Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Permulaan untuk Pengakhiran

Hai december:) sekejap je dah hujung tahun kan. aku rasa macam baru je lagi 2015 tu datang. dah hujung tahun dah. dalam tahun ni je ramai kawan kawan aku yang dah beranak pinak. ada sorang kawan aku ada yang dapat anak kembar, ada yang dah timang cahaya mata kedua dah pun. aku ni apa yang ada? anak tekak je mampu setakat ni. Hahahaha. boleh la tu, anak juga kan? dah jangan cut the main point. hehe. cepatnya masa berlalu. tak sedar masa lebih mendahului, kan kan? so now kena say goodbye dekat november. november yang banyak kenangan, bak kata omputih November-to-Remember la, haa gittuuu. curlassss tak? hihi. actually hati aku girang sangat sebab dah lama bebenor rasanya jari jemari aku tak menari nari dengan bahagianya atas keyboard lappy kesayangan beta ni. jari aku menari tanpa henti taip dan terus menaip apa yang lahir dari hati. terima kasih lappy sebab masih setia bersama aku setelah sekian lama. banyak jasamu yang harus ku kenang. hahahaha apa hal jiwang sangat ayat aku ni? ishhh chhoooiiii, aku sendiri yang baca aku sendri yang geli geliman kahkahh!
ceria? sebab gambar boleh menipu. actually permulaan bulan ni je aku dah jatuh sakit. muntah muntah entah tak tahu punca, hilang melayang selera makan aku yang macam godzila tu, then kepala aku rasa berat sangat. dah ikhtiar pegi clinic jumpa doctor, tapi dia kata simptom tu normal jaa. doctor kata lagi, maybe aku stress. heyy kau rasa normal ke kalau aku muntah setiap pagi tanpa sebab? haihhh. stress? tu mungkin la part of it tapi tang normal tu aku macam nak gelak je. Haha. aku tak mengeluh, malah aku lagi bersyukur sebab aku tahu, sakit tu penghapus dosa dosa kecil. terima kasih Tuhan sebab bagi aku rasa segala nikmat ni. doakan moga aku cepat kembali pulih sihat sejahtera seperti sedia kala ye korang. mudah mudahan. senyum wahai izzati, selagi boleh senyum. sebab dengan senyuman tu kau selalu bajet macam kuat dan sado padahal lembik je hahaha dan macam yang kau selalu pesan pada diri kau, senyuman tu umpama magis yang boleh tutup apa yang terbuku dan terkubu dalam hati. please be strong dearself ♡

1 comment: