Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Peta = Maps

Aku tak suka peta. sebab apa aku tak suka? sebab aku tak pandai baca peta. hahaha. logik kan jawapan aku? yela, aku penah pegi camping tidur 5 hari 4 malam dalam hutan sekali je kot selama aku hidup di bumi Allah ni. kira okay la tu kan dari tak pernah langsung. tu pun aku cabar diri aku buat something yang aku rasa eh boleh ke aku survive dalam hutan lama lama tu. nasib baik aku tak sesat dalam hutan tu dan masih jumpa jalan pulang sebab aku masih mampu menaip dan membebel panjang lebar macam mak nenek takde gigi kat blog aku ni. Hehehe. okeh gaiss... semua orang ada peta sendiri, antara sedar dengan tak sedar je. sekarang, benda yang aku tak suka tu la aku bakal bakal bakal buat. ye, melakar peta yang mungkin suatu hari nanti akan jadi peta khazanah yang menyimpan seribu satu cerita di sebalik lakaran peta tu.
memang aku serba kekurangan. sebab aku masih belajar asam garam kehidupan. sebab tu aku tak meminta lebih, sebab aku tahu aku tak sempurna. just i need my-half-part yang boleh lengkapkan ketidaksempurnaan hidup aku. sebab tu Allah cipta kan J O D O H . tugasnya menyempurnakan each other. ye, saling melengkapi. bukan senang nak bawa someone masuk dalam life kita. bukan senang senang macam tu je nak terima. manusia ni lain lain, tak sama. bukan senang juga if baru kenal then boleh terus click. nak bagi kepercayaan lagi, ingat senang ke semua tu? memang nampak macam mudah tapi tak semudah tu. sebab bagi aku tu semua makan masa. if you bump into a new person in your life and its like auto connected, click! Whoa, it is mean? perhaps its not just pit stop for awhile but keep stay and never step away. Heyy princess, dont put the hope too high dearself. if you really care about somebody, the best suggestion is make a Dua'. make Dua' for them. because Dua' is longlasting ever and duduknya di Atas sana, tak akan pernah pudar dan tak akan pernah hilang. jangan putus Doa :)

Watak

Kadang kadang aku terfikir. wujud sebenarnya watak dalam perjalanan kehidupan kita ni. pernah korang terfikir? kalau tak pernah takpe, biar aku sorang je yang pelik sebab suka fikir benda yang pelik yang sama pelik sewaktu dengannya. Hehehe. lepastu aku terfikir lagi, watak apa yang aku pegang eh? watak apa agaknya. adakah aku hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan yang hanya sekadar membantu jalan cerita, atau watak sampingan yang digunapakai bila perlu, atau heroin tambahan yang menambah perisa serta rasa, atau betul betul sebagai heroin sepenuh masa? gerangan mana satukah aku? kau rasa? -,- aku sendiri belum ada jawapan untuk soalan itu.
Harini aku nak cerita pasal satu watak yang wujud dalam cerita hidup aku. aku tak tahu nak kategorikan dia sebagai watak apa. aku namakan dia si-polan. hai si-polan, maafkan saya harini saya nak cerita pasal awak. Ehh... tak payah nak baik sangat la ber-awak-saya haihhh geliii makhayam. hahahaha. Si-polan, kita bertemu pun bersebab. yes because Allah is the best planner. at first aku kenal kau, aku tahu kau jauh hebat berbanding aku yang tak seberapa ni. bukan nak compare, bukan aku tak bersyukur tapi itu pada zahirnya yang aku nampak dengan mata kasar. aku belum habis cakap lagi, so jangan kecam terlalu awal. hehe.
See? everyone have their own role in real life. bukan hanya kebetulan. sebab Allah dah susun baik baik setiap episod dan jalan cerita. mungkin watak kau adalah untuk uji aku. ye si-polan, kau uji aku luar dan dalam. sikit sikit kau uji aku. mungkin tak nampak, sebab halus sangat ujian kali ni. aku bukan paranoid or overthinking. tak. tapi bila aku duduk dan fikir cara matang, ini yang aku rasa. aku tak tahu apa motif kau buat tu semua depan aku. whether sengaja atau tak sengaja. memang kau nampak aku ni macam kalis peluru aku masih boleh tersenyum depan kau but the truth is, sakit sangat. kau ingat aku suka? aku tak suka. sikit pun aku tak pernah suka. sakit kot. deep inside. tajam kau bagi aku. kebarangkalian berdarah. tapi aku always standby plaster, jangan risau. mungkin kau nampak aku masih lagi tersenyum sebab tu kau still doing the same routine. takpe takpe. aku telan selagi mampu telan, jangan nanti dengan kau sekali aku telan. hahahaha. yela macam aku cakap, kau ada role kau dalam hidup aku. itu watak kau. watak kau merupakan satu ujian untuk aku yang acah acah gagah ni. padahal aku takdela segagah pohon besar yang berdiri kukuh, tapi aku hanyala ranting yang kecil yang mampu patah bila bila masa.
apa pun, aku nak cakap terima kasih si-polan sebab since we ever meet kau ajar aku something. dalam halus ujian, kau ajar aku untuk selalu bersabar sabar dan sabar. kau jugak ajar aku untuk jadi better then kuat. percaya? aku tak tahu apa dah jadi dengan aku, tapi i feel something different sebab aku boleh bersabar dengan something yang kadang kadang aku rasa cukup kuat ke aku nak handle semua ni. macam ada power. seriously. (kau jangan la bayangkan power yang aku maksudkan tu macam power rangers pulak, itu dongeng sangat) adoooiii, hahaha. ***pesanan penaja; dear cikizzati tabah la wahai hati, kuatkan semangat yang tak berapa nak kuat tu dengan kukuhnya berdiri atas tapak kaki sendiri sekukuh dinding batu bata konkrit yang telah kau bina selama ni :)

