Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Moist Chocolate Cake

yeahh, baking a cake once again baby! weee :)
#tiba-tiba ada satu suara berkata-kata, 'asyik-asyik buat cake chocolate je kau ni izzati. asyik-asyik buat chip chocolate cookies je kau ni izzati. macam dah tak ada benda lain dah nak masak.'
ehh, biarlah. aku punya suka lah. tekak aku bukan tekak kau. kau jangan nak banyak bunyi, aku pijak penyek kau karang. so better you shut your mouth!

pakai chocolate Van Houten tau. ini lagi syiookkkk!




letakkan loyang yang berisi adunan itu didalam tempat kukus seperti ini.

tutup bahagian atas loyang dengan cover aluminium seperti ini dan tunggu sehingga 45 minit. tunggu la dengan penuh kesabaran ye? hihi

mmm. . . mmm . . . lamanya kaki ni tak menjejakkan kaki ke dapur. lamanya aku tak merasa masakkan air tangan sendiri yang tak berapa nak sedap ni. nikmatnya rasa bila kita dapat makan apa yang kita terasa nak makan. dekat kamsis iaitu (asrama) tak dapat nak buat semua ni. so bila dah balik cuti di rumah ni, kau lenjan la kasi puas hati kau tu nak masak apa yang kau nak makan sampai lebam. hehe

tapi kali ni lain sikit cakenya, ni masak pakai kukus punya cara. selalunya aku masak guna oven. semuanya bakar dalam oven. tapi yang kali ni special sikit, my beloved mother ubah resepi mencuba sesuatu yang baru dengan memasak cake menggunakan kaedah kukus.
taraaa, dah jadi moist chocolate cake versi kukus :)

kalau nak lagi sedap menambat hati, letak lah topping chocohate cair diatasnya itu.

InsyaAllah kalau diberi kesempatan, saya kata KALAU, so bermakna kalau sempat pagi nak pulang ke politeknik tercinta nanti sebelum bertolak balik, aku cuba-cuba mencari waktu lapang untuk buat sikit cake ni pada korang-korang yang aku kenali di poli okay? kalau sempat tau. see yaa di poli nanti :)

ohh bahagianya C-U-T-I


Masa aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku ternampak seekor rama-rama.
kenapa ada rama-rama masuk rumah?
orang tua-tua kata, kalau rama-rama masuk rumah tu tandanya ada someone's special nak datang.
siapakah?

haa, aku tahu! aku tahu!
errr. . .  aku lah someone special tu kan? kan kan kan?
sebab tu rama-rama ini masuk rumah. tu tandanya aku nak balik. nak sambut kepulangan puteri En Abdul Wahab dan Pn Hawa ni.
sekali sekala perasan sendiri tak apa kan?
hihihi

ermm, adik-adik bujang yang dua orang ni dah sibuk ajak aku pegi perkena Tutti Frutti. katanya dah lama tak makan borak-borak gosip-gosip cerita terhangat dengan aku. elehh, nak pancing aku lah tu kan? aku tahuuuuu tuuu. haha suka ye korang nak menghabiskan duit PTPTN aku? haiihh, yela yela demi mu adik-adik kesayangan ku, jom kakak mu yang comel ni bawa pegi makan yogurt ice cream dekat tutti frutti. jom cepat! lambat tinggal. kihkihkih




korang semua punya yang kecik-kecil je. aku punya jela yang paling besar. sebab aku kan kakak :) hee lepas je habis makan ice cream dekat tutti frutti ni mereka berdua ni mengada-ngada buat muka manja ala-ala comel gitu nak ajak makan chicken chop. dah la ajak makan chicken chop, minta pula dessert. nak ice cream lagi.  amboi, bagi petis nak peha pula ye? nasib baik sayang, kalau tak sayang memang harapan lah aku nak bagi. hehe



Mid Sem Break, hooorayyy!

Riangnya hati berlonjak kegembiraan bila dapat cuti ni. kali ni cuti lama sikit tau, seminggu. weeee :) tak ada lah lama mana kan tapi lama lah juga kan. aisyhh, kenapa ayat aku macam tu?  =,="  erm, sebelum cuti mid sem ni aku terpaksalah menyudahkan hari-harian aku dengan poli briged iaitu kawad kaki dan pratical memasang khemah dan cara-cara survive diri hidup di hutan. memang banyak sangat ilmu-ilmu baru yang aku perolehi. terima kasih kepada encik-encik jurulatih sekalian kerana telah mencurahkan ilmu dan penat sama-sama penat melaksanakan kawad kaki setiap hari rabu pukul 2 hingga 4 petang dan tidak ketinggalan juga pratical perkhemahan yang berlangsung pada hari sabtu dari 7:30 pagi hingga 5 petang itu. teori dan pratical dilakukan dalam masa satu hari yang sangat memenatkan dan membuatkan kulit muka bertukar warna, kulit muka sun-burn akibat berjemur terlalu lama di tengah panas terik tetapi berbaloi setanding dengan ilmu yang telah diberi. 




