Permulaan semester untuk semester yang baru ni di mulakan dengan musim sejuk. hihihi.
wahh, sejuknya bagai dekat negara korea rasanya. sejuk macam musim salji.
yelakan mana tidaknya, hujan turun dengan gembiranya dari malam bawa ke siang bawa ke petang dan bawa kembali ke malam tiada henti. tak pernah pernah aku tidur sambil menyarungkan sweater di badan serta di selubungi comforter dari leher hingga ke kaki dan berstokin sepanjang malam. well, ni kan dah hujung tahun maka secara azalinya kita semua yang bijak bestari ni pasti akan tahu akan kehadiran musim tengkujuh tu. so tak payah la merungut bersungut sungut tentang ketentuaan Allah.
Hello peps, Hello Melaka, kini aku bertapakkan kaki aku punya tapak kaki kembali di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah Bandar Teknologi Hijau. Hello juga kepada PMM and JPH. you know what guys, semester kali ni aku ada dua subjek yang betul betul killer punya wa cakap lu. ala ala macam serial killer dalam cerita CSI. huhuhu. dua dua ni killer paper masa final paper nanti. aduhh, maka ini penanda bahawa aku tak boleh main main semester ni, tak boleh suka suka sangat. kena struggle gila gila nak kejar 4 flat. in shaa Allah , aku akan cuba dapatkan yang itu even though aku menjawat jawatan sampingan. berat memang berat, tapi bila orang beri kepercayaan kepada kita untuk menggalas sesuatu jawatan tu, harus lah kita menghargai tu sebagai satu penghargaan. aku ambil itu sebagai cabaran untuk aku.
"Masa depan itu
dibeli oleh masa sekarang.
Jika anda mahu
membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,
anda akan cari alasan."
Aku doa minta bunga,
Tuhan beri tanaman
Aku doa minta pohon, Tuhan beri hutan
Aku doa minta sungai, Tuhan beri lautan
Aku doa minta teman, Tuhan memberiku kalian.
aku sayang kalian semua.
to Alin kecik : wish you a very goodluck doing your practical. akak tahu you can do it very well darling. be strong okay. anggap je semua tu dugaan nak berjaya memegang segulung diploma di tangan. ingat tu.
to KakBellsayang : jangan pernah mengalah okay. putih tahu kakbell boleh. kakbell boleh. yeahh, you can do it baby!!! hihihi :D ini baru dinamakan super duper senior. hehehee. pedulikan apa orang nak kata apa orang nak cakap. persetankan semua itu. kita tak akan tahu kita boleh lakukan sesuatu itu unless kita ambil cabaran itu dan hadapinya. banyakkan berdoa pada Tuhan. sesungguhnya Tuhan itu Maha mendengari rintihan hambanya tanpa jemu. maka, doalah tanpa jemu juga.
“Kebanggaan kita yang
terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita
jatuh.”
“Kejayaan adalah
kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan
berikutnya tanpa kehilangan semangat.”
“Hanya mereka yang berani
gagal dapat meraih kejayaan.”
"Allah merahsiakan masa depan kerana untuk menguji kita agar berprasangka baik, berbuat baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan sabar tentu dapat yang terbaik."
selamat kembali belajar ye..hehe..sama lah kte ..dah nak start new sem..
ReplyDeletehurmm
hihihihi. selamat belajar juga kat you. start a new sem, kena semanagat baru. tak boleh main main! :)
ReplyDeleteGud luck for new semester :))
ReplyDelete