Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

kenapa saya sudah lama tidak meng-update blog ?

hai , rindunya rindunya rindunya nak berceloteh dekat sini.. alahai , rindu sangat sangat! first of all aku nak say sorry pada blogger readers sekalian kerana sudah terrrrrlalu lama aku tidak meng-update blog ni. dah bersarang macam rumah hantu kan kan? ish ish ishh...
hihihihi.

kenapa aku dah lama sangat tak update blog?


ianya adalah kerana permasalah besar yang aku hadapi . . . .
haa , itu adalah salah satu sebab utama aku sudah lah lama tidak meng-update blog aku ni. kesian dia. dia rosak. dia sakit. sakit yang teruk hingga terpaksa aku pun menghantar dia ke "klinik" untuk diubati. moga moga cepat sembuh ye mylovelybabypink  . bila babypik dah sihat nanti aku akan selalu selalu merajinkan diri aku untuk meng-update blog kesayangan aku ini. iloveyou <3

Happy Eid 2011

jengjengjengg,, 
nahh! ni ada kad raya untuk korang semua. 
sekarang zaman dah canggih, semua orang guna SMS sana sini ucap selamat hari raya, mana ada oarang main tulis kad raya lagi dah kan? tapi jangan dilupakan tradisi menulis kad raya ni. 
warisi lah hingga ke akhir zaman. kan kan?
sebelum terlambat ,
ucapan ini ditujukan khas untuk semua kaum keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, umat islam yang mengenali aku. ikhlas dari hati yang tulus :)


aktiviti bulan puasa :)

heyya. mula-mula aku nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua umat islam.
maaf la lambat sikit ucap, tapi sempat lagi kan? puasa pun belum habis lagi. hehe
hurmm.. sudah lama saya tidak meng-update belog ni kan. cehh, tiba-tiba aku menggunakan perkataan "saya" la konon. yela di bulan puasa ni kena jaga la tutur kata dan bahasa. jaga mulut la katakan nyaahhh..
huhuhu okay dah , saja nak mengada. hihihi
actually disebalik sudah lama tidak meng-update blog ni sebab aku sudah mula menyibukkan diri sendiri, maklum la tahun ni aku bukan lagi bergelar "seorang pelajar sekolah" tapi "seorang pelajar lepasan sekolah" la katakan so by thats, dengan erti kata lain, dah mula berdikari sementara tunggu tawaran sambung belajar and aku dah mula berkerja.
kerja dimana?
huhuhu. adalah!!! ^^
di sebuah butik yang agak ternama juga laa, ceehhwahhh! 
biar lah aku nak perasan, kau tak percaya?
dengar la radio.

okay ni sekarang aku nak cerita pasal geng-geng gila aku dekat tempat kerja aku.
sorang bernama kak erny dan sorang lagi bernama kak atie. mereka berdua sangat besttt la wa cakap luu! hahahaa dorang baik, comel and gilagila macam aku juga.
|
|
|
V
mari usha-usha gelagat kami mehh.. :)

1..2..3
skuaaaaadddd, siap sedia!!!
snapsnap gambar cepat! 
ni adalah aksi SKEMA kami adalah kerana terpaksa bekerja pada hari AHAD untuk cuti ganti hari raya. raya punya pasal kan, so kasi layan jela. hihihi



ni lah cara-cara kami yang agak SEWEL untuk melepaskan keGILAan yang MELANDA kami semua kerana stress melayan customer yang banyak kerenah dibulan puasa ni kan. huhuhuhu




 

zaimarwaty.ernyantie.izzati
iloveyouallsooomuch! 

Dear Mummy..

Mummy birthday!





Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to mummy..
Happy birthday to you..

selamat hari lahir mak. suka tak mak dapat suprise yang abah, izzati, angah, abang, adik buatkan tu?
suka tak? suka tak?
hehehee.

ni resit beli kek birthday mak tu la.
mak tanya semua berapa kos kan?
kitaorang semua memang saja taknak bagi tahu mak.
kalau mak nak tahu, mak buka la blog izzati ni baca..
hehehe =p






izzati sayang mak sangat sangat. moga panjang umur dan murah rezeki.
moga diberi kesihatan yang baik. moga kebahagiaan milik kita sekeluarga :)
cium sikit, muaaaahhh!! mak adalah mak yang terbaik dari yang terbaik.

p/s: ini mak saya. saya je yang punya. jangan curi mak saya tau!!! hehehe

Cousin ohh Cousin

okay geng, harini kita pegi melawat ke beberapa tempat.
HAHA
haritu cousin aku datang tidur rumah aku. apek tu. korang kenal? tipu la kalau tak kenal. huhuhu kalau korang semua ta kenal pun tak apa, sebabnya dia memang bukan terkenal pun haha =p

cubaan meramal masa depan menggunakan bulan yang tak berapa nak betul kesahihannya
hahaha layan jela perangai cousin cousin aku ni bila dah berjumpa.
jalan jalan cari makan
tetiba cousin aku yang sorang ni mengidam nak pegi fun fair. huhu aku pun bawa la dorang pegi melawat funfair yang kebetulan ada dekat kawasan rumah aku tuu.
bila malam, funfair time!! 
hee
senyum senyum snap gambar =)
ni pula masa kitaorang 2 keluarga pegi mandi manda dekat Wet World, 
kat situ ada hot spa. besssttt !


bear ni nama dia babypink.
tepat pukul 12 tgh malam tu..
aku dapat babypink ni masa menang main bingo dekat funfair tuu.
huhu besar tak?
and now dengan kehadiran babypink, mereka sudah jadi berempat =)
saya sayang semuanya<3
takmo gaduh gaduh tau. kawan baik baik ye sayang. hehe


nanti kita jumpa lagi eh wahai cousin cousin aku..
jaga diri korang.
peaceeee =)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


ermm.... Malam tadi, lepas aku makan ubat, aku terus tidur. aku tak sihat, pening kepala. time aku tengah tidur, dalam pukul 11:30pm tiba-tiba kedengaran suara mak ketuk pintu. suara mak cemas. aku pun dengan mamainya, bangun buka lampu dan bertanyakan kenapa. mak cakap abah sakit dada. susah nak bernafas. mata aku terus segar masa dengar mak cakap macam tu then aku terus pandang abah yang tengah kesakitan tu. abah batuk-batuk sambil pegang dadanya. muka abah jelas menggambarkan abah dalam kesakitan sangat. =(
Ya Allah, kesianya dekat abah. rasa macam nak nangis aku masa tu. mak cakap nak bawa abah pergi check dekat hospital. mak suruh aku ikut, then angah jaga adik aku yang demam sorang tu dekat rumah. aku pun cepat-cepat la bersiap ala kadar je sebab nak cepat kan. sampai je dekat hospital, ramai pula orang. kena la tunggu giliran. banyak fasa pula tu. mula-mula kena buat pemeriksaan awal, then kena salingan la, then pergi Xray la, dah Xray bagi keputusan tu dekat doctor. jenuh menunggunya. 
sambil tunggu tu, aku terpandang, security guard yang sedang memeluk senapang besar dia tu tengah sedap tidur. huhu. kesian dia, penat ye pakcik? hehe
mata aku dah berat sangat ni macam kena hempap dengan batu, tapi aku tahan juga dengan hati yang risau ni tengok kesihatan abah macam tu. sakit sana, sakit sini. aku berdoa banyak-banyak dalam hati moga abah tak apa-apa la. tepat jam 3:30 pagi, doctor pun panggil nama abah. Alhamdulilah, keputusan baik. lepas dah bagi ubat, doctor bagi balik. lega rasanya. nasib baik abah tak kena tahan dekat wad. =)
sekarang ni musim penyakit kan? macam-macam penyakit ada sekarang. pelik-pelik pula tu namanya. aisyhh... risau aku. 
ni abah kesayangan saya.
kepada abah , izzati doakan moga abah cepat kembali pulih ye? izzati sayang abah, izzati perlukan abah lagi. izzati nak abah sihat cergas kuat gagah perkasa macam selalu. hehe. abah jangan sakit lagi ye? abah adalah abah terbaik dalam hidup izzati. cepat sihat balik tau! nanti abah boleh bawa kita sekeluarga pergi family vacation lagi. izzati sayaaaaang abah!<3 

Melawat Penang :)

Yeahh, Penang!! saya sudah mari. mai pekena nasi kandar special pulau pinang ni, mai hangpa datang ramai-ramai. Haha. kenapa aku tulis macam tu? hahaha. =D
ermm.. Walaupun aku ni dah habis sekolah, tapi cuti sekolah 2 minngu kali ni aku pun join sekali la memandangkan aku ada dua orang adik yang masih bersekolah, dan kami sekeluarga melawat ke negeri orang, Pulau Pinang. aku dengan adik-adik aku tu je yang tak pernah menjejakkan kaki lagi dekat penang ni. kakak aku dengan parents aku dah pernah pergi masa zaman dulu-dulu time tak ada aku lagi tuu. huhu. so aku dengan adik-adik aku pun macam excited terlebih la nak pegi penang yang tak pernah pegi ni. haha. dalam kereta adik aku yang kecil tu dah potpetpotpet cakap sampai penang dia nak makan pasembur la, durian la, nasi kandar gitu-gitu la, char kuew tiaw la, segala bagai la dia nak makan. lepastu dia nak pegi bukit bendera la, batu feringgi la segala tempat dia nak pegi. aku pun layan jela dengar sebab tak ada apa buat dalam kereta tu so aku pun dengar la dia potpetpoepet, jauh perjalanan nak ke penang ni. penat la juga punggung aku ni duduk dalam kereta tu berjam-jam. tapi tak apa, aku sanggup tahan demi penang! huhuhu =p

bila dah sampai sana, aku terlepas nak snap banyak gambar yang menarik sebenarnya masa dekat penang tu, sebab tiba-tiba tah macam mana camera aku buat hal pula. adehh... dah la bawak satu camera je, tak ada spare part. sedih betul aku. so ada beberapa keping gambar je yang sempat diambil sebelum camera tu problem..
okay geng, aku tak mau tulis panjang-panjang, ni la sebahagian daripada aktiviti aku dan family sepanjang berada 3 hari 2 malam dekat penang tu......
 ni masa tengah tunggu train nak naik ke atas bukit bendera tuh..




okay dah penat jalan-jalan round-round,, masa untuk makan-makan time!! yehoo~





 ni pula pencuci mulut, makan dekat butik ice cream Haagen-Dazs =) yummy!! 




Vanilla Almond Ice Cream

INGREDIENTS :


-Milk 2 liter
-500 grams of sugar
-16 egg yolks
-5ml vanilla essence
-600ml cream
-10ml almond extract
-100g butter
-2 full cups of almonds /200g of almonds
-100g of brown sugar


METHOD :

  1. Bring the milk to boil in a saucepen.
  2. Mix the egg yolks and the sugar together in a seperated bowl.
  3. Add the boiled milk to the egg mixture in slowly stream and stir well. Next place this mixture back on the stove and stir over low heat with a wooden spatula.
  4. Once the mixture starts to coat the spatula, remove it from the heat and stir for another 2 minutes, then transfer it in a another bowl.
  5. In a seperate container, melt the butter , then add the brown sugar, cook it on medium heat until the sugar is melted.
  6. Add the almonds, cooks it until it's golden brown and let it cool. Mix it in the cream and stir well.
  7. Allow to cool then add the vanilla essence and the almond mix. Next use a fine strainer to sieve it.
  8. Add it all into an ice cream mixture machine and mix it until it's cool.
  9. Add the ice cream into the mixture in a steady stream as the machine running.Continue to run the machine until the ice cream is relatively firm.
  10. Store in freezer for a minimum of 12 hours before serving it.

Butter Cupcakes




INGREDIENTS :

-2 eggs (white seperated) the largest you can find
-1 and 3/4 cup flour
-2 tsp baking powder
-1/4 tsp salt (all the above should be mixed together in a bowl)
-1/2 cup butter
-1 cup sugar
-1 tsp vanila
-1 and 1/2 tsp lemon peel
-1/2 cup milk


METHOD :
There are two seperated beatings required for this wonderfully delicious and moist cupcakes. =)

  1. Beat butter with only 3/4 of sugar (keep the other 1/4 for egg white.) Then add yolk, one at the time, vanilla and the lime peel. Beat on for an additional three minutes. Lower the speed and slowly add the milk and flour. Start with half dry ingredients followed by the milk and finish it off with the remainder flour mixture.
  2. Beat the egg white at high speed until soft peaks are formed, then add the remaining sugar and keep beating using a machine or hand whisk untill the egg white becomes stiff.
  3. Gently combine the stiff egg whites to the batter. Remember, not to over mix at this stage.
  4. Scoop the ready batter into beautiful and cute cupcakes holders. Bake these at 175 celcius preheated oven about 20 to 25 minutes. The cake is done when tootpick inserted comes out clean. Ice it with your favorite icing and enjoy it. 

Iklan Corntos :D

Corntos Ekspresi Dirimu


Dengan tanpa rasa segan silu dan muka tak malunya aku publish gambar diatas ni. hehehe. biar la apa orang nak kata, nak kutuk or else. ada aku kesah? ^_^ Kalau la katakan satu hari nanti ada contest jadi model iklan corntos ni agak-agak aku layak tak? aku berbakat tak? aku ada peluang tak? hahahahaha :D senget betul la aku ni. i think somewhere is not right, something wrong in my brain. cehcehcehh, nak speaking london konon aku ni. cakap pun berterabur. hehehe. ni la hasil-hasilnya bila aku tak ada kerja nak dibuat, bila aku kebosanan, bila kegilaan melanda. macam orang tak berapa nak betul je aku ni. huhuhu. yela, nak tengok tv, tak ada cerita best. balik-balik cerita yang sama je astro tu ulang. tak ada cerita lain ke nak show. bosan betul aku. nak keluar jalan-jalan macam malas pula. nak online facebook tak ada mood. adehh.. habis tu aku nak buat apa pun tak tahu. ni la jadinya. huhuhu. last-last aku on laptop dan menulis entri ni. kikibahh! :)

aku akhiri entri aku kali ni dengan 3 perkara yang paling penting serta wajib dalam hidup aku, yang paling aku sayang, dan paling aku perlukan setiap masa. dan bila aku perlukan mereka, mereka sentiasa akan ada untuk aku. terima kasih. meh cium sikit, muahmuahmuah!
love ya , 

4 hari, cepat balik!!!

huuii,, 4 hari angah tak ada kt rumah ni. 4 hari tu macam 4 minggu. huhuhu. cepat la balik!! cepat la. cepat la. aku rasa sunyi betul tak ada kakak aku yang gilagila perangainya tapi cantik tu. mak abah kerja, bila adik dengan abang pergi sekolah, aku sorang-sorang je angah, aku bagi gingyy dengan fiona makan pun sorang-sorang je. selalu ada kau teman aku. haihh.. bosan betul tak ada kau kat rumah ni. tak ada siapa nak tolong layan kan gila aku ni. huhuhu. amboi kau angah, kalau kau baca apa aku tulis ni mesti kau senyum kambing lebar sampai ke telinga kan kan? HAHA aku tahu dah memang tu perangai kau. huhu. rindu kau la, kakak! 


