alhamdulilah, rezeki. terima kasih sudi berkongsi rezeki, semoga dipermurahkan lagi rezeki awak. Amin.

another sweet things comes when you bought me ole ole from your vacation trip.
for me? seriously, for me?
Ohhh mydear i really really really love this ole ole cause it comes in pair. pandai pilih. dah la cantik, sama sepesen. suka sangat bila tengok! tak sabar nak pakai. hihihi.
muchlove, thankyou❤

Food and Me

ada seseorang penah berkata satu 'perumpamaan pasar' dengan aku satu ketika dahulu, " aisshhh... izzati dan makanan berpisah tiada "

oh yaaa, mungkin betul!
tidak disangkal lagi.
ekekekekekeee :D

cuti yang lepas, aku duduk rumah terasa nak makan macam macam.
gatal je tangan aku ni nak masak itu nak masak ini,
pegi dapur nak buat itu, nak buat ini.
dengan keringat tulang empat kerat yang ada ni, layan kan jela apa yang diidamkan diri sendiri.

dan hasilnya, tarraaaa . . . . .
sweet colorful popcorn by izzati.co hihihi :D
dan juga tidak ketinggalan,
variasi 3 generasi donut gebu gebas auummm
makan donut sekali 3 macam, mana tak gebu izzati ooiii... hahahaha
alaaaa... bukan selalu pun kan jamu diri sendiri, atleast apa yang diidamkan nak makan tu tercapai dengan air tangan sendiri.
yayyyy, suka suka sukaaa!


p/s : boleh pm kalau berminat hihihi :)

EKEN H9 - giveaway

Haaa maii sini baca.
siapa kat sini suka online shopping?
ada berita baik ni untuk semua yang geng kaki shopping gadget online.
entry kali ni nak promote pasal satu instagram online shop yang terkenal abad ini.

actually aku dah lama follow satu igshop ni tau. almaklum la dah lama berangan nak beli iphone. tapi dok usha usha je dulu. survey market. hehehe. ada satu kali ni, aku nampak igshop ni buat giveaway untuk EKEN H9 camera.
pehhh EKEN H9 weii dia nak buat giveaway. siapa yang tak nak, kan?
aku pun dengan berianya turut sama join giveaway tu. excited punya pasal. hehehe

haa panjang lebar kan karangan aku hahahaa
then dengan senang hati dah bebel panjang, tunggu la closed date giveaway tu.
aku tengok ramai yang hebat hebat join giveaway tu. masing masing punya style.
tapi takpe aku dah usaha, sungguh sungguh aku tulis karang tu. so aku tawakal je.
taknak la berharap sangat, karang tak dapat hampa.
kalau ada rezeki aku, inshaaAllah.

dua minggu dah pun berlalu.
selalunya sebelum aku nak tidur, aku akan online sebentar saja scroll fb tengok isu semasa. ada satu malam ni aku tengah syok layan fb tetiba ig aku banyak naik notification. pelik,
sebab selalunya ig aku akan naik banyak notification bila aku upload gambar baru.
aku pun tekan la satu persatu notification tu.

guess whattt?
ni dia notification paling best aku baca malam tuuuuuu~


ooohohohohoooiii. . . . .
dari mata mengantuk nak tidur terus buntang segar bugar mata aku.
rasa macam tak percaya je apa yang aku baca niii..
nak cakap mimpi, tidur pun belum lagi.
eh.. ehhhh... betul ke apa yang aku baca ni?

happy tak terkata aku time ni. berbunga bunga mekar rasanya. seriously hihihi alhamdulilah. Allah ye yang tahu.
terima kasih Abg Zul sebab pilih saya dalam ramai ramai contestant yang join giveaway tu. i dont know why that im choosen but seriously im very thankful for giving me this opportunity. *senyum sampai ke telinga*

selang dua hari lepas diumumkan im the winner for that giveaway, (nak mention juga winner tu hahahahaha) barang yang dinanti nantikan pun sampai dengan selamat.
yeayyy, suka suka sukaaaa!
dah ada baby EKEN H9 ni, lepasni boleh la cik izzati bersuka ria ber-selfie wefie glup glup gluppp dalam air. sukanyaaaaa wweee~
ini telah terbukti jelas dan nyata yang Abg Zul ni seorang usahawan muda yang boleh dipercayai. janjinya pasti. cepat dan pantas.
so pada korang yang berhajat nak beli gadet online, boleh beli dekat Abg Zul ni.
dia bukan sekadar jual iphone, EKEN camera je. macam macam dia jual.
harga? aishhhh... kalau korang nak tahu Abg Zul selalu bagi harga runtuh.
murah dan berbaloi. he is trusted seller. very very recommended. tak percaya?

korang boleh check it out sendiri view offical instagram rasmi owner :
zul.iphone
zulstreatwear
zuldrone

taknak cakap banyak lagi, visit that online igshop now!!!

A W A W

well said.
remember and do it as well.
LOVE


not much, just stay in the right path and fight till the end.

Anak Bapak S G

ceritera S G

rasanya tak pernah wujud entry pasal "dunia S G" dalam blog kesayangan cik izzati ni kan. busyyy dengan daily life tak sempat nak story mory. memandangkan harini ada kelapangan masa, okay kali ni cik izzati kasi teaser sikit okehhhh...

cari kuih hingga ke hulu,
mengidam kuih lepat kuih bahulu.
nak cakap tapi alahai malu,
bagi pantun jela dulu.

sambil baca pantun jemput jamu mata tengok gambar gambar yang bakal menjadi kenangan untuk masa akan datang. sorry kalau ada terlebih terkurang terkasar tercalar balar hati sana sini untuk sebelum ni dan dihari mendatang. saja nak sorry awal awal, kot kot nanti tak sempat ke kan. hehehe. yela korang terpaksa layan kerenah cik izzati yang selalu diluar jangkaan ni hahaha. nak terima kasih juga even korang terpaksa sekalipun hahahaha. walau kita lain family, kita semua tetap anak bapak. ye, terima kasih sekali lagi kalian untuk semua kenangan ni :) i wont regret it.
setahun dah berlalu, perit getir nganjingan yang dilalui.
terima kasih dari permulaan kaki menjejaki hingga ke saat ini.
banyak sangat yang dipelajari, termasuk yang dibuli.
#mohonterasapadasiapayangrasamembuli
hahahahaha
gurau gurau :D
lu ingat gua tak tahu lu tengah gelak gelak?
lu gelak gelak baca apasal?
tak nampak muka gua serious tuuu,
gua bagi pantun ni, dah ready, balas la pantun gua nanti. . .
hahahahahaha

beli roti ponpon dijual bangla bai,
okbai ^^

Cik Izzati Surprise Birthday

Happy belated birthday! hehehe. disebabkan tanggal 27 Mac 2016 cik izzati ni menyepi dan menyendiri luar dari malaysia, so semua birthday surprise jadi belated birthday surprise untuk umur baru tahun ni. takpela, tahun ni menjelang birthday lain dari yang lain sikit. tak sambut on time. so its gonna be something different dari tahun tahun yang lain sebelumnya. such a good momento to remember :)
ni haa aku nak tunjuk dua ketul dalang yang menjadi mastermind merancang semuanya. patut ler beriye iye buat appointment seminggu awal kononnya dengan aku ajak keluar nak pegi "somewhere". bila aku tanya kat mana "somewhere" tu, katanya somewhere yang cantik tempat idaman blablablaaa. ok jawapan kau sangat tak menjawab soalan aku. pfftttt -,- then masa ontheway dalam kereta buat perangai pelik tetiba nak request tutup mata aku. ehhh... dah kenapa minat dua ketul ni. haaa... jangan macam macam. nak bawa aku kemana ni. pening weh perjalanan duduk dalam kereta sambail tutup mata. gelap je dunia ni rasa. macam ni agaknya rasanya kalau tak dapat melihatkan. Allahu. syukur alhamdulilah dengan segala nikmat yang Allah dah kurniakan. dalam hati ni masih tertanya tanya kemanakah kita? dupdap dupdap dupdappp.....
ooo oooo ooohhhh! ohh lalalalalaa..... hahaha ni rupanya kerja korang kan. patut la beriye iye tak kasi aku keluar satu hari suntuk dari pagi tunggu korang kat rumah, bosan gila tahu tak. mati kutu duduk rumah tu sensorang. sebab ini rupanya. ceittt! tapi takpe, ianya merupakan satu pernantian yang sangat sangat sangat berbaloi. thankyou mydear housemate. i really appreciate yours effort. berjaga sampai dua tiga pagi semata mata nak siapkan chocolate castle yang comel gilalalalaaa bak hanggg ni. seriously, aku suka sangat. yayyyy, suka suka suka :) hihihi. serious superb sedap dan ianya bukan indah khabar dari rupa.
so lepas ni kalau ada sesiapa yang gila chocolate macam aku ni nak order chocolate castle cake comel yang chocolate-nya melimpah ruah macamni, boleh la order dekat depa ni. confirm tak menyesal. kepuasan dijamin! haaa, aku siap promote lagi ni. nanti dapat untung share eh hahaha :D

Strong enough

Saat yang sangat genting rasannya sekarang ni. kenapa? Allah sedang uji dik. kuat benar ujiannya kali ni. sampai kekadang hakak rasa nak tepuk dada tanya diri sendiri. cukup kuatkah untuk semua ini? Allahu... >> " Allah tak akan seorang hamba luar dari kemampuannya " so dah dapat jawapan kan? jangan la mempersoalkan lagi. you already know you is strong enough to facing all of this kind of test. just be true. Laa tahzan izzati, innallaha maa'ana. fight for this. facing with the best way you can do.
belum terlambat lagi nak ucap, alhamdulilah sebab Allah uji. sebab dalam beribu ribu berjuta juta hambanya kat dunia ni, Allah pilih untuk uji diri kau wahai cik izzati. tak rasa bangga ke? Allah uji sebab Allah rindu. rindu nak berdua duaan dengan kau atas sejadah sambil dengar rintihan kau. so road back to Allah, dearself.
semua yang berlaku bersebab, ada hikmahnya. tiada yang kebetulan. buang la ragu ragu tu. sesungguhnya ragu ragu dan tidak pasti itu mainan syaitan. tolong percaya dan yakin la dengan diri sendiri. ye, kena yakin! yakin yakin yakin. faham tak? kena yakinnnnn! percaya dengan setiap percaturan yang Allah dah aturkan. Allah dah susun baik baik jalan cerita kita. so doa yang terbaik. In shaa Allah dapat, cuma cepat atau lambat je. Allah pegang semua doa kita dan Dia akan lepas kan satu persatu bila sampai masanya. doa, usaha dan tawakal la. in shaa Allah ada jawapan. Allah is the best planner.
patrick si buncit pun nak tumpang femes masuk blog jugak haha. chill dearself, keep calm and eat chocolate as much as you can because chocolate can make me feel better happierrrr and super comfy hehehe :D #izzatidancoklattakdapatdipisahkan

Old and New

the day has truly come. Alhamdulilah sempat bertemu dengan usia baru. Sannah helwa dearself, be beautiful shine of yourself everyday and be a good girl. Its a new begins for 365day of new ages. say goodbye to old age. Sayonara~ and say hello to days of a new age. very welcoming :) Rasa macam... ehhh baru je tambah satu angka haritu. Ni tambah lagi? betul ke ni betul ke ni? arghhhh tidakkkkkk..... *cubit pipi tak boleh terima kenyataan* hahahaha
so dah tambah satu angka lagi ni, maka dengan itu anda kena satu tapak kedepan izzati. move on to a new phase. maybe a great phase better than the old. stop dreaming and step further. be brave! usaha lebih akan dapat lebih. usaha luar biasa akan dapat result yang luar biasa. apa pun yang terjadi keep smiling eventhough real deep inside is hurt. yeah its so hurt sometimes. you knew yourself. sabar eh. keep doing what you love to do to cheerup your daily day. just keep strong jalani kehidupan yang mendatang. please jangan lupa diri. in shaa Allah everything will gonna be fine soon. Keep your Dua, Allah is always listening and always with you, dearself. lotsa love♡

A-I-S Delima's

Satu dua tiga. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Haa ironik tak pembuka entry aku kali ni? muehehehe. okay rakyat jelata sekalian, ni nak introduce my delima's A I S . unplanned to get to now each other but alhamdulilah everything is just doing fine. Allah is the best planner.
siapa sangka kita akan jumpa? siapa sangka kita akan kenal dan jadi macam kita yang sekarang? siapa sangka? tak pernah sangka semua tu kan. sebab semua tu luar dari bidang kuasa kita. yang Atas sana yang aturkan. padahal aku dengan si tembam chikebum chikebum sorang tu satu tempat belajar kot. beza satu semester je. cuma lain fakulti. lain kolej kediaman. beza taraf junior dan senior je and at last kita jumpa bawah satu bumbung. tak sangka kan? hihi. yang selim melim tu pulak tak payah cerita la, memang kenal since born lagi. tapi tak pernah sangka juga yang akan duduk rumah bujang bersama sebab minat kita tak pernah sama yela lahir lain bulan kan tahun je yang sama. hahahaha takde kena mengena ahhh lantak kesah pulak aku kan hahaha. apa apa pun terima kasih sebab being nice to me and my pleasure to knowing both of you from start till now. Moga ukhuwah yang terjalin ni till jannah. In shaa Allah. love chuolsss♡

Dua Kosong Satu Enam

Entry pertama untuk tahun 2016. rasa macam tak percaya dah masuk tahun baru rupanya. macam tak rasa. sebab apa tak rasa? sebab aku tak pegi celebrate tengok bunga api macam tahun tahun sebelumnya. hehe. itu semua tak penting, sebab apa yang penting azam dan niat tahun baru. eh kejap kejap... tahun baru bermaksud tambah lagi satu angka dalam hidup semua yang bernyawa dan punya usia, ohh tidakkkk kenyataan yang paling susah nak terima. hahaha.
sekarang 2015 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua dengan penuh kesan dan memori. terima kasih pada semua yang jadi sebahagian daripada memories suka duka bahagia sedih sentap marah merajuk menggila dan sebagainya. semua tu akan kekal sebagai memori yang pernah tercipta dalam kisah hidup aku. syabas semua sebab berjaya memainkan peranan watak masing masing dengan cemerlang. Tahun baru ni aku tak minta banyak pun, moga Allah bagi kesihatan yang baik pada aku dan keluarga serta sahabat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, tak tersasar ke jalan yang salah dalam proses mencari jalan pulang ke syurga. sebab kita makhluk Allah semua berasal dari syurga. Amin.
Ehh tetiba nak selit jap, semalam petang kat office terasa nak minum hot milo cicah biskut acah acah minum petang auchhh menganciammm! tapi malassssss nak jalan pegi pantry buat air sebab fail menimbun macam highland tower minta siapkan. so setelah ditimbang tara solutionnya seperti gambar diatas. sadis tak? hahaha. moral of the story dah masuk tahun baru ni wahai cikizzati. jangan malas malas lagi. Hihi :D

Peta = Maps

Aku tak suka peta. sebab apa aku tak suka? sebab aku tak pandai baca peta. hahaha. logik kan jawapan aku? yela, aku penah pegi camping tidur 5 hari 4 malam dalam hutan sekali je kot selama aku hidup di bumi Allah ni. kira okay la tu kan dari tak pernah langsung. tu pun aku cabar diri aku buat something yang aku rasa eh boleh ke aku survive dalam hutan lama lama tu. nasib baik aku tak sesat dalam hutan tu dan masih jumpa jalan pulang sebab aku masih mampu menaip dan membebel panjang lebar macam mak nenek takde gigi kat blog aku ni. Hehehe. okeh gaiss... semua orang ada peta sendiri, antara sedar dengan tak sedar je. sekarang, benda yang aku tak suka tu la aku bakal bakal bakal buat. ye, melakar peta yang mungkin suatu hari nanti akan jadi peta khazanah yang menyimpan seribu satu cerita di sebalik lakaran peta tu.
memang aku serba kekurangan. sebab aku masih belajar asam garam kehidupan. sebab tu aku tak meminta lebih, sebab aku tahu aku tak sempurna. just i need my-half-part yang boleh lengkapkan ketidaksempurnaan hidup aku. sebab tu Allah cipta kan J O D O H . tugasnya menyempurnakan each other. ye, saling melengkapi. bukan senang nak bawa someone masuk dalam life kita. bukan senang senang macam tu je nak terima. manusia ni lain lain, tak sama. bukan senang juga if baru kenal then boleh terus click. nak bagi kepercayaan lagi, ingat senang ke semua tu? memang nampak macam mudah tapi tak semudah tu. sebab bagi aku tu semua makan masa. if you bump into a new person in your life and its like auto connected, click! Whoa, it is mean? perhaps its not just pit stop for awhile but keep stay and never step away. Heyy princess, dont put the hope too high dearself. if you really care about somebody, the best suggestion is make a Dua'. make Dua' for them. because Dua' is longlasting ever and duduknya di Atas sana, tak akan pernah pudar dan tak akan pernah hilang. jangan putus Doa :)