Apa Hukum Kacau Tunang Orang?

wooo, tajuk kali ni macam phewwwiittt~ peh peh pehhh gila la izzati tulis pasal topik tunang siot. *hang tu dah bertunang kah?* hahaha. haippp, diam ahh. senyap dan baca apa yang aku post kali ni. moga bermanfaat pada semua.
aku rasa semua orang dah sedia tahu tentang hukum kacau tunang orang ni. yela, orang tu dah otw nak bina masjid kot, yang kau dok pi kacau hubungan orang lain tu dah kenapa? jangan cari nahas, nanti bukan nahas yang datang. bala yang datang. *sorry for my harsh words, emosi sikit malam ni* ekekeke :D Tapi aku ada satu persoalan, macam mana pula orang yang dah bertunang tu gatai gatai kacau orang lain? means mengadakan hubungan dengan orang lain selain tunang dia. haaa macam mana tu? apa pula hukumnya? Jangan asyik nak salah kan orang yang kacau tunangan orang je. kadang kadang tunangan orang yang sibuk menggatal kacau orang luar. situasi macamni selalu terjadi. siap bermanis muka, siap bermanis kata, siap ber-whatsapp bagai. apa semua tu? sedar tak yang kau tu dah jadi tunangan orang? kau dah ada tunang. wooiii sedar tak? sebab ada je kes ada yang sampai mengaku outsiders tu setaraf dengan title tunang dia. keep going saying that non-stop. deyy, kau samakan outsiders tu sama tempat duduknya dengan tunang kau? kau biar betul. mana pegi darjat sebagai seorang 'tunang' ? kalau macamtu takde istimewanya la dia jadi tunang kau. sebab kau boleh letak dia sama level dengan orang biasa. kau tak malu ke buat macamtu? kau tak malu ke cakap macamtu? setiap apa kau buat tu perlu ada batas. bukan boleh simply kau letak orang lain sama taraf dengan tunang kau. fuhh... gila tak gila? Kau tak rasa bersalah ke kat tunang kau. kalau la tunang kau dengar apa setiap butir kata yang kau ucap tu, agak agak hancur berkecai berderai tak hati tunang kau? mesti luluh patah retak seribu kan. aku simpati sangat dengan dia. ye, simpati. kenapa la kau buat macam tu. apa lagi yang kau cari? apa lagi yang kau nak sebenarnya? apa lagi? Huh... manusia.
memang bertunang ni tak harus dihebahkan. tapi bukan bermaksud kau boleh menggatal dengan jantan/betina lain. haaa kasar kan bahasa aku? sebab orang macamni tak boleh cakap baik baik, tak lut langsung bagai curah air di daun keladi. tapi tu la lumrah manusia. tak pernah cukup. tak pernah puas dengan apa yang dah tersedia ada. sebab kalau cukup, kau tak akan cari orang lain. kau tak akan sanggup buat tunang kau macamtu. what for kau bertunang, kau ikat pasangan kau kalau kau rasa nak cari yang more better than apa yang kau ada. jangan sakiti orang lain. jangan. sebab kau akan rasa sakit yang sama tu suatu hari nanti. kifarah Allah itu pasti. betul la kata kata orang, " sesungguhnya dugaan bertunang dan menjadi tunangan orang ni adalah la sangat besar dan hebat " . so pada sesiapa yang berhajat nak bertunang atau dah ada tunang kat luar sana tu, hargai la tunang anda. ingat balik, kenang balik, dengan tunang kau tu la kau pasang tangga dan angan agan mat jenin nak bina mahligai bersama. jangan cepat gelap mata, gelap hati. sebab ketika kau cari yang lebih sempurna, kau akan hilang yang terbaik yang Allah dah bagi pada kau. jaga la baik baik. bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Allah tahu yang terbaik. jangan kejar yang sempurna, sebab yang sempurna tak pernah wujud. remember my words.

Permulaan untuk Pengakhiran

Hai december:) sekejap je dah hujung tahun kan. aku rasa macam baru je lagi 2015 tu datang. dah hujung tahun dah. dalam tahun ni je ramai kawan kawan aku yang dah beranak pinak. ada sorang kawan aku ada yang dapat anak kembar, ada yang dah timang cahaya mata kedua dah pun. aku ni apa yang ada? anak tekak je mampu setakat ni. Hahahaha. boleh la tu, anak juga kan? dah jangan cut the main point. hehe. cepatnya masa berlalu. tak sedar masa lebih mendahului, kan kan? so now kena say goodbye dekat november. november yang banyak kenangan, bak kata omputih November-to-Remember la, haa gittuuu. curlassss tak? hihi. actually hati aku girang sangat sebab dah lama bebenor rasanya jari jemari aku tak menari nari dengan bahagianya atas keyboard lappy kesayangan beta ni. jari aku menari tanpa henti taip dan terus menaip apa yang lahir dari hati. terima kasih lappy sebab masih setia bersama aku setelah sekian lama. banyak jasamu yang harus ku kenang. hahahaha apa hal jiwang sangat ayat aku ni? ishhh chhoooiiii, aku sendiri yang baca aku sendri yang geli geliman kahkahh!
ceria? sebab gambar boleh menipu. actually permulaan bulan ni je aku dah jatuh sakit. muntah muntah entah tak tahu punca, hilang melayang selera makan aku yang macam godzila tu, then kepala aku rasa berat sangat. dah ikhtiar pegi clinic jumpa doctor, tapi dia kata simptom tu normal jaa. doctor kata lagi, maybe aku stress. heyy kau rasa normal ke kalau aku muntah setiap pagi tanpa sebab? haihhh. stress? tu mungkin la part of it tapi tang normal tu aku macam nak gelak je. Haha. aku tak mengeluh, malah aku lagi bersyukur sebab aku tahu, sakit tu penghapus dosa dosa kecil. terima kasih Tuhan sebab bagi aku rasa segala nikmat ni. doakan moga aku cepat kembali pulih sihat sejahtera seperti sedia kala ye korang. mudah mudahan. senyum wahai izzati, selagi boleh senyum. sebab dengan senyuman tu kau selalu bajet macam kuat dan sado padahal lembik je hahaha dan macam yang kau selalu pesan pada diri kau, senyuman tu umpama magis yang boleh tutup apa yang terbuku dan terkubu dalam hati. please be strong dearself ♡