Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

My Practical Journey #part 2

Alright alright alright. kisahnya bersambung disini sini sini. tora datang lagi. tak pasal je tiba tiba tora, motif?  hehehe. okay back to the topic, setelah 2 bulan 3 minggu menghabiskan keringat dan menbanting tulang bagaikan mahu reput di Permaisuri Resort Port Dickson, pihak latihan industri institusi aku telah memindahkan aku dan rakan seperjuangan aku ke sebuah hotel yang baru dengan sebab sebab yang kukuh lagi sahih yang tidak dapat di elakkan sama sekali. 3 hari cuti diberikan untuk menguruskan segala urusan pertukaran tempat practikal ni. 3 hari tu tidak cukup sebenarnya. tapi aku manfaatkan juga 3 hari tu menjaga ayahanda tersayang yang berada di wad ICU di IJN  ketika itu. izzati sayang abah :)

Alhamdulilah, semua mimpi ngeri dan episod hitam telah lepas aku harungi bagaikan macam dah sampai ke penghujungnya. harini, aku mampu tersenyum girang dengan penuh kelegaan dan berkobar kobar rasanya nak meneruskan practikal di hotel baru ni. yeeehooo~
Dengan semangat yang baru, dengan azam yang baru, di hotel yang baru, aku dan rakan seperjuangan merangkap 'mate-mate' aku sorang tu lina lina lina, kami meneruskan saki baki 2 bulan 1 minggu menjalani practikal di hotel yang baru ni. sebuah hotel yang tersergam indah berdiri dengan kukuhnya dan betul betul terletak di bandaraya. kalau dah sebut bandaraya, maknanya kat sini tak ada lepak lepak amik angin tepi pantai layan perasaan lagi okay? hehehe :D
perli diri sendiri nampak gayanya, so padan lah muka, padan muka izzati! hahaha.

Avillion Legacy Melaka nama diberi. maka, bermulalah episod baru dan chapter yang baru walaupun dalam buku yang sama menjalani practikal. saat pertama aku menjejak kan tapak kaki di hotel ni, aku betul betul berharap dan berdoa tiada lagi episod ngeri berulang kembali dan moga ini merupakan episod terindah dalam zaman practikal aku. moga disini lebih baik dari yang sebelum ni. amin amin amin.

with coffee house manager yang ter-amat-sempoi

rakan rakan se-practikal walaupun berlainan institusi.
korang memang sangat best <3

ni pulak, Mr Bean yang versi Malaysia.
hihihi

bersama kapten kapal yang sangat awesome :) 

Alhamdulilah syukur sekali lagi, doa aku didengari dan dimakbulkan Allah SWT.
Di sini aku dapat menimba banyak sangat ilmu baru yang tidak tertanding rasanya. semua yang aku tidak dapat kecapi di hotel lama, aku dapat kecapinya dengan begitu suksess sekali di hotel baru ni. ye, mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi. mungkin yang Allah nak aku belajar rasa susah dulu baru rasa senang. di sini, sungguh melimpah luah rezeki yang datang tidak pernah putus. aku sangat bersyukur. Allah kurniakan aku dengan kenalan yang baik baik hati belaka. mereka tidak sombong dan tidak kedekut ilmu bahkan lagi banyak lagi ilmu yang dicurahkan tanpa jemu.
terlalu banyak sangat kenangan manis di hotel baru ni. dengan kenangan kenangan manis yang tercipta di hotel baru ni, bagai menutupi segala episod hitam yang berlaku di hotel lama. terima kasih guys! jasa you all akan di kenang selamanya. ye, selamanya. ingat tau, selama lamanya. hihihi
buah honeydew yang berukir
'i love izzati'
sungguh tulus gurauan staff cina yang memberikan aku buah ni.
kini semuanya menjadi kenangan kan. 
hurmm...
tergambar senyuman di wajah aku dan mate mate, penuh kegiranganya dihati kami hidup menimba ilmu dan menyerlah di hotel yang baru ni. terima kasih sekali lagi you all, sebab memaniskan perjalanan semasa menjalani zaman practikal ni. segala kenangan yang ada akan aku abadikan dengan penuh penghormatan. setiap hari aku siram dan baja kenangan kita supaya kenangan indah tu sentiasa mekar dan segar dalam ingatan dan tak akan pernah lupus. 
salam sayang, izzati 

7 comments:

  1. huu,,bestnya kerja kat hotel.. eh, serious mcm muka mr.bean

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. best. best sangat kerja dekat hotel. pengalaman yang sangat bermakna :) erm, muka dia memang sebijik sejibon pun mcm mr bean. dengar kata dorang kembar yang terpisah. hehehe :D

      Delete
  2. aaah. muka sama cm mr.bean!! best tak keje hotel?? teringin jugak...~~!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kembar mr bean tauu. hehehe
      totally awesome la kerja dekat hotel and kena pandai bawa diri. nanti try la buat part time kat hotel mana mana. try rasa 'hotelian life' :)

      Delete
  3. wah wahh . untunglaa reti masak ala-ala hotel :D

    ReplyDelete