Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Z and Q

Aku nak mulakan entri aku kali ni dengan sebuah kisah pendek yang mencuit hati aku. hihihi. ni semua ni anak buah aku yang si zafran tu la punya kerja. niat dihati dia konon konon nak test tangkap gambar mak dia pakai tablet baru yang dibeli oleh parents dia. okay jom baca cerita pendek ini. hehehe

Zafran : mama senyum ma...senyummm..
Mama : ok...  (buat senyuman paling manis sekali..haha)
Zafran : peace ma, peaceeeee

Mama : ok, peace (sambil buat tanda peace)
Zafran : k ma, da yap (siap) da....
Mama : cantiknya..pandai abang amek gambar mama.....hehehehe 
★☆★

#Pic taken by my little zafran!

so ni lah hasilnya. amacam? 
nampak tak muka mak dia yang buat senyuman paling manis sambil buat peace tu?
hahahahhaha :D 

Hujung minggu last week, aku menghabiskan masa di hometown tersayang. dimanakah? of course laa di Kluang, Johor. yeahh, Johor Darul Takzim.
  saya bangga menjadi anak Johor.
ada masalah?
hihihihii
wahh, lama sungguh rasanya tidak pulang ke kampung halaman.  oleh kerana tidak pulang beraya tahun ni di kampung, rasa macam dah bertahun tahun lamanya tidak menjejakkan kaki di kampung ni. rasa macam dah lama sangat tak bersua muka dengan nenek, makcik pakcik, saudara mara and anak buah aku yang comel molek dua orang tu. tapi malangnya, time aku balik haritu dua dua anak buah aku tu demam pula. panas gila kot badan mereka. menggigil gigil masa dekat klinik. kesian sangat aku tengok mereka. tak se-aktif selalu. tak seceria selalu. tak bising macam selalu. lemah je. layu je. asyik baring je takde lari lari macam selalu. sampai nak cakap pun tak ada suara. batuk demam selsema semua ada lah. pakej laa katakan. hihihi. 

aku rindu sangat nak melayan kerenah mereka yang kejap ke sana kejap ke sini tak reti duduk diam tu. tapi mereka demam pula. takpela, rehat eh puas puas dekat rumah tu. makan ubat tau. mesti cukup rehat. moga cepat baik. dua minggu lagi kita jumpa lagi ye sayang. masa tu mesti mereka dah baik demam. cik ude sayang sangat dekat zafran and qina tau and cik ude doakan moga zafran and qina cepat sembuh and kembali sihat macam biasa. amin :)

1 comment: