Yaa yaa yaa ini ada satu cerita. Mari dekat dekat. Boleh rapat rapat. Boleh baca baca. Boleh senyum senyum. Jangan malu malu. Jangan segan segan. Hahaa. Aku yang gelak sendiri. Hahaa. Emm, korang suka cooking cooking tak? Aku sukaaaaa sangat memasak sebab aku rasa macam main masak-masak je. Padahal masak betul-betul ni. Huhu. Dari kecil lagi aku akan menyibuk kalau mummy or kakak aku nak masak dekat dapur, setiap kali aku datang menjengah ke dapur tu mummy dengan kakak aku mesti tension je kan. Yela mulut aku ni banyak tanya kenapa masuk bahan tu kenapa masuk bahan ni. Bahan tu untuk apa, nak letak berapa banyak. Hahaa. Actually aku tanya semua tu sebab aku nak tahu cara untuk memasak dengan betul suatu makan tu. Mummy dengan kakak aku tu pula memanfaatkan kehadiran aku kat dapur tu sambil dorang memasak, dorang ajar aku memasak juga. Dengan berbekalkan ilmu yang mummy dan kakak aku curahkan dari sejak 18 tahun yang lalu, nowadays aku dah reti masak apa sahaja yang aku rasa nak makan. Wahhh! Seronok betul rasanya bila rasa masakkan air tangan sendiri. Huhu. Sangat puas. Puas betul tak tipu. Baru-baru ni aku tiba-tiba rasa macam nak makan Biskut Famous Amous buatan air tangan aku sendiri. Hee. Taknak beli yang dah ada jual kat kedai tu. Tekak ni nak juga yang aku masak sendiri. Hmm.. takut juga kalau tak jadi seperti yang aku inginkan maklum la ni kali pertama aku mencuba buat biskut famous amous berpandukan resepi kakak aku : ceritarasaya.blogspot.com dan ini lah hasilnya biskut aku :
Yummy! Yummy! Yummy! Alhamdulilah biskut ni jadi sesedap secukup rasa seperti yang aku inginkan. Bila suatu masakkan yang aku nak yang aku inginkan menjadi dan menepati target aku, itulah sebenarnya pencetus inspirasi aku untuk mencuba resepi-resepi yang baru. Yaabedabeduuu. Thanks juga kepada kakak aku atas resepinya kepunyaannya ituu. Sayang kau kak! Selang few days lepastu aku try buat satu lagi resepi, now aku nak buat cake pula. Yes darling, cake! Korang suka cake? Nahh, aku bagi korang cake, ini pula hasilnya Chocolate Moist Cake :
Kenyangnya makan lepas kedua-dua percubaan masakkan aku menjadi. Puasnya hati. Now aku dah reti buat cookies and cake by my own self, habis hari-hari aku buat. Hahahaa. Makin bertambah-tambah la berat badan aku lepas ni. Haha. Tapi tak elok untuk kesihatan makan benda-benda macam ni setiap hari. Sekali segala nak makan boleh la kan? Okay la jumpa lagi dengan resepi baru. See ya.
No comments:
Post a Comment