Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Watak

Kadang kadang aku terfikir. wujud sebenarnya watak dalam perjalanan kehidupan kita ni. pernah korang terfikir? kalau tak pernah takpe, biar aku sorang je yang pelik sebab suka fikir benda yang pelik yang sama pelik sewaktu dengannya. Hehehe. lepastu aku terfikir lagi, watak apa yang aku pegang eh? watak apa agaknya. adakah aku hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan yang hanya sekadar membantu jalan cerita, atau watak sampingan yang digunapakai bila perlu, atau heroin tambahan yang menambah perisa serta rasa, atau betul betul sebagai heroin sepenuh masa? gerangan mana satukah aku? kau rasa? -,- aku sendiri belum ada jawapan untuk soalan itu.
Harini aku nak cerita pasal satu watak yang wujud dalam cerita hidup aku. aku tak tahu nak kategorikan dia sebagai watak apa. aku namakan dia si-polan. hai si-polan, maafkan saya harini saya nak cerita pasal awak. Ehh... tak payah nak baik sangat la ber-awak-saya haihhh geliii makhayam. hahahaha. Si-polan, kita bertemu pun bersebab. yes because Allah is the best planner. at first aku kenal kau, aku tahu kau jauh hebat berbanding aku yang tak seberapa ni. bukan nak compare, bukan aku tak bersyukur tapi itu pada zahirnya yang aku nampak dengan mata kasar. aku belum habis cakap lagi, so jangan kecam terlalu awal. hehe.
See? everyone have their own role in real life. bukan hanya kebetulan. sebab Allah dah susun baik baik setiap episod dan jalan cerita. mungkin watak kau adalah untuk uji aku. ye si-polan, kau uji aku luar dan dalam. sikit sikit kau uji aku. mungkin tak nampak, sebab halus sangat ujian kali ni. aku bukan paranoid or overthinking. tak. tapi bila aku duduk dan fikir cara matang, ini yang aku rasa. aku tak tahu apa motif kau buat tu semua depan aku. whether sengaja atau tak sengaja. memang kau nampak aku ni macam kalis peluru aku masih boleh tersenyum depan kau but the truth is, sakit sangat. kau ingat aku suka? aku tak suka. sikit pun aku tak pernah suka. sakit kot. deep inside. tajam kau bagi aku. kebarangkalian berdarah. tapi aku always standby plaster, jangan risau. mungkin kau nampak aku masih lagi tersenyum sebab tu kau still doing the same routine. takpe takpe. aku telan selagi mampu telan, jangan nanti dengan kau sekali aku telan. hahahaha. yela macam aku cakap, kau ada role kau dalam hidup aku. itu watak kau. watak kau merupakan satu ujian untuk aku yang acah acah gagah ni. padahal aku takdela segagah pohon besar yang berdiri kukuh, tapi aku hanyala ranting yang kecil yang mampu patah bila bila masa.
apa pun, aku nak cakap terima kasih si-polan sebab since we ever meet kau ajar aku something. dalam halus ujian, kau ajar aku untuk selalu bersabar sabar dan sabar. kau jugak ajar aku untuk jadi better then kuat. percaya? aku tak tahu apa dah jadi dengan aku, tapi i feel something different sebab aku boleh bersabar dengan something yang kadang kadang aku rasa cukup kuat ke aku nak handle semua ni. macam ada power. seriously. (kau jangan la bayangkan power yang aku maksudkan tu macam power rangers pulak, itu dongeng sangat) adoooiii, hahaha. ***pesanan penaja; dear cikizzati tabah la wahai hati, kuatkan semangat yang tak berapa nak kuat tu dengan kukuhnya berdiri atas tapak kaki sendiri sekukuh dinding batu bata konkrit yang telah kau bina selama ni :)

No comments:

Post a Comment