Watak

Kadang kadang aku terfikir. wujud sebenarnya watak dalam perjalanan kehidupan kita ni. pernah korang terfikir? kalau tak pernah takpe, biar aku sorang je yang pelik sebab suka fikir benda yang pelik yang sama pelik sewaktu dengannya. Hehehe. lepastu aku terfikir lagi, watak apa yang aku pegang eh? watak apa agaknya. adakah aku hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan yang hanya sekadar membantu jalan cerita, atau watak sampingan yang digunapakai bila perlu, atau heroin tambahan yang menambah perisa serta rasa, atau betul betul sebagai heroin sepenuh masa? gerangan mana satukah aku? kau rasa? -,- aku sendiri belum ada jawapan untuk soalan itu.
Harini aku nak cerita pasal satu watak yang wujud dalam cerita hidup aku. aku tak tahu nak kategorikan dia sebagai watak apa. aku namakan dia si-polan. hai si-polan, maafkan saya harini saya nak cerita pasal awak. Ehh... tak payah nak baik sangat la ber-awak-saya haihhh geliii makhayam. hahahaha. Si-polan, kita bertemu pun bersebab. yes because Allah is the best planner. at first aku kenal kau, aku tahu kau jauh hebat berbanding aku yang tak seberapa ni. bukan nak compare, bukan aku tak bersyukur tapi itu pada zahirnya yang aku nampak dengan mata kasar. aku belum habis cakap lagi, so jangan kecam terlalu awal. hehe.
See? everyone have their own role in real life. bukan hanya kebetulan. sebab Allah dah susun baik baik setiap episod dan jalan cerita. mungkin watak kau adalah untuk uji aku. ye si-polan, kau uji aku luar dan dalam. sikit sikit kau uji aku. mungkin tak nampak, sebab halus sangat ujian kali ni. aku bukan paranoid or overthinking. tak. tapi bila aku duduk dan fikir cara matang, ini yang aku rasa. aku tak tahu apa motif kau buat tu semua depan aku. whether sengaja atau tak sengaja. memang kau nampak aku ni macam kalis peluru aku masih boleh tersenyum depan kau but the truth is, sakit sangat. kau ingat aku suka? aku tak suka. sikit pun aku tak pernah suka. sakit kot. deep inside. tajam kau bagi aku. kebarangkalian berdarah. tapi aku always standby plaster, jangan risau. mungkin kau nampak aku masih lagi tersenyum sebab tu kau still doing the same routine. takpe takpe. aku telan selagi mampu telan, jangan nanti dengan kau sekali aku telan. hahahaha. yela macam aku cakap, kau ada role kau dalam hidup aku. itu watak kau. watak kau merupakan satu ujian untuk aku yang acah acah gagah ni. padahal aku takdela segagah pohon besar yang berdiri kukuh, tapi aku hanyala ranting yang kecil yang mampu patah bila bila masa.
apa pun, aku nak cakap terima kasih si-polan sebab since we ever meet kau ajar aku something. dalam halus ujian, kau ajar aku untuk selalu bersabar sabar dan sabar. kau jugak ajar aku untuk jadi better then kuat. percaya? aku tak tahu apa dah jadi dengan aku, tapi i feel something different sebab aku boleh bersabar dengan something yang kadang kadang aku rasa cukup kuat ke aku nak handle semua ni. macam ada power. seriously. (kau jangan la bayangkan power yang aku maksudkan tu macam power rangers pulak, itu dongeng sangat) adoooiii, hahaha. ***pesanan penaja; dear cikizzati tabah la wahai hati, kuatkan semangat yang tak berapa nak kuat tu dengan kukuhnya berdiri atas tapak kaki sendiri sekukuh dinding batu bata konkrit yang telah kau bina selama ni :)

