Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Sunshine and Flower

do you think how the flower can bloom without the great sunshine?
can it blooms perfectly?
can it?
for sure feel incomplete to bloom beautifully.

so do i.
i need my sunshine.
even though right now i feel so doomed and down.
you are miles away. . . . .
perhaps it just temporary please shine me as you usually do.

corat-coret :
♥, dekat sana kalau sempat singgah dan menjejakkan kaki dekat Multazam, Hijir Ismail, Jabal Rahmah, doa banyak-banyak semampu yang mungkin tau.
kalau boleh cerita dalam doa every single thing from A to Z your life plan.
Allah dengar dan pegang semua doa-doa tu. mudah-mudahan.
ni semua antara tempat paling mustajab doanya.
selamat menunaikan tuntutan sebagai seorang muslimin.

semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga selamat kembali pulang. Umrah mambrur yaa zauj, inshaaAllah♥

Middle of 60++

tambah tolak. darab bahagi dan sama dengan --
itu ilmu matematik.
sejak azali lagi aku memang tak suka mengira.
bila nampak nombor banyak-banyak je automatik boleh pening.
macam allergic gitu. haha

tak suka kira-kira.
tak suka nombor banyak-banyak.

tapi ketika ini,
ketika jari jemari aku laju menari-nari atas keyboard menzahirkan berbaris ayat kata serta emosi,
aku masih mengira dan menghitung. kira dan kira.
dan terus setia mengira sampai habis.
ye, kira sampai habis.
moga-moga cepat la masa berlalu.
cepat la cepat la cepat laaa. . .

Allah dah susun cantik-cantik setiap jalan cerita kita :)
tugas kita main kan watak dalam setiap episod cerita dengan sebaik mungkin.
pasti ada bahagia yang menanti di akhir nanti.
semoga dipermudahkan segalanya.
Amin.

Pieces of Heart

Manis.

semua orang suka bila dapat rasa manis.
sebab rasanya manis.
tapi jangan lupa, bila manis akan adanya masam.
bila masam akan adanya pahit.
bila pahit akan adanya tawar.
bila dah tawar, dah tak dapat rasa apa apa.
sebab ianya tawar.
tawar.

Tawar.
bila dah tawar perlukan usaha yang banyak bagi mengubah rasa tawar tu berubah menjadi satu perisa. manis masam atau pahit. ataupun untuk terus kekal dengan satu perisa.

choose your flavour wisely and go for it.
make your efforts worth it.
flavour changes along with your level of efforts.

Cracks.

Combination.

Scars.

Reheal.

When you broke the little heart, please find the pieces and put it back. otherwise left it there then a person who hurting can comforts by their ownself.

Start to Count . . .

i know that day will come.
it will come.
but, i just dont know when it is.
suddenly, we be inform about it by this monday and suppose to attend it on the next following monday.
quite a shock news.

hmm... ya ya yaaa.
need to accept it no matter how.
perhaps everything will gonna be fine and back to normal as usual.
may Allah ease everything for now, next and future.
Allah yuftah alaikum. inshaaAllah♥

Ole ole from Perhentian Island

Pulau Perhentian.
Mesti cantik kan. nama pun pulau.
bestnya pegi pulau! pulau never fails me
orang kata cantik sangat view dekat sana.
teringin nak pegi. bila agaknya dapat jejak kan kaki dekat sana --

ada orang tu baru balik vacation with workmates. seronok la holidays berhari hari, cik izzati dekat sini mampu berhuhuhuu je kerja kerja dan kerja. apa boleh buat, lumrah manusia mencari rezeki. kerja kan suatu ibadah, maka dengan itu jangan la mengeluh ye wahai cik izzati. keep calm and stay positive ada rezeki nanti cik izzati pegi holidays pulak ye :)

bila pegi tempat orang, negeri orang macam macam la dibawa baliknya. harini cik izzati dah dapat makan keropok ikan parang, keropok ikan tamban yang kembang semekarnya bila goreng hihi makan la cik izzati sampai lenguh mulut kunyah kunyah sambil tengok movie. lepastu makan keropok lekor lagi.
alhamdulilah, rezeki. terima kasih sudi berkongsi rezeki, semoga dipermurahkan lagi rezeki awak. Amin.

another sweet things comes when you bought me ole ole from your vacation trip.
for me? seriously, for me?
Ohhh mydear i really really really love this ole ole cause it comes in pair. pandai pilih. dah la cantik, sama sepesen. suka sangat bila tengok! tak sabar nak pakai. hihihi.
muchlove, thankyou❤

Food and Me

ada seseorang penah berkata satu 'perumpamaan pasar' dengan aku satu ketika dahulu, " aisshhh... izzati dan makanan berpisah tiada "

oh yaaa, mungkin betul!
tidak disangkal lagi.
ekekekekekeee :D

cuti yang lepas, aku duduk rumah terasa nak makan macam macam.
gatal je tangan aku ni nak masak itu nak masak ini,
pegi dapur nak buat itu, nak buat ini.
dengan keringat tulang empat kerat yang ada ni, layan kan jela apa yang diidamkan diri sendiri.

dan hasilnya, tarraaaa . . . . .
sweet colorful popcorn by izzati.co hihihi :D
dan juga tidak ketinggalan,
variasi 3 generasi donut gebu gebas auummm
makan donut sekali 3 macam, mana tak gebu izzati ooiii... hahahaha
alaaaa... bukan selalu pun kan jamu diri sendiri, atleast apa yang diidamkan nak makan tu tercapai dengan air tangan sendiri.
yayyyy, suka suka sukaaa!


p/s : boleh pm kalau berminat hihihi :)

EKEN H9 - giveaway

Haaa maii sini baca.
siapa kat sini suka online shopping?
ada berita baik ni untuk semua yang geng kaki shopping gadget online.
entry kali ni nak promote pasal satu instagram online shop yang terkenal abad ini.

actually aku dah lama follow satu igshop ni tau. almaklum la dah lama berangan nak beli iphone. tapi dok usha usha je dulu. survey market. hehehe. ada satu kali ni, aku nampak igshop ni buat giveaway untuk EKEN H9 camera.
pehhh EKEN H9 weii dia nak buat giveaway. siapa yang tak nak, kan?
aku pun dengan berianya turut sama join giveaway tu. excited punya pasal. hehehe

haa panjang lebar kan karangan aku hahahaa
then dengan senang hati dah bebel panjang, tunggu la closed date giveaway tu.
aku tengok ramai yang hebat hebat join giveaway tu. masing masing punya style.
tapi takpe aku dah usaha, sungguh sungguh aku tulis karang tu. so aku tawakal je.
taknak la berharap sangat, karang tak dapat hampa.
kalau ada rezeki aku, inshaaAllah.

dua minggu dah pun berlalu.
selalunya sebelum aku nak tidur, aku akan online sebentar saja scroll fb tengok isu semasa. ada satu malam ni aku tengah syok layan fb tetiba ig aku banyak naik notification. pelik,
sebab selalunya ig aku akan naik banyak notification bila aku upload gambar baru.
aku pun tekan la satu persatu notification tu.

guess whattt?
ni dia notification paling best aku baca malam tuuuuuu~


ooohohohohoooiii. . . . .
dari mata mengantuk nak tidur terus buntang segar bugar mata aku.
rasa macam tak percaya je apa yang aku baca niii..
nak cakap mimpi, tidur pun belum lagi.
eh.. ehhhh... betul ke apa yang aku baca ni?

happy tak terkata aku time ni. berbunga bunga mekar rasanya. seriously hihihi alhamdulilah. Allah ye yang tahu.
terima kasih Abg Zul sebab pilih saya dalam ramai ramai contestant yang join giveaway tu. i dont know why that im choosen but seriously im very thankful for giving me this opportunity. *senyum sampai ke telinga*

selang dua hari lepas diumumkan im the winner for that giveaway, (nak mention juga winner tu hahahahaha) barang yang dinanti nantikan pun sampai dengan selamat.
yeayyy, suka suka sukaaaa!
dah ada baby EKEN H9 ni, lepasni boleh la cik izzati bersuka ria ber-selfie wefie glup glup gluppp dalam air. sukanyaaaaa wweee~
ini telah terbukti jelas dan nyata yang Abg Zul ni seorang usahawan muda yang boleh dipercayai. janjinya pasti. cepat dan pantas.
so pada korang yang berhajat nak beli gadet online, boleh beli dekat Abg Zul ni.
dia bukan sekadar jual iphone, EKEN camera je. macam macam dia jual.
harga? aishhhh... kalau korang nak tahu Abg Zul selalu bagi harga runtuh.
murah dan berbaloi. he is trusted seller. very very recommended. tak percaya?

korang boleh check it out sendiri view offical instagram rasmi owner :
zul.iphone
zulstreatwear
zuldrone

taknak cakap banyak lagi, visit that online igshop now!!!

A W A W

well said.
remember and do it as well.
LOVE


not much, just stay in the right path and fight till the end.

Anak Bapak S G

ceritera S G

rasanya tak pernah wujud entry pasal "dunia S G" dalam blog kesayangan cik izzati ni kan. busyyy dengan daily life tak sempat nak story mory. memandangkan harini ada kelapangan masa, okay kali ni cik izzati kasi teaser sikit okehhhh...

cari kuih hingga ke hulu,
mengidam kuih lepat kuih bahulu.
nak cakap tapi alahai malu,
bagi pantun jela dulu.

sambil baca pantun jemput jamu mata tengok gambar gambar yang bakal menjadi kenangan untuk masa akan datang. sorry kalau ada terlebih terkurang terkasar tercalar balar hati sana sini untuk sebelum ni dan dihari mendatang. saja nak sorry awal awal, kot kot nanti tak sempat ke kan. hehehe. yela korang terpaksa layan kerenah cik izzati yang selalu diluar jangkaan ni hahaha. nak terima kasih juga even korang terpaksa sekalipun hahahaha. walau kita lain family, kita semua tetap anak bapak. ye, terima kasih sekali lagi kalian untuk semua kenangan ni :) i wont regret it.
setahun dah berlalu, perit getir nganjingan yang dilalui.
terima kasih dari permulaan kaki menjejaki hingga ke saat ini.
banyak sangat yang dipelajari, termasuk yang dibuli.
#mohonterasapadasiapayangrasamembuli
hahahahaha
gurau gurau :D
lu ingat gua tak tahu lu tengah gelak gelak?
lu gelak gelak baca apasal?
tak nampak muka gua serious tuuu,
gua bagi pantun ni, dah ready, balas la pantun gua nanti. . .
hahahahahaha

beli roti ponpon dijual bangla bai,
okbai ^^

Cik Izzati Surprise Birthday

Happy belated birthday! hehehe. disebabkan tanggal 27 Mac 2016 cik izzati ni menyepi dan menyendiri luar dari malaysia, so semua birthday surprise jadi belated birthday surprise untuk umur baru tahun ni. takpela, tahun ni menjelang birthday lain dari yang lain sikit. tak sambut on time. so its gonna be something different dari tahun tahun yang lain sebelumnya. such a good momento to remember :)
ni haa aku nak tunjuk dua ketul dalang yang menjadi mastermind merancang semuanya. patut ler beriye iye buat appointment seminggu awal kononnya dengan aku ajak keluar nak pegi "somewhere". bila aku tanya kat mana "somewhere" tu, katanya somewhere yang cantik tempat idaman blablablaaa. ok jawapan kau sangat tak menjawab soalan aku. pfftttt -,- then masa ontheway dalam kereta buat perangai pelik tetiba nak request tutup mata aku. ehhh... dah kenapa minat dua ketul ni. haaa... jangan macam macam. nak bawa aku kemana ni. pening weh perjalanan duduk dalam kereta sambail tutup mata. gelap je dunia ni rasa. macam ni agaknya rasanya kalau tak dapat melihatkan. Allahu. syukur alhamdulilah dengan segala nikmat yang Allah dah kurniakan. dalam hati ni masih tertanya tanya kemanakah kita? dupdap dupdap dupdappp.....
ooo oooo ooohhhh! ohh lalalalalaa..... hahaha ni rupanya kerja korang kan. patut la beriye iye tak kasi aku keluar satu hari suntuk dari pagi tunggu korang kat rumah, bosan gila tahu tak. mati kutu duduk rumah tu sensorang. sebab ini rupanya. ceittt! tapi takpe, ianya merupakan satu pernantian yang sangat sangat sangat berbaloi. thankyou mydear housemate. i really appreciate yours effort. berjaga sampai dua tiga pagi semata mata nak siapkan chocolate castle yang comel gilalalalaaa bak hanggg ni. seriously, aku suka sangat. yayyyy, suka suka suka :) hihihi. serious superb sedap dan ianya bukan indah khabar dari rupa.
so lepas ni kalau ada sesiapa yang gila chocolate macam aku ni nak order chocolate castle cake comel yang chocolate-nya melimpah ruah macamni, boleh la order dekat depa ni. confirm tak menyesal. kepuasan dijamin! haaa, aku siap promote lagi ni. nanti dapat untung share eh hahaha :D

