Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

My Practical Journey #part 1

Okay readers, macam yang korang dah sedia ada tahu, few month ago aku dah tak update entri baru dekat blog kesayangan aku ni. base on one reason, aku busy busy busy dengan practical life aku la. apa lagi. Ohmaigoshh! macam masuk penjara rasanya. hahaha. so, this is my chance nak share dengan korang 'saat saat indah perit duka lara' yang aku alami sepanjang aku menjalani dunia practikal 5 bulan tu. wahh, sengsaranya bukan kepalang. tapi bebekalkan niat yang tulus lagi murni, untuk menimba ilmu semata demi segulung diploma di genggaman, aku gagahkan juga jiwa raga menempuh segala rintangan yang datang. ewahhh. huhuhu.

My practical journey begins....
first hotel untuk aku, Permaisuri Resort Port Dickson.

17 jun 2013 bersamaan hari isnin. hati ni rasa berdegup kencang bagai dipukul ombak deras. wahh, puitis gitu ayatnya. haha. kaki ni menjejakkan tapak kaki yang pertama di sebuah hotel. dengan memengang erat fail, di gagahkan juga kaki ni bergerak menuju ke pejabat human resource untuk melaporkan diri tanda pengesahan menjalani practikal secara officially. so, bermulalah segala cerita ceriti yang tercoret sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar practikal di dalam dunia perhotelan. lagi lagi di tempat yang baru. di dalam sebuah dunia yang baru. welcome to hotelian life.
from first day until minggu yang ke 8 aku di tempatkan di department housekeeping. penat, memang penat. yela, nama pun housekeeping kan. setiap hari membanting tulang. setiap hari mengeluarkan keringat demi mencapai segulung diploma ditangan. aku bertarung tenaga fizikal dan mental. aku meniti hari hari yang berlalu dengan penuh sabar. rasa macam lambat sangat hari tu berlalu pergi. lambat sangat. tapi apakan daya, aku dan rakan rakan se-practikal ni layankan je.

okay, ini Denish, sama tak gambar dia dengan lakaran yang dilukis kan tu? huhuhu. dialah penyeri housekeeping dan boleh dikatakan dialah penyeri hotel ni dengan mulut kepohnya mengalahkan perempuan. asyik bergosip je yang dia tahu. setiap pagi, tu lah sarapan dia. kalau nak tahu, dialah perosak bahasa melayu sebab dia selalu rojakkan bahasa melayu dengan bahasa tamil. hahaha. tapi, dia kelakar orangnya, kadang kala tergenyah genyah mengalah kan perempuan. jalan pun kepit je. huhuhu. kalau dia offday, maka sunyilah hotel tu tanpa suara dia yang selalu bising dalam walkie talkie.

ni pula semua housemate aku. comel comel kan mereka? 
meriahkan wajah wajah kami? 
auuuwww! 
ni semua dalam gambar je, walaupun in realitynya tersangatlah terseksa menjalani hari demi hari practikal ni. hikhikhik


hmm.. dengan merekalah aku menyambut kedatangan bulan ramadhan dan dengan muka muka mereka jugalah aku menyambut syawal. first time in my life, satu syawal tidak bersama keluarga. lain sungguh rasanya. lain sangat. pada pagi 1 syawal tu, seawal 6 pagi aku dah terpacak dekat hotel. sunyi je waktu tu. aku pun melangkahkan kaki ke pantai menghirup sedikit udara nyaman di pagi hari. sepoi sepoi je angin pagi tu. lama aku duduk dekat tepi pantai tu mengenangkan nasib badan sampailah matahari timbul. saat tu, terdetik dekat hati kecil aku ni, 'ohh.. macam ni rasanya beraya di perantauan jauh dari family kan' hurmm... pejam celik, pejam celik menatap wajah mereka hari demi hari, 2 bulan telah berlalu. rasa macam dah 2 tahun tak pulang ke rumah ayah bonda. rinduuuuunnyaaaaaa!!!!
aku pun pesan dekat diri aku, 
'takpe izzati, 3 bulan je lagi. bertahan lah wahai izzati! you can do it princess!'

tup tup tup, perjuangan aku di hotel ni, hanya bertahan selama 2 bulan 3 minggu je. maka, bakal berakhir perjuangan aku di hotel ni. hurraaayyy!!! selamat tinggal semuanya. selamat tinggal kawan kawan se-practikal. selamat tinggal segala kenangan pahit dan manis. maaf, aku dan lina pergi dulu. sebelum meninggalkan mereka, aku ada meninggalkan sepucuk warkah buat housemate tersayang di sana. kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye kawan kawan. banyak sangat kenangan kita bersama :)

nak tahu kenapa aku ditukarkan tempat practikal dan di manakah aku menjalani practikal selepas itu? tunggu. tunggu entri My Practical Journey #part 2 nanti. hehehe. 

No comments:

Post a Comment