Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Kerinduan Geng Bawang

Wooo... setelah sekian lamanya aku tak online facebook, sebentar tadi aku online la sekejap oleh kerana aku nak buka page group institusi aku. punyalah banyak notification and friend request. actually aku tak suka sangat dunia dunia facebook ni. semak lah dengan notification yang tah apa apa. mengadu nasib pasal boyfriend girlfriend lah bagai. argghhh... semak. nak je aku leave comment dekat status mereka yang merepek merapu tu 'tolong tulis dalam diari kau je boleh tak? aku tak nak baca.' hehehe. kejam kan aku? 

tapi tapi tapi, aku ter-ber-henti sejenak lepas baca satu comment yang di tinggalkan khas untuk aku. adalah seorang hamba Allah tu menyampaikan sesuatu dengan expression sedih tergambar. jangan, jangan sedih. haihh, aku jadi serba salah pula. bukan aku tak nak update pasal kita kita, sudah terniat lama dihati kecil aku ni cuma aku tiada kekangan masa yang mencukupi. maafkan putih ye capsicum merah. maafkan saya. maafkan saya. tak ada entri pasal korang dalam blog kesayangan aku ni, tidak bermakna aku lupakan korang sama sekali. tak pernah lupa tau. aku tahu readers sekalian tak faham sangat dengan apa yang aku mengarut ni, but aku tahu geng bawang pasti akan faham apa yang aku corat coret merapu ni.
hikhikhik.
ni skuad 'geng bawang' :)
tiba tiba rasa macam kelakar lah kan. dalam banyak banyak, 
nama bawang juga kita amik.
hahahaha
cili merah, bawang merah, bawang putih, cili kering, bawang besar, 
mak kundur, capsicum kuning, capsicum merah, and lastly bawang goreng.
kalau lah boleh diputar balik masa, di undur balik waktu waktu kita bersama bergosip gosip sambil mulut penuh mengunyah ngunyah segala bagai makanan yang ada kat kamsis tu, saat suka suki gelak ketawa riang, tunggang terbalik kita snap gambar, melayani movie at midnight,
semuanya yang terjadi semester lepas tu....
akan aku undurkan masa itu and letak button pause
akan aku hapuskan button play tu. 
supaya masa tu takpayah bergerak lagi pergi meninggalkan aku bersama kenangan korang yang ter-sangat-lah sweet lagi bermakna tu. putih rinduuuu sangat sangat ter-amat-sangat dekat 'geng bawang' semua ni. seriously rindu.

adui, macam mana lah nak tempuh semester depan. confirm lagi pasti, bila tengok je blok V2 aras 2 pasti akan ter-flash back semua memories yang pernah kita cipta dekat blok tu. riuh rendah dengan suara kita je kan. yela, nama pun 'geng bawang' hehehe. haihh.. pasti akan menitis air mata ni bila terkenang. korang yang dah graduate tu, jaga diri baik baik okay. pada yang dah nak kawin tu, kami di sini menunggu kad jemputan dari anda ye. haaa, ingat tu! erm, jangan lupakan kami yang masih belajar lagi ni. nanti senang senang datang lah melawat kami di sini. kami sentiasa menunggu kedatangan you all dengan tangan yang terbuka :) 

salam rindu, salam sayang dari putih ♥ 

9 comments:

  1. adeh, terasa juga sedihnya. simpanlah kenangan terindah baik2 sebab kenangan yg sama tak akan berulang. huhu. and yg pasal facebook tu, samalah kita. tak suka lah tngok org update status mcm over. tak mau baca nak buat mcm mana dah terbaca kan. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kenangan tu akan tersimpan rapi dalam kotak fikiran dan hati kecil ku ini. wahh gitu ayatnya. hehe.
      tahu takpe, nak buat macam mana kan, nama pun social networkng. so layankan jeeerrr leerrrr. hehehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. hahahaha, ofcos nama bawang pun ada. tu tandanya kami menghargai sesuatu yang ada dekat muka bumi ni. warrlaahhh~~ hehehe.

      Delete
  3. Cam kenal jer.. Cam pernah nampak jer.. Akhz.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah macm kenal kan. Sebab buah hati dia ada dalam gambar tu kan kan kan. Hehehe

      Delete
    2. yup yup, betul tuu :) dia kenal sebab buah hati dia ada. hehhehe

      Delete
  4. Cam kenal je yg balas comment ni.. Cam kenal je.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha cam kenal.. cam kenal yeer.. :D

      Delete