Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Apa Hukum Kacau Tunang Orang?

wooo, tajuk kali ni macam phewwwiittt~ peh peh pehhh gila la izzati tulis pasal topik tunang siot. *hang tu dah bertunang kah?* hahaha. haippp, diam ahh. senyap dan baca apa yang aku post kali ni. moga bermanfaat pada semua.
aku rasa semua orang dah sedia tahu tentang hukum kacau tunang orang ni. yela, orang tu dah otw nak bina masjid kot, yang kau dok pi kacau hubungan orang lain tu dah kenapa? jangan cari nahas, nanti bukan nahas yang datang. bala yang datang. *sorry for my harsh words, emosi sikit malam ni* ekekeke :D Tapi aku ada satu persoalan, macam mana pula orang yang dah bertunang tu gatai gatai kacau orang lain? means mengadakan hubungan dengan orang lain selain tunang dia. haaa macam mana tu? apa pula hukumnya? Jangan asyik nak salah kan orang yang kacau tunangan orang je. kadang kadang tunangan orang yang sibuk menggatal kacau orang luar. situasi macamni selalu terjadi. siap bermanis muka, siap bermanis kata, siap ber-whatsapp bagai. apa semua tu? sedar tak yang kau tu dah jadi tunangan orang? kau dah ada tunang. wooiii sedar tak? sebab ada je kes ada yang sampai mengaku outsiders tu setaraf dengan title tunang dia. keep going saying that non-stop. deyy, kau samakan outsiders tu sama tempat duduknya dengan tunang kau? kau biar betul. mana pegi darjat sebagai seorang 'tunang' ? kalau macamtu takde istimewanya la dia jadi tunang kau. sebab kau boleh letak dia sama level dengan orang biasa. kau tak malu ke buat macamtu? kau tak malu ke cakap macamtu? setiap apa kau buat tu perlu ada batas. bukan boleh simply kau letak orang lain sama taraf dengan tunang kau. fuhh... gila tak gila? Kau tak rasa bersalah ke kat tunang kau. kalau la tunang kau dengar apa setiap butir kata yang kau ucap tu, agak agak hancur berkecai berderai tak hati tunang kau? mesti luluh patah retak seribu kan. aku simpati sangat dengan dia. ye, simpati. kenapa la kau buat macam tu. apa lagi yang kau cari? apa lagi yang kau nak sebenarnya? apa lagi? Huh... manusia.
memang bertunang ni tak harus dihebahkan. tapi bukan bermaksud kau boleh menggatal dengan jantan/betina lain. haaa kasar kan bahasa aku? sebab orang macamni tak boleh cakap baik baik, tak lut langsung bagai curah air di daun keladi. tapi tu la lumrah manusia. tak pernah cukup. tak pernah puas dengan apa yang dah tersedia ada. sebab kalau cukup, kau tak akan cari orang lain. kau tak akan sanggup buat tunang kau macamtu. what for kau bertunang, kau ikat pasangan kau kalau kau rasa nak cari yang more better than apa yang kau ada. jangan sakiti orang lain. jangan. sebab kau akan rasa sakit yang sama tu suatu hari nanti. kifarah Allah itu pasti. betul la kata kata orang, " sesungguhnya dugaan bertunang dan menjadi tunangan orang ni adalah la sangat besar dan hebat " . so pada sesiapa yang berhajat nak bertunang atau dah ada tunang kat luar sana tu, hargai la tunang anda. ingat balik, kenang balik, dengan tunang kau tu la kau pasang tangga dan angan agan mat jenin nak bina mahligai bersama. jangan cepat gelap mata, gelap hati. sebab ketika kau cari yang lebih sempurna, kau akan hilang yang terbaik yang Allah dah bagi pada kau. jaga la baik baik. bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Allah tahu yang terbaik. jangan kejar yang sempurna, sebab yang sempurna tak pernah wujud. remember my words.

No comments:

Post a Comment