Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

The End of 365

Assalamualaikum.

hai awak awak, ye awak semua la.

harini last day untuk tahun 2014. harini jugak hari yang ke 365 untuk tahun 2014. rasa awesome tak bila korang tahu harini hari yang keberapa dalam satu tahun? haaa, memang confirm la tahu sebab today is the last day of 2014 so tak payah nak susah susah kira hahaha ok tak lawak. 

tahun 2014 ni macam macam perkara yang berlakukan? macam saat yang best, saat yang tak best, saat yang paling sedih, saat yang paling taknak ingat, saat yang mencabar, saat yang paling gembira, bermakna dan tak boleh dilupakan dan saat yang macam macam la berlaku dalam hidup kalian semua. sama juga dengan aku. 

tahun 2014 ni juga kita diuji dengan pelbagai dugaan. tapi alhamdulilah semuanya kita dah berjaya tempuh satu satu. now kita tahu yang kita mampu tempuh semua tu kan even time tu kita rasa susahnya hidup ni dan kuat ke kita time tu kan? 

ni la hasilnya, sampai juga kita di penghujung tahun 2014. Alhamdulilah sekali lagi.

esok dah masuk tahun baru, 2015. kejap je rasa. rasa macam baru bulan lepas je aku update entry pasal nak masuk tahun 2014. time is going so fassssttttt. so every single thing that ever happen in 2014 will be such a great memories to remember. am i right? :) 

korang.... tahun baru 2015 ni nanti, sama sama kita jadikan lebih baik dari tahun 2014 okeh. moga semuanya di permudahkan oleh-Nya. haa, azam tahun baru korang dah list kan ke belum? hihi. moga apa yang korang listkan tu menjadi kenyataan. Amin. jangan list je pandai, tapi tak buat! *pesan kat diri aku sendiri sebenarnya* hehehe 

maka, ni merupakan entry terakhir aku pada tahun 2014 ni. selamat malam semua. sekian. okbai.

Kenapa perlu pakai Niqab?

Apa itu purdah? Apa itu Niqab?
ok, aku explain eh. bagi sesiapa yang tak tahu, niqab tu bermaksud purdah. kalau still tak tahu purdah tu apa, takpe. aku explain juga. purdah tu bermaksud secebis kain yang menutup muka kaum wanita melainkan biji mata sahaja. kalau masih ada yang tak faham juga, aku boleh tunjukkan contoh. jangan risau.

haa, macam gambar ni. sekarang faham tak? :)

Kenapa perlu pakai niqab?

ikhlas? fesyen? trend?
aku pun tak boleh nak jawab kenapa seseorang tu memakai niqab. for those yang memang betul-betul ikhlas memakai niqab kerana Allah s.w.t tu syukur alhamdulilah. moga istiqamah.

tapi bagi yang memakai niqab hanya kerana fesyen semata, atau terikut ikutkan trend semasa yang kejap pakai kejap tanggal tu, bawa-bawa la insaf. 

kalau nak pakai, pakai la betul-betul. bukan pakai sekadar nak menunjuk. or pakai sebab tengok orang ramai pakai. nak ikutkan trend semasa la katakan. 

bukan sebab apa, sebab kesian pada wanita-wanita yang betul-betul pakai niqab ni, bila ada orang yang pakai main-main ni ibarat macam busukkan nama pemakai niqab yang lain. mereka diperli, disindir  dan sebagainya. kesian sangat. 

kepada kaum hawa kat luar sana yang memakai niqab, bersabarlah dalam melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w, kerana Nabi telah bersabda :
  "Barang siapa berpegang teguh dengan Sunnahku, ketika rosak umatku, maka ia akan mendapat pahala seratus orang mati syahid."

p/s : aku belum lagi memakai niqab, just nak berkongsi ilmu dan teguran sesama ummah. maaf jika ada salah silap dan tutur kata :)

" Ya Allah, saksikanlah bahawa hamba-Mu ini telah cuba memperbetulkan dan menegur masalah yang berlaku dalam ummah. Semoga hal ini dapat menjadi jawapan kepada-Mu saat Kau bertanyakan apakah yang telah kulakukan untuk menyelamatkan akidah umat akhir zaman ini. Amin. "

Bencana Alam | Banjir 2014


Dia datang. ye, dia datang lagi. siapa datang? banjir datang lagi. kali ni dia datang bukan biasa-biasa. bukan sikit-sikit. sekali dia datang, habis tenggelam semuanya. banjir kali ni nampak lagi parah dari yang sebelumnya. 

