Yeahh, Penang!! saya sudah mari. mai pekena nasi kandar special pulau pinang ni, mai hangpa datang ramai-ramai. Haha. kenapa aku tulis macam tu? hahaha. =D
ermm.. Walaupun aku ni dah habis sekolah, tapi cuti sekolah 2 minngu kali ni aku pun join sekali la memandangkan aku ada dua orang adik yang masih bersekolah, dan kami sekeluarga melawat ke negeri orang, Pulau Pinang. aku dengan adik-adik aku tu je yang tak pernah menjejakkan kaki lagi dekat penang ni. kakak aku dengan parents aku dah pernah pergi masa zaman dulu-dulu time tak ada aku lagi tuu. huhu. so aku dengan adik-adik aku pun macam excited terlebih la nak pegi penang yang tak pernah pegi ni. haha. dalam kereta adik aku yang kecil tu dah potpetpotpet cakap sampai penang dia nak makan pasembur la, durian la, nasi kandar gitu-gitu la, char kuew tiaw la, segala bagai la dia nak makan. lepastu dia nak pegi bukit bendera la, batu feringgi la segala tempat dia nak pegi. aku pun layan jela dengar sebab tak ada apa buat dalam kereta tu so aku pun dengar la dia potpetpoepet, jauh perjalanan nak ke penang ni. penat la juga punggung aku ni duduk dalam kereta tu berjam-jam. tapi tak apa, aku sanggup tahan demi penang! huhuhu =p
bila dah sampai sana, aku terlepas nak snap banyak gambar yang menarik sebenarnya masa dekat penang tu, sebab tiba-tiba tah macam mana camera aku buat hal pula. adehh... dah la bawak satu camera je, tak ada spare part. sedih betul aku. so ada beberapa keping gambar je yang sempat diambil sebelum camera tu problem..
okay geng, aku tak mau tulis panjang-panjang, ni la sebahagian daripada aktiviti aku dan family sepanjang berada 3 hari 2 malam dekat penang tu......
ni masa tengah tunggu train nak naik ke atas bukit bendera tuh..
okay dah penat jalan-jalan round-round,, masa untuk makan-makan time!! yehoo~
ni pula pencuci mulut, makan dekat butik ice cream Haagen-Dazs =) yummy!!
No comments:
Post a Comment