Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

siapa gingyy and fiona?

Nowadays aku dah ada peneman baru dekat rumah. Yaa, ada dua pendatang baru menginap dirumah aku and mereka pun ada rumah sendiri juga dalam kawasan rumah aku. Setiap jam setiap masa setiap saat mereka ada bersama aku. Comel sangat. Aku sayang mereka<3  dan sebab mereka jugalah hari-hari aku sekarang ni menjadi semakin sibuk juga membuatkan aku taknak keluar rumah dah sebab dah ada sesuatu yang sangat menarik dan amat menarik perhatian aku.



Haa, ini lah mereka. Buahati baru aku. Comel kan? Seekor jantan seekor lagi betina. Mereka lah menjadi kesayangan aku sekarang ni. Peneman aku setiap masa. tatkala aku rasa bosan bosan dekat rumah, aku main-main dengan mereka la bangun je pagi-pagi terus aku tengok dorang dulu nak say “goodmorning sayang.” Lepas sarapan pagi, aku akan lepaskan mereka dekat playground yang akak aku buatkan khas untuk mereka. Luas dan agak puas laa jugak untuk mereka. Itu kira rumah kedua mereka la bagi mereka bagi makan, main cakcakcak, main nyorok-nyorok. main kejar-kejar, mereka lari lajuuuu sangat tahu. Boleh kurus aku kalau everyday macam ni. Yela, mana tak nya, hari-hari kejar nak tangkap mereka. Kira macam exercise la tuu. Hahahaha! Bytheway best sangat. Hari-hari aku sekarang makin indah dengan gelak tawa family aku semasa melihat telatah mereka berdua. Mereka ni manja sangat tahu sebab mereka sangat suka di belai-belai sampailah mereka tidur. Comel betul and you know what, mereka sangat pintar sebab kalau tak ada anyone yang perhatikan mereka, mereka akan curi-curi keluar dari rumah mereka tu lepastu merayap tah mana-mana. Bila aku tengok mereka ade dekat luar dari rumah, cepat-cepat  mereka lari masuk rumah mereka balik. Huhu. Kelakar betul. Biasa lah wonderpet kan bijak. Haa, ntah-ntah kan mereka curi-curi keluar tu sebab nak pegi selamatkan anak binatang lain yang dalam kesusahan tak? Macam dalam lagu, wonderpet..wonderpet.. kami datang membantu anak binatang  dalam ke susahan. Kami tak kuat dan kami tak hebat kalau berkerjasama semua jadi mudah. Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Yeahh, wonderpet!