Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Mulut + Perempuan = HATERS

Hari ini tiba tiba aku rasa macam nak bersopan santun sintun berpantun. aku pun tak laa reti sangat berpantun pantun ni. tapi tak salah kan? ni blog aku. so suka hati aku lah nak tulis apa pun. nak tulis macam mana pun. kau kesah apa? ehh.. tak kan aku nak kena minta izin kau kot? ohh...please lah. btw, at least aku tak hypocrite. aku jadi diri aku. kalau aku marah, aku kata aku marah. kalau aku suka, aku tunjuk aku suka. kalau aku sedih, aku akan berikan expression sedih. aku chill dengan cara aku. kau chill dengan cara kau. kita chill tak sama. sebab setiap ciptaan Allah tu kan berlainan. 

orang kata, kalau orang sekeliling bercakap cakap pasal 'someone' ni tandanya 'someone' tu famoussssss
wowww, awesome lah :)
orang kata lagi, kalau orang sekeliling asyik asyik cakap pasal 'someone' ni tandanya orang sekeliling ni teramat lah take care tentang 'someone' tu.
awwww, fantastic bebeh :)
pada aku mungkin benar kata kata orang itu. kalau tak benar, bahkan mungkin orang berkata kata. kan?

ubi lembut gebu berisi,
panggang ubi atas api,
diam diam ubi berisi,
mulut kau ni perempuan macam api.

keluar bersiar siar menjamu takoyaki,
bersiar siar berjalan kaki,
depan aku kemain senyum berseri seri,
belakang aku bukan main kutuk maki.

talam jangung talam nangka,
lagi enak lagi sedap kuih seri muka,
sungguh sungguh tidak ku sangka,
rupanya kau talam dua muka.

lain orang lain cara,
lain orang lain gaya,
kau dan aku tak sama tak serupa,
kau kau kau dan aku nyata berbeza dan berbeda.

Tolong.
tolong jangan main wayang murahan depan aku. aku tak minat. aku tak suka.
perlu aku ulang lagi sekali? aku tak suka.
tak perlu nak bermuka muka bagai. kau ingat ni sarkas ke apa nak bermain muka macam pakai topeng? kalau zaman agogoo tunjuk langit seluar kembang tu boleh lah.
kau nak tahu satu benda, kau ni nampak je macam buah yang sangat enak dimakan yang sudah masak dengan ranumnya tapi hanya cantik di luaran sahaja, natijahnya busuk dan berulat didalam!
come on lah. dont be too childish. apa yang kau nak envy sangat? haihhh...
bersyukurlah dengan segala nikmat yang kau dah ada sekarang ni sebelum Allah tarik balik semua nikmat tu.
aku nak pesan ni pada diri aku dan juga pada kau,
"what you give, you will get back" dan juga "kerana mulut badan binasa" ingat tu. enough.

2 comments:

  1. saya faham situasi awak ni sebab situasi saya sama macam awak . :) takpe , dorang dok umpat pasal kita, kita free free dapat pahala ;D baikkan dorang transfer pahala dorang kat kita . hewhew .

    ReplyDelete
  2. yeke cik Asmine? terima kasih sebab faham situasi ni. saya amat hargai itu.
    yup yup, betul tu. terima kasih dekat dorang sebab transfer pahala ituu. BONUSS! so become more STRONG bebeh :)

    ReplyDelete