Strong enough

Saat yang sangat genting rasannya sekarang ni. kenapa? Allah sedang uji dik. kuat benar ujiannya kali ni. sampai kekadang hakak rasa nak tepuk dada tanya diri sendiri. cukup kuatkah untuk semua ini? Allahu... >> " Allah tak akan seorang hamba luar dari kemampuannya " so dah dapat jawapan kan? jangan la mempersoalkan lagi. you already know you is strong enough to facing all of this kind of test. just be true. Laa tahzan izzati, innallaha maa'ana. fight for this. facing with the best way you can do.
belum terlambat lagi nak ucap, alhamdulilah sebab Allah uji. sebab dalam beribu ribu berjuta juta hambanya kat dunia ni, Allah pilih untuk uji diri kau wahai cik izzati. tak rasa bangga ke? Allah uji sebab Allah rindu. rindu nak berdua duaan dengan kau atas sejadah sambil dengar rintihan kau. so road back to Allah, dearself.
semua yang berlaku bersebab, ada hikmahnya. tiada yang kebetulan. buang la ragu ragu tu. sesungguhnya ragu ragu dan tidak pasti itu mainan syaitan. tolong percaya dan yakin la dengan diri sendiri. ye, kena yakin! yakin yakin yakin. faham tak? kena yakinnnnn! percaya dengan setiap percaturan yang Allah dah aturkan. Allah dah susun baik baik jalan cerita kita. so doa yang terbaik. In shaa Allah dapat, cuma cepat atau lambat je. Allah pegang semua doa kita dan Dia akan lepas kan satu persatu bila sampai masanya. doa, usaha dan tawakal la. in shaa Allah ada jawapan. Allah is the best planner.
patrick si buncit pun nak tumpang femes masuk blog jugak haha. chill dearself, keep calm and eat chocolate as much as you can because chocolate can make me feel better happierrrr and super comfy hehehe :D #izzatidancoklattakdapatdipisahkan

Old and New

the day has truly come. Alhamdulilah sempat bertemu dengan usia baru. Sannah helwa dearself, be beautiful shine of yourself everyday and be a good girl. Its a new begins for 365day of new ages. say goodbye to old age. Sayonara~ and say hello to days of a new age. very welcoming :) Rasa macam... ehhh baru je tambah satu angka haritu. Ni tambah lagi? betul ke ni betul ke ni? arghhhh tidakkkkkk..... *cubit pipi tak boleh terima kenyataan* hahahaha
so dah tambah satu angka lagi ni, maka dengan itu anda kena satu tapak kedepan izzati. move on to a new phase. maybe a great phase better than the old. stop dreaming and step further. be brave! usaha lebih akan dapat lebih. usaha luar biasa akan dapat result yang luar biasa. apa pun yang terjadi keep smiling eventhough real deep inside is hurt. yeah its so hurt sometimes. you knew yourself. sabar eh. keep doing what you love to do to cheerup your daily day. just keep strong jalani kehidupan yang mendatang. please jangan lupa diri. in shaa Allah everything will gonna be fine soon. Keep your Dua, Allah is always listening and always with you, dearself. lotsa love♡

A-I-S Delima's

Satu dua tiga. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Haa ironik tak pembuka entry aku kali ni? muehehehe. okay rakyat jelata sekalian, ni nak introduce my delima's A I S . unplanned to get to now each other but alhamdulilah everything is just doing fine. Allah is the best planner.
siapa sangka kita akan jumpa? siapa sangka kita akan kenal dan jadi macam kita yang sekarang? siapa sangka? tak pernah sangka semua tu kan. sebab semua tu luar dari bidang kuasa kita. yang Atas sana yang aturkan. padahal aku dengan si tembam chikebum chikebum sorang tu satu tempat belajar kot. beza satu semester je. cuma lain fakulti. lain kolej kediaman. beza taraf junior dan senior je and at last kita jumpa bawah satu bumbung. tak sangka kan? hihi. yang selim melim tu pulak tak payah cerita la, memang kenal since born lagi. tapi tak pernah sangka juga yang akan duduk rumah bujang bersama sebab minat kita tak pernah sama yela lahir lain bulan kan tahun je yang sama. hahahaha takde kena mengena ahhh lantak kesah pulak aku kan hahaha. apa apa pun terima kasih sebab being nice to me and my pleasure to knowing both of you from start till now. Moga ukhuwah yang terjalin ni till jannah. In shaa Allah. love chuolsss♡

Dua Kosong Satu Enam

Entry pertama untuk tahun 2016. rasa macam tak percaya dah masuk tahun baru rupanya. macam tak rasa. sebab apa tak rasa? sebab aku tak pegi celebrate tengok bunga api macam tahun tahun sebelumnya. hehe. itu semua tak penting, sebab apa yang penting azam dan niat tahun baru. eh kejap kejap... tahun baru bermaksud tambah lagi satu angka dalam hidup semua yang bernyawa dan punya usia, ohh tidakkkk kenyataan yang paling susah nak terima. hahaha.
sekarang 2015 dah berlalu pergi meninggalkan kita semua dengan penuh kesan dan memori. terima kasih pada semua yang jadi sebahagian daripada memories suka duka bahagia sedih sentap marah merajuk menggila dan sebagainya. semua tu akan kekal sebagai memori yang pernah tercipta dalam kisah hidup aku. syabas semua sebab berjaya memainkan peranan watak masing masing dengan cemerlang. Tahun baru ni aku tak minta banyak pun, moga Allah bagi kesihatan yang baik pada aku dan keluarga serta sahabat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, tak tersasar ke jalan yang salah dalam proses mencari jalan pulang ke syurga. sebab kita makhluk Allah semua berasal dari syurga. Amin.
Ehh tetiba nak selit jap, semalam petang kat office terasa nak minum hot milo cicah biskut acah acah minum petang auchhh menganciammm! tapi malassssss nak jalan pegi pantry buat air sebab fail menimbun macam highland tower minta siapkan. so setelah ditimbang tara solutionnya seperti gambar diatas. sadis tak? hahaha. moral of the story dah masuk tahun baru ni wahai cikizzati. jangan malas malas lagi. Hihi :D

Baju Kurung

First aku nak jawab, memang aku suka pakai baju kurung. Dan aku tak penah malu pun pakai baju kurung. sebab aku rasa aku pakai baju yang cukup kainnya bukan terdedah sana sini. kalau aku nampak macam nenek nenek pun biarlah. Kenapa? Ada masalah dengan itu? aku dengan kau pun bukan sesiapa. aku tak pernah minta duit kau belikan aku pun baju kurung tu. Brrrr -.- aku rasa aku tak penah interfere life kau, kau pakai apa ke kau makan apa ke kau pegi mana ke so please mind your own business. jangan nak jadi kepochi sangat. sekarang kau memang cakap lepas semua tu kat aku, jangan nanti kau dapat bini yang pakai baju kurung doplohpatjam pulak. nak pegi pasar beli ikan pun pakai baju kurung. wahh perempuan melayu terakhir sangat. tahniah la kalau dapat ye ;)