Ya Allah, sejujurnya takut tengok kawasan tempat tinggal, masjid, bangunan dan rumah-rumah yang tenggelam. sampai nampak bumbung je. cuba bayangkan betapa tingginya air tu? Subahanallah.

dengar pulak berita tentang bayi hanyut, tak cukup bekalan makanan, bekalan keperluan tak sampai, Ya Allah. sedih sangat. sayu je hati ni. macam mana la kalau kita di tempat mereka? nak bayangkan pun takut. hmm...

Ya Allah. berikan lah mereka kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi bencana alam kali ini. semoga semuanya dipermudahkan. sesungguhnya segala yang terjadi ni ada hikhmahnya. Amin.


seandainya kita tidak mampu menghulurkan bantuan di sana atau memberi bantuan dari segi bekalan makanan, minuman, pakaian,  maka marilah bersama-sama kita tadah tangan berdoalah kepada-Nya. doa sebanyak mungkin sebab doakan senjata orang islam :)
#PrayforPantaiTimur

Babysitter



kata-kata hikmat tuan tanah,
" Tatkala minda berputar ligat , tatkala hati berbisik , lantas jari-jemari menari-nari memetik lantunan huruf , membentuk berbaris ayat , kata serta emosi. Tatkala imej menarik hati , dipersembahkan dengan seikhlasnya."


Fuhhh, cuti panjang babe.
apa nak buat?
jangan tanya apa nak buat.
sebab aku dah tahu apa yang aku nak buat cuti kali ni. hahaha
siap full booked sampai end of this year okay.
haa, hebat tak hebat?

apa yang aku buat?
jeng jeng jeng... hahaha
takpayah nak jeng jeng jeng sangat lah kan.
sebab title post pun dah jelas lagi nyata terang terangan aku buat apa sepanjang cuti ni. hihi.
yes, i am babysitter!

this is my handsome boy and my sweetie little girl.
maka cuti aku kali ni dipenuhi dengan gelak tawa melayan kerenah mereka.

and aku rasa tak terlambat lagi nak wish welcome to this lovely little baby girl to our big family.
so itu bermakna tambah lagi sorang aku kena jaga.
its okay. no biggie. cause i already love them so much.
my niece and nephew.

Kolej Kediaman PMM


Kolej Kediaman PMM.
bagi freshie yang baru baru menetap kat kolej kediaman, mesti sumpah seranah.
selalu rocall la, rules ketat sangat la, macam duduk asrama sekolah la, 
itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena ini tak kena, macam macam la. 

mana aku tahu semua ni?
ek eleh aku pun penah buat perkara yang sama juga masa aku mula mula masuk dulu. 
sebab tu aku tahu. hahaha :D
biasa la tu, nama pun duduk Kolej Kediaman. 
bukan duduk rumah. selesa sentiasa.

tapi tu semua DULU punya cerita.
3 tahun lepas punya cerita.
sekarang aku nak cakap. 
kolej kediaman PMM is the best place i ever live sepanjang 3 tahun kat sana,
serious talk weh. 
aku rindu nak duduk dekat meja belajar aku yang ceria riang ria penuh dengan color pink sana pink sini tu.
kat sini lah tempat aku perah otak struggle study & buat assignment yang bertimbun timbun, kat sini juga la aku tertidur sebab penat sangat study, kat sini juga aku duduk acah acah nak study padahal berangan entah kemana sebab takde mood nak study. peduli la org nak cakap apa, meja aku bukan meja kau. hahaha.

even tak seindah rupa, tapi selasa.
sejujurnya aku rindu nak baring golek golek sampai jatuh tergolek sambil nyotnyet- nyotnyet tanpa henti dengan my beloved one roommate, Jenab (bukan nama sebenar). jenab selalu nyanyi lagu yang sama berulang ulang kali untuk aku sampai aku boleh hafal lirik lagu tu dan nyanyi bersama jenab hahaha hebat tak? walaupun suara jenab tak berapa nak sedap, aku tetap tadah telinga dengar tanpa jemu. haaa, terharu tak? saranghae. hihihi

ok, ni la jenab yang aku gembar gembur kan tu.
cantik molek comel kan?
dia la sahabat susah dan senang aku. dia yang paling faham aku.
sebab tu aku sayang dia. sayang sangat 
i syukur sangat dapat jadi sahabat you, Jenab.
terima kasih Allah sebab bagi aku peluang kenal dan bersahabat dengan dia.
she's the best i ever had and i love our friendship till jannah. Amin.

Jenab, masih ingat semua gambar ni lagi?
ni koleksi gambar kasih sayang kita hahaha takdela, just kidding.
ni semua memori suka, duka, terbaik aku dengan jenab penah lalui bersama. 
best sangat kan? rinduuuuuu semua saat tu. 

with jiran tetangga yang merangkap junior yang best.
bila sekali pandang, nampak semua macam sama umur je kan?
(ceitt, perasan muda) hahahaha 

capture the moments with all Kolej Kediaman V2 members.
thanks for this lovely photoshoot.
akhir kata, selamat tinggal kolej kediaman. selamat tinggal kehidupan kolej kediaman.
i gonna miss every single thing and love to visit here again and again.

Malam Pra Graduan (MPG)

Memang adat kalau student life mesti akan ada satu event untuk celebrate student yang dah nak graduate. Ok, kali ni aku nak cerita pasal aku punya Malam Pra Graduan (MPG). Omg omg omg, so excited! hahaha kecoh betul aku ni kan? okay okay cukup, MPG JPH kali ni bertempat dekat sebuah hotel yang sangat gah terletak di bumi Melaka, Avillion Legacy Melaka.

jom, aku beanja sikit gambar gambar masa dinner MPG JPH PMM kali ni.

haa, tengok ballroom dia yang indah cantik meletops tu tambah pulak dengan makanan bermacam rupa enak lagi lazat terhidang untuk we'ouls ni. alhamdulilah kenyang cacing cacing dalam perut ni sebab menjamu selera sampai buncit malam tu. dah bayar mahal mahal kan? so apa lagi, makan la puas puas. hehehe
haa, ni pulak aksi aksi gadis gadis bechok ni lepas habis majlis. asyik bergambar sakan. yela, semua dah tempah baju special, beli baju baru mahal mahal semata untuk pegi dinner MPG ni kan. so lenjan la bergambar sampai habis batery phone korang tu. hihi
abadikan gambar di setiap detik.

ni pulak my best girls yang always kecoh all the time. 
disebabkan korang pakai lawa lawa macam puteri kayangan (jangan nak perasan sangat ok haha) so aku bagi la nama glamour sikit kat korang.
here is my sweetie pie Jenny . Kiah . Temmy.
i love you girls. 

yang ramai ramai ni semua classmate aku. 
in DHK6B we trust!
yang tengah tengah berdiri tu sebenarnya ada lecturer merangkap PA we'ouls sepanjang 3tahun ni. tapi bila dah ramai ramai kerumun dia ni so dia pun dah tenggelam. terima kasih mama sebab jaga we'ouls semua anak mama yg nakal ni sepanjang dekat PMM tu.
btw, you are the best mama ros! hehehe
not to forget my beloved team OKROCA CEO.
nak jugak ada gambar sama sama, haa amikkkk. hahaha
seriously, aku akan rindu dengan semua kerenah korang.
i love you guys.

Hidup

Hidup.
lately. aku rasa lain. something yang lain sangat.
kenapa?
-- entah.
aku tak suka rasa macam ni.
hmm...

Tolong.
Tolong bagi sinar cahaya.
Tolong bagi kekuatan itu.
ku pohon darimu Ya Allah.

OKROCA CEO's

Hai.
as uolls know, this is my OKROCA CEO's.
orang kuat OKROCA.
 *cehh, kuat la sangat kan. puihhh* hahaha
taknak cakap banyak pun actually. aku just nak say a big thanks to all of you. minta maaf kalau sepanjang kita jadi teammates ni aku ada buat salah silap. ada termarah korang ke, ada gurauan yang sentap sentap ke. jangan amik hati okay guys. aku tahu korang semua baik baik belaka. kan? hihihi.

aku juga nak say thanks kat korang semua atas kerjasama, penat lelah kita bersama yang tak pernah terkira. thanks sebab selalu dengar aku membebel panjang lebar sampai korang rasa macam nak sumbat je mulut aku ni dengan OKROCA yang kita buat tu suruh aku diam kan. hihi. macam yang aku selalu cakap, 

" kita semua ni kan pelengkap "

dan kita semua dah buktikan yang kita semua boleh. OKROCA pun boleh go. heee. so the point is, i gonna miss our time together gather. buat OKROCA dalam kitchen sama sama dari pagi sampai petang macam nak patang tulang belakang, tulang kaki tangan semua nak patah. haha. keluar masuk office sebab nak jumpa KJ. selalu kena marah dalam office KJ. proposal kena reject. sampai orang dah boleh kenal siapa anak buah KJ. lepastu duduk kat library konon nak bincang and last last bertekak macam anjing dengan kucing macam rebut ikan lepastu baik balik. kelakar pun ada. hahaha. whatever it is, gonna miss it so much! serious talk ni. and you know what, i already miss our OKROCA time. ohh *tissue please* hahaha. 
this is the real OKROCA team. 
tengah tengah tu advisor kami Encik Khairulazam dan dia merangkap Head of Department untuk falkulti kami. (JPH) nampak sempoi kan? boleh senyum senyum, boleh gelak gelak. tapi tegas dia macam singa. siap la kau kalau tak siap kerja dan tak bagi apa yang dia nak. haa, tak terkucil dalam seluar kau? heee. but, if you really knew him, he is a good guy. sangat baik. selalu positive all the time. selalu bagi motivasi kat kami lepas kami kena marah dengan dia. hahaha. but, its okay. nak berjaya kan kena la tempuh semua fasa ni. Encik Azam, you are the best. kami semua sangat sangat lah beruntung sebab dapat Encik Azam sebagai advisor kami. and we are truly sorry sebab tak dapat pegi the third stage tu. kami tahu Encik Azam sangat hampa dengan keputusan yang kami dah buat ni. tapi disebabkan banyak sangat kekangan yang datang, so ni keputusan terbaik dari kami.
hidup OKROCA. hihihi 

all of you, till we meet again  

Perkaya Inovasi PMM

Perkaya Inovasi PMM kali ke-9.

Hari : Khamis
Tarikh : 16 / 10 / 2014
Tempat : Dewan Platinum PMM
Booth : OKROCA

okay uolls, ni pulak cerita semi final stage untuk final year project yang hari tu.
ni adalah sebahagian daripada peserta yang masuk bertanding untuk Perkaya Inovasi PMM kali ni. ohh, bukan biasa biasa mereka semua ni. semangat kali ni, lain macam nampaknya. semuanya lebih bersemangat untuk tebus kekalahan untuk presentation final year project first haritu. so, goodluck guys!