Permulaan untuk Pengakhiran

Hai december:) sekejap je dah hujung tahun kan. aku rasa macam baru je lagi 2015 tu datang. dah hujung tahun dah. dalam tahun ni je ramai kawan kawan aku yang dah beranak pinak. ada sorang kawan aku ada yang dapat anak kembar, ada yang dah timang cahaya mata kedua dah pun. aku ni apa yang ada? anak tekak je mampu setakat ni. Hahahaha. boleh la tu, anak juga kan? dah jangan cut the main point. hehe. cepatnya masa berlalu. tak sedar masa lebih mendahului, kan kan? so now kena say goodbye dekat november. november yang banyak kenangan, bak kata omputih November-to-Remember la, haa gittuuu. curlassss tak? hihi. actually hati aku girang sangat sebab dah lama bebenor rasanya jari jemari aku tak menari nari dengan bahagianya atas keyboard lappy kesayangan beta ni. jari aku menari tanpa henti taip dan terus menaip apa yang lahir dari hati. terima kasih lappy sebab masih setia bersama aku setelah sekian lama. banyak jasamu yang harus ku kenang. hahahaha apa hal jiwang sangat ayat aku ni? ishhh chhoooiiii, aku sendiri yang baca aku sendri yang geli geliman kahkahh!
ceria? sebab gambar boleh menipu. actually permulaan bulan ni je aku dah jatuh sakit. muntah muntah entah tak tahu punca, hilang melayang selera makan aku yang macam godzila tu, then kepala aku rasa berat sangat. dah ikhtiar pegi clinic jumpa doctor, tapi dia kata simptom tu normal jaa. doctor kata lagi, maybe aku stress. heyy kau rasa normal ke kalau aku muntah setiap pagi tanpa sebab? haihhh. stress? tu mungkin la part of it tapi tang normal tu aku macam nak gelak je. Haha. aku tak mengeluh, malah aku lagi bersyukur sebab aku tahu, sakit tu penghapus dosa dosa kecil. terima kasih Tuhan sebab bagi aku rasa segala nikmat ni. doakan moga aku cepat kembali pulih sihat sejahtera seperti sedia kala ye korang. mudah mudahan. senyum wahai izzati, selagi boleh senyum. sebab dengan senyuman tu kau selalu bajet macam kuat dan sado padahal lembik je hahaha dan macam yang kau selalu pesan pada diri kau, senyuman tu umpama magis yang boleh tutup apa yang terbuku dan terkubu dalam hati. please be strong dearself ♡