masa kau tak ada ni, aku rindu betul nak dengar kau nyanyi-nyanyi kat sebelah telinga aku, aku rindu nak cari pasal dengan kau, aku rindu nak kondem masakkan kau, even sedap kau masak, aku tetap kata tak sedap la tak cukup garam la tak cukup rasa la apa lagi semua aku cakap. huhuhu. kau bengang je setiap kali aku buat macam tu kan? aku tahu tu. hehe. aku rindu nak dengar kau jerit-jerit panggil nama aku. huhu. kadang-kadang tu aku dengar kau panggil, tapi aku saja je buat-buat kau tak dengar kau panggil tu. sebab aku tahu kau mesti nak suruh aku buat itu la buat ini la, pegi kedai la, beli sayur la, beli roti la. huhuhu. tapi 4 hari kau tak ada ni, aku tiba-tiba rindu pula nak dengar suara kau yang merdu tu. merdu ke? merdu laa sangat, hahahaha. :D lepas tu bila petang-petang je, kita manja-manja gedik-gedik tukar-tukar buat, aku sikat rambut kau, kau sikat rambut aku nak buat tocang kan kan kan? alahai, rindunyaaaaaa nak buat semua tu dengan kau<3 kau kat sana jaga diri baik-baik tau. jangan lupa belikan aku buah tangan nanti. itu WAJIB! : )

_________________________________
kejap kejap, belum habis lagi, ada satu lagi gambar aku mahu berkongsi. ermm... ni lagi sorang geng gila aku. hahaha!
|
|
|
\/
                                                                               
kitaorang kalau dah berjumpa habis la. memang tak ingat dunia. sebab dunia ni bagaikan kami yang empunya. hihihi. =p dia la yang menemani aku time kakak aku tu tak ada. thanks syuha. thanks juga pada snowcap kau yang maket putih bersih gebu tu. bajet kat luar negara je kita nak pakai snowcap kan kan? haha. nanti nanti bila free kita hangout lagi eh eh? : ) 

knock knock posmen datang!


hehehe =p
harini aku nak cerita pasal surat dan posmen.
kenapa nak cerita?
suka hati lah. huhu.
Hari ni ada posmen hantar surat bersampul surat besar dekat rumah.
dengan penuh bergaya dengan tag line nya ,
"DIJAMIN SAMPAI ESOK"
hihihi. : D
dan ofcos la surat tu dah tentu tentu untuk aku kan. sebab dari semalam aku tunggu dan tertunggu tunggu kehadiran abang posmen badan sasa berbaju kuning menaiki motosikal specialnya depan pintu rumah. mesti orang ingat aku ni jakun kan macam tak pernah dapat surat dari posmen sampai tunggu depan rumah. huhuhu. biarlah, aku sanggup tunggu. kau kesah apa? kau tahu apa? surat tu penting bagi aku. menentukan masa depan aku. tu yang aku dok sibuk sibuk tunggu dari semalam. tapi yang kelakarnya masa aku dapat surat tu, aku baca la nama kepada siapa dan daripada siapa kan, walaupun aku dah semestinya tahu siapakah gerangan yang menghantar surat itu. hati aku tiba-tiba tergerak nak baca juga nama kepada siapa dan nama daripada siapa tu. dan ianya betul-betul buat aku tertawa. hahaha.
tengok ni ,


amboi, daripada ZAFRAN NAWFAL???
siap tulis (the hot boy) pula tuu.
HAHAHAHA 
tak boleh blahh betul. sejak bila anak buah aku yang comel lagi tembam berusia beberapa bulan tu dah pandai menulis siap boleh hantar surat lagi? setahu aku zafran ni baru je tumbuh 2 batang gigi. :D 
aduiduidui. betul-betul buat aku ketawa la. ni semua kerja mak zafran tu la. nakal mak dia ni eh? ayoyoyoo , deyy tambi ! ehh silap, deyy minaci ! hahaha =p
okay okay credit to zafran :