macam biasa, aku introduce dulu teammates aku. orang orang kuat OKROCA. okay, sama je orangnya macam yang haritu. cuma kali ni kami tampil lebih bersemangat dan lebih ready untuk fight for JPH. go go fighting! hihi.
sudah semestinya team OKROCA akan membawa nama okroca dengan baik kali ni. In shaa Allah, kalau ada rezeki kali ni. hihihi. kali ni OKROCA banyak menambah baik apa yang terkurang dan kekurangan dari inovasi haritu. kita manusia kan, belajar dari kesilapan. so, kali ni. OKRACA tampilkan booth sekali dengan maskot. ye, maskot. thanks to my teammates sebab sudi dan sanggup untuk jadi maskot for the wholeday. femes gila kan kau hari tu? cakap je siapa tak kenal kau haritu? yang paling kecoh, paling meriah. well, bak kata Coordinator yang memantau, trademark OKROCA kan batchmark JPH. big clap! hoorraayyy. heee.
haa, tu la maskot yang aku katakan tadi. comel? hihihi. actually, maskot ni nak buat konon macam simbol OKROCA ( Okra Roti Canai ) yang besar. macam roti canai gergasi la. tapi, bila sekali pandang nampak macam kura kura pun ada jugak. hahaha. nasib kau jahhh. nama pun handmade. so, be creative mind people. *ceh ceh ceh, sebenarnya nak cover malu* hehehe 


" your achievement is beyond the others "
-Dear OKROCA CEO's, korang ingat lah ayat tu sampai bila bila sebagai pemangkin semangat. 

Alhamdulilah, everything is going very well and as smooth as the plan. semuanya buat yang terbaik. and the result is, OKROCA berjaya menjulang nama dengan amat baik sekali kali ni. banyak sangat comment comment positive yang diterima dari jugdes, lecturer, customer yang tak putus datang memberikan support, dorongan and permintaaan terhadap OKROCA kali ni terlalu demand on customer. sampai tak cukup la stock untuk jual. semuanya habis licin di jual. Alhamdulilah. rezeki. terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. thanks to all your supports, we very appreciate it.
capture the moments with, 
Datuk Abu Bakar, Timbalan Menteri Sains dan Inovasi Malaysia dan Mejar (K) Zolkarnain, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada OKROCA atas usaha yang tak pernah putus ni tanpa mengeluh. dan ni hasilnya. berbaloi kan penat lelah kita selama ni walaupun selalu bertekak je kalau tak sependapat. tapi ni lah hasilnya. hasil yang sangat membanggakan. aku bangga dengan teammates aku. dan aku bangga dengan OKROCA. terima kasih OKROCA CEO's :) 

and not to forget, the great news. Tahniah sekali lagi buat OKROCA sebab terpilih dan ditawarkan untuk the third stage. for this stage OKROCA akan mewakili Negeri Melaka dan juga membawa nama PMM. oh, really awesome! sangat tak percaya. betul ke ni? rasa macam mimpi. mimpi ke ni?  *tampar pipi sikit* adooii! sakit. betul la bukan mimpi. hihihi. 

The Day Final Year Project (JPH)

Hari :  Khamis
Tarikh :  9 / 10 / 2014
Tempat :  Dewan Platinum PMM
Booth :  OKROCA

okay, harini aku nak cerita pasal presentation final year project haritu.
best. masing masing berkobar kobar untuk FYP kali ni. best sangat. tapi...
bila tengok competitors yang lain, makin naik cuak dibuatnya.
semua power power.
semua hebat hebat.
omg omg omg!
cuak ni bukan biasa biasa kali ni.
sampai menggigil la tulang lutut, tangan kaki, boleh cakap semua lah gigil.
hahaha. *eksyen lebih*

dupdap dupdap dupdap tu, macam nak terkeluar jantung ni dibuatnya,
yela kan mana taknya, hari besar kot.
menentukan markah final aku untuk final year ni juga.
so aku mesti buat yang terbaik.
okay korang, ni aku introduce teammates aku yang bukan calang calang. semuanya di pilih atas skills yang tertentu. *sebab tu pilih korang masuk group ni* kahkahkah! takdela, kidding kidding :D kita dah macam family. kita semua ditakdirkan satu team sebab macam yang aku salu bebel kat korang sampai korang bosan nak dengar tu, ahhh tak kira, aku nak cakap juga, "kita kan pelengkap" haa, tak digitu uolls? 