dan kini aku berjaya menyudahkan itu semua dengan jati diri yang tinggi. yeahh, bersemangat ni! hehe ujian kawad kaki individual serta ujian pratical perkhemahan pun sudah aku lakukan. aku harap semuanya lulus. amin amin amin. kepada EN MANSOR, luluskan lah kami semua. we will gonna miss you. 
dah macam anak orang asli dah aku tengok dengan buluh bagai HAHA =P


hormat tabik hormat!

terima kasih atas segala tunjuk ajar dan gelak tawa gurauan anda akan kami rindui. lepas je kawad kaki selesai, datang lah menjelma seorang nenek sihir yang datang dari celah mana pun tak dapat di kesan telah menyihir rakan-rakan sekelasnya bertukar menjadi 'haiwan-haiwan'. HAHAHAA nenek sihir dan haiwan-haiwan yang telah disihirnya.





ini adalah bakal-bakal bergelar manager suatu hari kelak. harap masin lah mulut aku ni ye? murah rezeki kita semua. amin.


hurmm, dalam kesempatan post ini aku nak cerita sedikit pasal roommate aku sorang ni sebab tak sempat nak bercerita tentangnya dalam post yang lepas. nama diberi ATIKAH. kecil comel je orangnya tapi hot gitu. dia sangat baik, dia kelakar juga. setiap pagi muka dia lah yang pertama aku nampak after celik je mata aku ni. hehe everyday aku bersama dia jela, memang lah sebab kami berkongsi bilik kan? aku bersyukur sangat dapat dia as my roommate. terima kasih tika, nanti aku belanja kau makan maggi kari xtra pedas sama-sama dalam bilik ye? huhuhu :D kami telah bersatu hati mentransformasikan bilik kepunyaan kami mengikut citarasa kami. amacam nak tengok tak? nak lerr tu kan. nak tengok bayar lah, mana boleh nak free je. kihkihkih 

ini lah roommate saya, comel kan? :)

bilik tidur kami. we love V4 yeahh!

meja belajar tempat saya menyiapkan semua tugasan dan assignment yang telah diberi.

oh ya, beg tajaan politeknik merlimau ni dibekalkan khas untuk semua student-student setiap orang dapat satu. so jangan rebut-rebut ye? hehee

Someones's Who New Knew Me :)

 "izzati ni sombong betul kan. kerek je orang panggil buat tak dengar, tak pandang langsung pun. kalau pandang pun kadang-kadang senyum untung la kadang-kadang senyum dekat kita pun tak. nak harap izzati tegur dulu apatah lagi. diam je. sombong."

hurmm.. ada lah seseorang ni dengan beraninya tanpa rasa sedikit gentar pun telah berkata ayat di atas pada aku dengan jujurnya melahirkan apa yang dia mahu sampaikan. pada mulanya aku rasa agak terkejut juga lah kan mendengar setiap butir perkataan yang diperkatakan olehnya kerana sebelum ini aku memang jarang sama sekali berbual-bual dengannya. btw, aku memang dah jangka yang dia akan berkata bergitu pada aku sebab dia belum betul-betul mengenali diri aku. 
oh ya, siapakah aku? hehe
pada mereka yang diluar sana yang tidak mengenali diri aku or tidak berapa mengenali diri aku, memang memang dan sememangnya lah akan cakap sebagaimana budak ni cakap. Ya, itu semua hanyalah pandangan orang yang tidak mengenali diri aku iaitu pendangan daripada luaran semata-mata. but remember, dont judge a book by its cover!
ingin sahaja aku melontarkan persoalan-persoalan ini pada lawan-kawan dan sahabat-sahabat yang telah sedia ada mengenali diri aku serta hati budi aku, sombongkah aku? benarkah aku seorang yanag sombong wahai kawan-kawan? adakah aku seorang yang kedekut dengan senyuman? adakah aku seorang yang pendiam? adakah itu semua benar? tolonglah jawab wahai kawan-kawanku sekalian. hihi :P walaubagaimanapun, aku puji sifat tulus dan jujur budak ni sebab dia berani. pujian ikhlas ni :) amboi, suka lah tu kena puji kan? hee. aku tahu budak yang cakap ni akan baca apa yang aku tulis ni, so dengan ini aku nak bagitahu yang aku sememangnya bukan seperti apa yang telah diperkatakan olehnya. kita sama-sama masuk politeknik tu hampir 2bulan lebih dan tempoh itu masih terlalu awal untuk menilai sesorang itu. knowing me harder to know my true colour, okay? kita ada 6 semester disana. selamat mencuba.

haa, dengan senyuman yang panjang lebar sampai ke telinga dan sangat lah berbesar hati untuk aku menyatakan penghargaan TERIMA KASIH kepada PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) kerana telah meluluskan permohonan pinjaman untuk membiayai kos pengajian aku. terima kasih dan InsyaAllah aku akan gunakannya dengan sebaik mungkin.

 jengjengjeng... ni adalah buah tangan tanda terima kasih dan tanda ingatan dan rindu pada mak dan abah tersayang yang berada jauh dirumah tu. izzati bawa balik ni special dari politeknik merlimau tau. hihi dan perhatian kepada kakak ku sayang, aku saja je pleasing gambar ni untuk dan nak bagitahu kau yang ini bukan untuk kau tau walaupun nama kau NORAINI juga. HAHA :D mak abah ambil biskut, kau ambil plastic bag jela eh angah. simpan baik-baik buat kenangan daripada adikmu sayang ini ye. alahai, jangan lah marah, nanti kena jual! hee. missyou lah sis , muah!

Friendship , selamanya KAWAN

Suria, Shah, Arif, Tika, Izzati
yes, you are right. we all are friends. a good friends. bermulanya persahabatan ini terjalin since sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan terpisah seketika dan dipertemukan semula di Politeknik Merlimau, Melaka yang tercinta ini. cehhwahh ! siapa sangka ini semua akan terjadi kan kan? inilah dinamakan takdir. ya, takdir ketentuan Ilahi.
suria, izzati, shah dan arif memang dah saling mengenali daripada zaman pesekolahan lagi  kerana faktor satu sekolah. schoolmate di SMK Taman Setiawangsa, KL lah katakan. (nama sekolah haruslah disebut supaya tidak jadi macam pepatah "habis madu sepah dibuang") dan aku taknaklah mahu dikategorikan sebagai tidak mengenang budi melupakan tempat yang telah aku menuntut ilmu dahulu. *amboi, ala ala jiwang sudah :D
balik pada cerita utama, disini kami berLIMA menjadi lebih rapat dan adanya tika kenalan baru disini menyerikan lagi persahabatan kita berlima ini. dekat poli ni kemana jua dan kemana sahaja kita mesti pergi sama-sama berlima kan? yeahh, korang memang the best. terima kasih korang ♥


yes, once again you are right. this all are my girlfriends. cute right? i miss all of them soo much. dear, my beloved RAINS, long time not see right? uihhh. tiba-tiba cakap omputih pula aku ni. hee. aku rasa macam nak jerit je cakap aku rinduuuu korang semua. sekarang ni semua dah sambung belajar dan sibuk dengan life masing-masing kan. sorang tercampak sana, sorang tercampak sini, semuanya jauh-jauh. makin susah lah kita semua nak hangout sama-sama lagi dah kan? hmm, korang semua takecare tau dekat tempat korang. anything bagitahu aku ye? and sorry to farhana sebab tak ada kau dalam gambar ni. sayang korang rindu korang ♥

ehh, kejap kejap kejap. belum habis lagi.
tidak lupa juga pada yang kecil molek bucuk-bucuk kesayangan aku 2 ekor ni, my lovely gingy and fiona! cerita menarik, aku sangat lah teruja menjadi "bidan" sambilan kepada fiona and alhamdulilah fiona selamat beranak. 3 ekor semuanya. *amboi, hebat betul gingy ni dalam diam-diam ye? hee. patutlah aku tengok kenapalah besar semacam je macam nak pecah perut si fiona ni, rupa-rupanya bunting 3 ekor. tapi sayangnya 2 ekor tu tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen. hanya seekor jelah yang tinggal. even apa pun aku sangat lah bersyukur kerana ada juga pewaris keturunan gingy dan fiona ini.
seekor pun seekor lah. i call it JUNIOR :)
wahh, sekarang fiona dah jadi ibu and gingy dah jadi bapa. HAHA how sweet happy family ♥ makin bertambah meriah lah sangkar dekat rumah aku ni dengan bertambahnya 'ahli keluarga baru' ni. Dear my gingy and fiona, kita sudah memang ditakdirkan bersama kan sayang? time izzati pulang cuti kali ni dan tepat masa serta waktu fiona pun beranak. memang saja nak suruh izzati melihat detik bersejarah ini ye? hihi tanggal 20.2.2012 fiona diisytiharkan bergelar ibu :)
mak, mak dapat cucu baru! hehehe suka tak? suka tak?
hurmm.. aku rindu sangat nak main belai-belai, nak manja-manja dengan gingy and fiona ni. makin besar dah sekarang ye? makin gebu. makin bertambah berat badan akibat kuat sangat makan sekarang ni. haha habis musnah semua tanaman di halaman rumah yang mak dah tanam gingy and fiona makan ye? amboi, nakal dah sekarang ye sayangg? mak marah tau gingy and fiona makan pokok-pokok yang mak tanam tu gasak izzati kena bebel tahu. tapi marah-marah mak pun, mak sayang anak angkat dia yang manja lagi comel 2 ekor ni. kan mak kan? hee. nanti cuti ni kita kasi tanam pokok baru untuk mak ye? gingy and fiona jangan makan lagi tau. janji!!! hehe okay then, time for leisure with gingy and fiona and their baby, dadadaaa~