Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Anugerah

Perbedaan , Perbezaan
adalah satu anugerah dari Yang Maha Kuasa.
Alhamdulilah, syukur.
Lihatlah sekeliling kita, indahnya warna-warni bunga bungaan, warna-warna di alam semesta,dan segala keragaman lain yang menghiasi dunia yang mengisi hari-harian manusia.

Cuba korang bayangkan kalau kita hanya mengenal satu warna sahaja.
warna hitam. Oh No. Alangkah gelapnya dunia ini. what to do? what to do?
masing masing meraba raba mencari arah tuju ke haluan yang cerah.
Tanpa adanya perbedaan dan warna-warni, kita tidak akan merasakan hidup semeriah, seindah dan se-warna-warninya seperti sekarang ni, betul tak? 
wahai umat islam yang disayangi,
rajin rajinkanlah exercise membuka mulut kamu itu, lalu menyebut 'alhamdulilah'
tidak mengapa kalau sedikit, asalkan istiqamah. sikit sikit lama lama jadi bukit :)
permulaan kepada perubahan yang sikit tapi istiqamah dalam melakukannya bakal memberikan impak paling maxima.
aku pun bukanlah sesempurna Nabi Muhammad atau sepintar Albert Einstain.
namun, aku hanya berkongsi sesuatu yang mungkin memberi manfaat untuk semua. 
in shaa Allah.

Vacation!

Assalammualaikum wahai umat islam.
mulakan entri kali ni dengan kata-kata hikmat aku pemangkin semangat jiwaku.

kata-kata hikmat tuan tanah :
" Tatkala minda berputar ligat , tatkala hati berbisik , lantas jari-jemari menari-nari memetik lantunan huruf , membentuk berbaris ayat , kata serta emosi. Tatkala imej menarik hati , dipersembahkan dengan seikhlasnya."

whooaa~
Vacation time. 
yesss! aku paling suka bila bab berjimba ni. yaabedaabeduuu. hihihi
yela, siapa je yang tak suka kan bila bab bersuka ria berjimba sakan? cakap dekat aku kalau masih ada manusia yang spesis macamtu. cakap cakap. hehehe. hurmm... satu demi satu langkah dan demi langkah aku keluar dari kekusutan dunia. keluar dari keserabutan fikiran yang bersawang dengan pelbagai perkara duniawi. so, aku mencari ketenangan di dunia ciptaan Allah yang luas terbentang di alam semesta ni. chill dengan cara tersendiri. bila di amati, begitu indahnya dunia bila kita pandai menikmati setiap saat, setiap detik, setiap hembusan nafas yang masih ada ni.



makan makan time!
dah lamanyaaaa tak makan pizzahut after berhenti part time kat pizza dulu
nyum nyum nyumm
hehehe
iHEARTthemsooomuch♥ 
Alhamdulilah semuanya okay sepanjang hari tu. aku dah bawa dan buang semua keserabutan yang aku bawa bersama dan tinggalkan jauh jauh. jangan ikut aku lagi wahai 'keserabutan' , wahai 'kekusutan' hihihi. urmm... selagi diberikan kesempatan yang ada, kalau boleh aku nak nikmati semua nikmat yang ada di atas muka bumi ni. banyak sangat yang ada di depan mata ni sebenarnya, cuma nampak dengan tak nampak je. bak kata lecturer yang ajar aku subject Islamic Civilization (Tamadun Islam) hari tu,
"kita semua berasal dari Syurga dan berjalan-jalan di atas muka bumi untuk mencari jalan kembali pulang ke Syurga"
huii... dari aku yang mengantuk dalam class time tu, terus segar lepas terdengar sebutir sebutir perkataan yang keluar dari mulur lecturer tu. maknanya dia berjaya tarik perhatian aku kembali ke dalam class dia. 

#maafkan saya encik Z sebab tak focus dalam class. biasalah class pagi, mesti akan ada mengantuk sikit kan. hihihi

Mulut + Perempuan = HATERS

Hari ini tiba tiba aku rasa macam nak bersopan santun sintun berpantun. aku pun tak laa reti sangat berpantun pantun ni. tapi tak salah kan? ni blog aku. so suka hati aku lah nak tulis apa pun. nak tulis macam mana pun. kau kesah apa? ehh.. tak kan aku nak kena minta izin kau kot? ohh...please lah. btw, at least aku tak hypocrite. aku jadi diri aku. kalau aku marah, aku kata aku marah. kalau aku suka, aku tunjuk aku suka. kalau aku sedih, aku akan berikan expression sedih. aku chill dengan cara aku. kau chill dengan cara kau. kita chill tak sama. sebab setiap ciptaan Allah tu kan berlainan. 

orang kata, kalau orang sekeliling bercakap cakap pasal 'someone' ni tandanya 'someone' tu famoussssss
wowww, awesome lah :)
orang kata lagi, kalau orang sekeliling asyik asyik cakap pasal 'someone' ni tandanya orang sekeliling ni teramat lah take care tentang 'someone' tu.
awwww, fantastic bebeh :)
pada aku mungkin benar kata kata orang itu. kalau tak benar, bahkan mungkin orang berkata kata. kan?

ubi lembut gebu berisi,
panggang ubi atas api,
diam diam ubi berisi,
mulut kau ni perempuan macam api.

keluar bersiar siar menjamu takoyaki,
bersiar siar berjalan kaki,
depan aku kemain senyum berseri seri,
belakang aku bukan main kutuk maki.

talam jangung talam nangka,
lagi enak lagi sedap kuih seri muka,
sungguh sungguh tidak ku sangka,
rupanya kau talam dua muka.

lain orang lain cara,
lain orang lain gaya,
kau dan aku tak sama tak serupa,
kau kau kau dan aku nyata berbeza dan berbeda.

Tolong.
tolong jangan main wayang murahan depan aku. aku tak minat. aku tak suka.
perlu aku ulang lagi sekali? aku tak suka.
tak perlu nak bermuka muka bagai. kau ingat ni sarkas ke apa nak bermain muka macam pakai topeng? kalau zaman agogoo tunjuk langit seluar kembang tu boleh lah.
kau nak tahu satu benda, kau ni nampak je macam buah yang sangat enak dimakan yang sudah masak dengan ranumnya tapi hanya cantik di luaran sahaja, natijahnya busuk dan berulat didalam!
come on lah. dont be too childish. apa yang kau nak envy sangat? haihhh...
bersyukurlah dengan segala nikmat yang kau dah ada sekarang ni sebelum Allah tarik balik semua nikmat tu.
aku nak pesan ni pada diri aku dan juga pada kau,
"what you give, you will get back" dan juga "kerana mulut badan binasa" ingat tu. enough.

Hello Melaka Welcome to new Semester

Huihuihuiii.
Permulaan semester untuk semester yang baru ni di mulakan dengan musim sejuk. hihihi.
wahh, sejuknya bagai dekat negara korea rasanya. sejuk macam musim salji.
yelakan mana tidaknya, hujan turun dengan gembiranya dari malam bawa ke siang bawa ke petang dan bawa kembali ke malam tiada henti. tak pernah pernah aku tidur sambil menyarungkan sweater di badan serta di selubungi comforter dari leher hingga ke kaki dan berstokin sepanjang malam. well, ni kan dah hujung tahun maka secara azalinya kita semua yang bijak bestari ni pasti akan tahu akan kehadiran musim tengkujuh tu. so tak payah la merungut bersungut sungut tentang ketentuaan Allah.

Hello peps, Hello Melaka, kini aku bertapakkan kaki aku punya tapak kaki kembali di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah Bandar Teknologi Hijau. Hello juga kepada PMM and JPH. you know what guys, semester kali ni aku ada dua subjek yang betul betul killer punya wa cakap lu. ala ala macam serial killer dalam cerita CSI. huhuhu. dua dua ni killer paper masa final paper nanti. aduhh, maka ini penanda bahawa aku tak boleh main main semester ni, tak boleh suka suka sangat. kena struggle gila gila nak kejar 4 flat. in shaa Allah , aku akan cuba dapatkan yang itu even though aku menjawat jawatan sampingan. berat memang berat, tapi bila orang beri kepercayaan kepada kita untuk menggalas sesuatu jawatan tu, harus lah kita menghargai tu sebagai satu penghargaan. aku ambil itu sebagai cabaran untuk aku.

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan."
 Aku doa minta bunga, Tuhan beri tanaman
 Aku doa minta pohon, Tuhan beri hutan

 Aku doa minta sungai, Tuhan beri lautan

 Aku doa minta teman, Tuhan memberiku kalian.


aku sayang kalian semua.
to Alin kecik : wish you a very goodluck doing your practical. akak tahu you can do it very well darling. be strong okay. anggap je semua tu dugaan nak berjaya memegang segulung diploma di tangan. ingat tu.
to KakBellsayang : jangan pernah mengalah okay. putih tahu kakbell boleh. kakbell boleh. yeahh, you can do it baby!!! hihihi :D ini baru dinamakan super duper senior. hehehee. pedulikan apa orang nak kata apa orang nak cakap. persetankan semua itu. kita tak akan tahu kita boleh lakukan  sesuatu itu unless kita ambil cabaran itu dan hadapinya. banyakkan berdoa pada Tuhan. sesungguhnya Tuhan itu Maha mendengari rintihan hambanya tanpa jemu. maka, doalah tanpa jemu juga. 

“Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” 

“Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” 

“Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.”

"Allah merahsiakan masa depan kerana untuk menguji kita agar berprasangka baik, berbuat baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan sabar tentu dapat yang terbaik."