one day before the day, persiapan everything is going well. semuanya berhempas pulas sehabis baik untuk setup kiosk. ye, kiosk kita memang ramai sangat yang jeles kan haritu? sebab apa? sebab makan space paling besar. hahaha. ehh suka hati laaa. kata bersaing secara sihat. siapa usaha lebih, dapat lebih la kan. ni namanya psychology. awal awal dah kena saiko takan dah gentar kot? so, usaha tangga kejayaan. hati kena kental. ye idokk? *cehhhwaahhh! kemain poyo ayat aku ni apahal. ajet ajet je* hahaha.
okay, ni pulak mula muka happy lepas judges datang evaluate. ohh, legaaaanyaaaa rasa. happy happy juga, dalam hati ni berdebar menunggu keputusan yang bakal diumumkan malam nanti masa annual dinner. ohh, lamanyaaaaa nak tunggu ke malam. cepat la malam, cepat la malam. rasa macam nak cari doremon je minta pintu ajaib dia so boleh terus menjangkaui masa terus ke malam. hahaha. 
so, keputusannya malam tu alhamdulilah kami hanya mampu sandang silver medal. silver pun okay what? dari tak menang langsung kan? even hancus berderai impian untuk memiliki gold. hahaha. tapi takpela, mungkin usaha kami belum cukup bagus untuk sandang gold. tapiiii.... tahniah kepada OKROCA sebab berjaya mara ke semi final. so maknanya ada lagi satu inovasi. tapi ni peringkat PMM pula. makin mencabar!

Final Exam


Aiikkk, terus masuk cerita Final Exam?
apa kes ni cik izzati oii?
Mana cerita pasal hari inovasi final year project yang sampai macam nak terkeluar konon jantung kau tu?
hikhiks. *amboi, perli nampak? ceettt!*

Okay, korang. Maaf ya.
Maaf sebab after habis hari inovasi final year project haritu tak sempat nak update apa apa. 
Tak sempat nak cerita macam mana progress dan berlangsungnya hari inovasi haritu.
Fuhh, hari inovasi tu sangat mencabar wa cakap lu.

Tapi tak boleh cerita sekarang.
Sebab sekarang tengah focus struggle untuk final exam ni,
Hmmm....
Tunggu ye, tungguuuu. Nanti after habis semua final paper aku akan #throwback berceloteh panjang lebar sampai tak cukup muka surat nanti. haaa, *over kau jahh* hahaha.
So, stay tuned :)

Btw, berbalik pada Final Exam.
korang semua yang baik hati doakan untuk final paper cik izzati kali ni eh.
semua paper semester ni semuanya HARDCORE gila.
Omg omg omg!
Doakan tau.

Got to go, XOXO

Final Year Project

Salam Aidiladha semua :)
Lama betul blog ni ditinggalkan sunyi sepi.
mana tak busynya, semester akhir kan.
so busynya bukan main.
kalah ahli korporat.
hehehe

di kesempatan ni, 
nak minta jasa baik semua, tolong  doakan cik izzati untuk presentation final year project nanti ye. Doakan akan semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang.
Debaran tu kuat sangat rasanya. 
macam nak terkeluar jantung ni, *amboi eksyen pulak*
hehehe
Ya Allah, permudahkan segalanya dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Amin.

MH17

Harini pagi pagi lagi dah dikejutkan dengan satu berita tergempar.
Berita berkenaan satu lagi pesawat MAS.
MH17.

Kuala Lumpur :
Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.




Ketika kejadian, pesawat MH17 yang perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.



sumber : BERITA HARIAN 

>>sayu je hati bila tengok gambar serpihan pesawat milik (MAS) MH17 tu.
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terlibat dalam nahas pesawat itu. 

Inovasi Terbaik | Inovasi Makanan Terbaik

Idea terbaik inovasi makanan. 
Boleh merangkul anugerah Gold.

Apakah idea itu?
korang ada idea?
korang nak share idea dengan aku tak? 
alaa, share idea sikit je. mana tahu boleh membantu.
hihihi.

Adakah idea idea ini boleh membantu?
berdasarkan paras rupa sahaja?
berdasarkan keunikkan rasa sahaja?
berdasarkan kretiviti pengolahan sahaja?
atau perlu mengandungi semuanya?



comel kan?

Actually aku ada beberapa idea yang menarik and mungkin boleh diguna pakai. 
tapi tapi tapi... 
banyak bebenor tapinya. hahaa.
tapi aku tak tahu nak pakai idea yang mana satu. 
semuanya bagus.
semuanya best.
semuanya ada market value.

Haduiii.... tu la yang buat aku fining fining.
kepala ku fining dok fikir fikir apa idea terbaik lagi mantap meletup letup kebabomm untuk menghasilkan produk inovasi yang paling terbaik untuk final semester ni.
korang rasa aku patut buat inovasi apa ek?

Hmm... setiap product mesti ada advantages and disadvantages sendiri.
itu yang aku kena kaji terlebih dahulu sebelum buat keputusan yang bijak. kan?
well, tak ada apa yang sempurna kan kat dunia ni melainkan yang satu di Atas sana.
itu yang pasti. 
Doakan aku ye korang.
Doakan cik izzati peroleh anugerah Gold untuk inovasi ni nanti.
Amin.
cik izzati

MH370

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing. 
so mystery.
where are you MH370?
please come back.

Misteri Kehilangan MH370
Hmmm...
dah masuk genap 100 hari kehilangan MH370.
harini dah hari yang ke 104.
masih belum jumpa lagi. 
terus menjadi misteri yang belum terungkai.
satu dunia terus tunggu dan menunggu penuh harapan.

Entah kenapa lepas aku tengok berita dua hari lepas, 
ada temu bual exclusive bersama Tun Dr Mahathir tentang misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dekat Tv3 haritu, tiba tiba hati aku terdetik pulak nak tulis entri kali ni pasal MH370.

Kenapa?
mungkin sebab aku risau pesawat sebesar tu tak jumpa jumpa lagi sampai sekarang.
Risau?
yela, sebab aku prihatin ianya melibatkan banyak nyawa dalam pesawat tu.
Dimanakah ia sekarang?
hanya yang Atas sahaja tahu segala galanya. Ya Allah.
Bilakah ia akan kembali?
entahlah. wa'allahualam.

Sekalung doa dan harapan dari aku untuk para penumpang dan anak kapal agar kembali pulang dengan penuh selamat dan sihat walafiat.
di harapkan ahli keluarga mangsa terus berdoa tanpa putus dan hadapinya dengan tabah dan sabar.
Amin.

Bila CikIzzati Berbicara

kata kata penaja untuk harini,

Cuti sem dah semakin kempis ruangnya.
maknanya?
tu dah bermakna menghitung hari la nak habis cuti kali ni.
hmmm....
tak bestnya. tak bestnya. tak bestnya.
tak bestnyaaaaaaa!
nak cuti lagi. nak cuti lagi. nak cuti lagiiii!
please. please. pleaseeee.

Dah la naik je sem depan beberapa hari lepas tu dah nak masuk bulan ramadhan.
ye, bulan untuk semua umat islam Wajib berpuasa.
bukan aku merungut, tapi tapi tapi....

Sem depan adalah sem paling penting untuk aku.
ye paling penting sekali. penting!
sem depan la menentukan perjalanan hidup aku kelak.
takut pun ada. gentar semua ada lah.
tapi aku tahu aku kena kuat. ye, kuat!
sebab apa?
sebab aku tahu aku boleh. ye, aku boleh!