Best Partner in Food Crime

Kalau nak lakukan jenayah yang clean and hasilnya steady berbaloi baloi mesti kena ada matlamat, perancangan yang teliti, dah usha usha survey lokasi jenayah and paling utama mesti kena ada partner kan? Partner pulak mesti yang sekepala, yang boleh jalan serigan berganding bahu dan tenaga, yang ada teamwork, yang boleh susah senang tanggung risiko sama sama. Kalau sorang masuk jail, maka sorang lagi turun sama masuk jail. Baru la adil kan. Dont be so selfish. Pfttt... aku rasa pembuka entry aku macam kunun kunun thrill sangat je hahaha. actually aku takdela cerita pasal jenayah apa. jenayah yang aku maksudkan ialah, jenayah makanan. pernah dengar tak? kalau tak pernah, means kau la yang jakun sekarang ni. hehehe. Kidding kidding :D
Cerita pasal makan dan makanan terlalu banyak yang nak di kupas. sebab benda tu subjective. semua orang suka makan. semua orang suka pada makanan. lagi lagi kalau tengok deco or garnishing yang super awesome terhidang depan mata, pehhh mesti rasa sayang je nak cuit makanan tu, lagi la nak makan. kan kan kan? wajib selfie selfie dulu sebagai memories di masa mendatang. Tahu sangat dah perangai orang zaman sekarang. *sebab aku pun buat benda yang sama hahaha* okay, kenal kan this is my best partner in food crime. hihi. Tarraaa~
Says hello to him, hi hi hiii ! welcome see your face in may site. i hope you're happy and smiling reading this right now :) haaa, nak gosip sikit ni. dia ni kalau bab makan, uiii laju je cakap jom. dia selalu bawa aku pegi makan dekat tempat yang best best. explore sana, explore sini. sebab dia suka cuba benda yang lain dari yang lain katanya. okay baiklah encik. Hihi. dari segala celah ceruk dia bawa. bak kata dia, ' i am navigator ' ohh yeah? hahaha. welkkkk :p well ya, best sangat dapat try something new in life lagi lagi new taste in your mouth. memang happy tummy la cite dia kan. hehe. tapi satu je yang boleh buat muka dia stress kerut kerut macam jawab soalan spm yang susah gila tahap gaban, bila aku tanya... " nak makan kat mana? " hahahaa. aku rasa soalan tu boleh jadi soalan yang pecah otak pada abad ini. jangan la stress sangat sampai macamtu reaksi muka, alahaiii makan kat mana mana pun boleh kan. tak semestinya dekat tempat yang mahal mahal, tak semestinya dekat tempat yang ada nama. paling penting asalkan halal dan kenyang. semua tu rezeki dari Allah kan. rezeki harus di kongsi bersama baru membawa berkat. ye idokkk?
Rasanya dah macamm macam tempat dah jejak kan. ada yang sangat memuaskan tiptop service and ada juga yang just nice. biasa la tu, level setiap manusia ni tak sama semuanya. anyway thanks sebab selalu menjamu cikizzati hingga buncit semua cacing cacing dalam perut saya kegemukan kekenyangan dengan somethings new tanpa jemu. selagi ada kesempatan, rasa la segala nikmat yang ada kat dunia ni. even kadang kadang macam kering idea nak cari some nice place to chill out. actually tak kisah pun nak makan kat mana mana, no need to stress figure out the best place sebab rasanya mana mana pun best je sebenarnya. by the way, i really appreciate it and i really enjoy doing it because im foodie. Hohoho. moga di murahkan lagi rezeki. Amin :)

T a k u t

Takut. takut lagi? tak habis habis dengan cerita takut kau ni wahai izzati. bila nak jadi berani kalau asyik takut je? ye aku tahu, nisbah ketakutan kau tu besar. teramat besar sampai tak boleh dibendung. Tapi kemon la izzati. jadi berani sikit maju selangkah ke depan. keluar dari gelombang takut kau tu. kau ingat kau tersangkut dalam filem horror ke tengah berlakon dalam scene hantu nak datang tetiba lampu terpadam, guruh dan kilat berdentum lepastu tingkap pulak terbukak tutup dengan sendirinya then hujan turun dengan lebatnya *babak wajib dalam setiap cerita hantu kan, ecehhh typical sangat cerita hantunya* hahaha :D
- - - Biar susah sekarang, bahagia di akhir nanti - - - " Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah " , in shaa Allah ada kebahagiaan yang menanti. Sabar. Doa. Usaha kena double, biar nampak effort. Solat jangan tinggal. Masa solat tu, sujud dan doa pada Allah, cerita segala perancangan dengan details. Jangan tertinggal satu pun, kira macam buat presentation depan Allah la. bagitahu apa yang kita hajatkan, apa yang kita rancangkan. Kalau ada rezeki, in shaa Allah nanti Allah bagi juga. Cuma cepat atau lambat je. Janji Allah itu pasti. Percayalah. **pesanan dan kata kata semangat untuk diri sendiri**

mata dan normal

tiap hari aku baca email. belambak email setiap hari. kadang kadang sampai tak larat nak baca sebab busy dengan kerja kerja kerja then nak hadap email lagi, nak balas satu persatu email satu hal. dah la email tu belambak. haihh. dah tuntutan kerja kan, so jalankan la tanggungjawab tu dengan ikhlas wahai izzati :)
amacam? dah cukup besar tak font size tu? Bhahahahaa :D jangan gelak lebih lebih eh. aku sekeh jugak karang. ni ada satu hari haritu, aku dapat email macam ni. pehhh aku rasa deep gila dia punya nganjingan halusssss gittuuu. eh helloooo bradaa, kalau tulis pakai font normal pun aku still boleh baca, still boleh reply email awak tu. takpayah la tulis besar gini. alhamdulilah, mata aku masih normal lagi. memang habit dia ke apa send email font besar anak gajah macamni kat orang. Haihhh manusia ni macam macam la -,-