Korang....
aku nak minta tolong sikit boleh?
korang pinjamkan lah aku sedikit kekuatan korang tu. korang baik kan? :)
korang semua doakan lah aku ye. doakan tau! ingat.
doa kalian bermakna makna dan sangat bermaknaaaa untuk aku.
tolong doakan ye ,
moga moga izzati dapat menjalani semuanya dengan lancar, tenang, dipermudahkan segalanya dan mendapat petunjuk Allah yang satu. paling penting, kurang lakukan kesilapan. buat yang terbaik dan paling terbaik
Amin.
terima kasih korang :)

Old Friend of Mine

okay,
entry kali ni aku just nak cerita pasal kawan. Yup. k a w a n .
semua orang ada kawan kan?
setiap orang bermacam ragamnya. 
so bermacam juga spesis kawan yang ada kat dunia ni.

cuti semester kali ni aku banyak habiskan masa kat rumah je.
memanfaatkan cuti yag ada dengan rehatkan tulang keringat empat kerat aku ni sebelum dikerah balik tenaga ni start semester baru nanti. so better aku rehat secukupnya kan. hihihi
nak cakap aku malas?
kesah pulak aku kan.
hahaha



yang pertama,
old friend of mine : Fana
kawan dari sekolah menengah, di sekolah baru yang aku masuk. at the same time dia pun pelajar baru jugak time tu. so aku rasa faham apa yang dia rasa and dia pun faham apa yang aku rasa saat menjejakkan kaki di sebuah sekolah baru jauh dari kawan kawan di sekolah lama yang jauh lebih hebat. kan b kan? hehehe :D haritu, saja sembang sembang kat whatsapp, well dunia sekarang makin maju. semuanya pakai free 24 hours pakai internet. after lama dah lost contact disebabkan kesibukkan masing masing. syiok borak borak ni terkenang kan kisah dulu kala, and catch up kisah hidup masing masing. i miss you babe. nanti ada masa kita lepak ye.  

yang kedua , this is about my baby dolly barbie. comel kan dia? kan kan. hehe. aku dengan dia rapat since sekolah lagi. boleh dikatakan kami ni macam mirror. yup.. bahasa melayunya, cermin.. sebab apa? sebab selalunya apa yang kami rasa, kami fikir selamunya sama. well, that call our great telepathy. hehe.  i do love you and miss you .girl.









yang ketiga ,
my funny little friend, nana.
yeah, she so kind and i love to be friend with her.
why?
because her smile and her laugh can make me cheer up.
seriously. otak dia ni pun gila gila jugak. so memang boleh masuk la dengan aku ni. hehe
thanks for our blue and red date <3
best sangat tauuu.
yela, lama kan tak bersua muka.
nanti kita meet lagi ye bby.
i do miss you girl.

and lastly,
lama aku tak cakap pasal diaorang ni.
ni la kawan kawan yang aku pernah rapat suatu ketiga dahulu.
for suria, arip and shah,
aku dah mengenali mereka lama dah.
since zaman persekolahan sebab kami satu sekolah :)
tika pula aku kenal masa aku start masuk belajar. my first roomate.
i do miss our friendship and our time.
i do miss you fellas.
● ● sincerely, cik izzati

Kerinduan Z & Q

Hujung minggu lepas, aku habiskan masa dengan dua budak kenit yang comel ni.
lama sangat tak jumpa diaorang. 
yela, b u s y memanjang laa katakan. 
hehehe
layan telatah comel anak buah kesayangan aku ni, betul betul buatkan hati aku girang.
dengan suara comel diaorang,
dengan suara pelat diaorang,
dengan nakal diaorang,
dengan tak reti duduk diamnya aktif je sepanjang masa,
boleh kurus aku kalau melayan je diaorang ni 24-7.
haha
setiap pagi aku di jamukan senyuman di bibir comel mereka.
ohh my my myyy !
i am totally miss you my dear Z and Q <3