Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

44 Hari Amalan Tidak Diterima


Pernahkan anda membaca horoscope ataupun zodiak?
contohnya seperti di bawah ini.
Harini aku nak kongsi dengan korang semua sesuatu.
Tahukan korang sekali kita baca horoscope ataupun zodiak ni, 44 hari amalan kita tak diterima. tu kalau sekali, kalau dah 2 , 3 atau 4 kali? ataupun hari hari? cuba kira berapa hari amalan kita tak diterima? subbahannallah.

CONTOH PERTAMA :
People born in:
January ♥ are bold and alert
February ♥ are lucky and loyal
March ♥ are Naughty and Genius
April ♥ are caring and strong
May ♥ are Loving and practical
June ♥ are Romantic and curious
July ♥ are Adventurous and honest
August ♥ are Active and hardworking
September ♥ are Sensitive and pretty
October ♥ are Stylish and friendly
November ♥ are Nice and creative
December ♥ are Confident and freedom loving

CONTOH KEDUA :


PERINGATAN !!!
Sekali membaca horoscope, 44 hari amalan tidak diterima oleh Allah SWT. Bersamaan seperti meminum setitik arak. Astarafirullahhalazim.

Lepas ni bila korang dah tahu apa yang aku sharekan ni, jangan baca lagi, jangan nak curi curi lagi tengok ye? ingat, sekali kita baca, 44 hari amalan tak diterima. sesungguhnya apa yang akan terjadi apa masa hadapan itu rahsia Allah.

Mandi Manda Air Terjun

Cuti panjang semester (panjang ke cuti semester kali ni? padahal 3minggu je haha) ermm, tak lah penuh sangat aktiviti aku. just aku banyak habiskan masa dekat rumah dengan family. best what. siapa kata duduk rumah bosan? yela, time dekat kampus jauh dengan family so sekarang masa bersama dengan family la pula kan, aku cuba menghargainya.

oleh kerana kakak "sweat" ye bukan sweet hahaha dengan tunang dia baik hati nak bawa aku dan adik beradik aku yang lain pegi mandi manda di air terjun, so lets take some fresh air :)


berjam jam mereka ni mandi manda tak ingat dunia sampai kecut mecut jari jemari tangan dan kaki. haa, amik kau menggigil bila keluar dari air. tahu pun air tu sejuk, tahu pun nak naik, ingatkan dah tak tahu tadi. penat aku melalak terpekik terlolong panggil naik, tahu? btw, best memory with angah, abag paan, abang dan adik. thanks guys. i am gonna miss you all<3 nanti bila aku ada cuti, kita pegi lagi okay? :)

Kursus Mencetak Baju / Silkcreen Class



Makluman buat sesiapa yang berminat untuk menanbah kemahiran dan berkeinginan untuk menjana perniagaan sendiri.


Banyak kelebihan kalau kita memperlajari sesuatu yang diluar kemahiran kita kan?


  1. Korang dapat menambah ilmu kemahiran dalam kehidupan.
  2. Kepada sesiapa yang nak mencuba untuk berbisnes seperti ini,percayalah profit margin sangat tinggi.
  3. Kepada para-para designer,jangan sia-siakan kelebihan anda. Jom ekspresikan kelebihan anda ke atas sesuatu.
  4. Boleh buat baju idaman kalbu sendiri. Only one in the world beb!!
  5. Untuk student,inilah masanya untuk menambah duit poket korang.
  6. Tak pening-pening lagi nak dapat baju yang sesuai dengan taste korang. Cetak je sendiri,habis cerita.
  7. Bayaran yang dikenakan lebih rendahhhhhhhhhhhhhhhh daripada biasa!
  8. Jangan biar diri korang terhad dengan sesuatu kemahiran sahaja. Cuba benda baru yang berfaedah takkan rugi pun.
  9. Peryertaan adalah terhad. Kalau berminat sila SMS di 0127643065. Moh ajak kawan-kawan!!
  10. Sila nyatakan size baju anda sekali ye. Korang akan cetak baju sendiri dan boleh terus pakai selepas kursus tamat :)
  11. Dan yang paling best, saya Cik Izzati pun akan sertai sekali kursus ni.. hahahahaha!! Jom jumpa :)

p/s : masa dan tempat akan diberitahu sebaik sahaja peryertaan bilangan peserta ditutup.

Cicak Hitam Kontot-Entri untukmu

Taknak membebel banyak.
Aku tempah ni juga khas untuk kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
V
memang aku nak balas entri kau yang baru tu.
aku geram. aku geram. aku geraaammm. weekkk!!!
padan muka kau kena tunggu lama nak tunggu aku habiskan entri aku yang terbaru ni. padan muka! padan muka!
kau nak tahu kenapa aku cakap kau cicak hitam kontot?
sebab semalam masa kau tengah syok feeling feeling meng-update blog kau dok kutuk-kutuk aku, kan kau ada nampak seekor cicak hitam. dah la hitam legam macam terbakar, gemok kontot pula tu. sebijik macam kau lah! kan? kan? hahahaha
sebab kau sorang je yang nampak, aku dengan yang lain tak nampak pun.
tu tandanya kau dengan cicak hitam tu sehati sejiwa =p
amek kau!
amek kau!
terimalah kenyataan tu angah. ini rahsia kita je yang tahu. huahuahua

Kenapa Perempuan Berhijab?

Haisshhh. . .
dah terlalu banyak sangat tuan rumah (blogger) yang aku sempat berkunjung ke halamannya menulis tentang entri bertajuk sebegini ,,
"kenapa perempuan berhijab?"
bikin angin aku naik je tau. (jangan marah-marah cikizzati, sabar. sabar itu separuh daripada iman. ingat tu. *sambil urut dada)
aku sebagai seorang perempuan yang bergelar gadis berhijab terasa nak bahas mengaum balik dengan tajuk entri itu. izinkan saya? :)
ingat kau buat tajuk entri macam tu post kau boleh meletop ke? piraahhhhh.....!
aku pula yang nak bertanya kepada si penyoal soalan itu ,
pelik sangat ke kalau perempuan ni berhijab?
hina sangat ke kalau perempuan ni berhijab?
salah ke kalau perempuan nak berhijab?
kau nak tahu sangat kan kenapa perempuan tu berhijab?
nahh , aku ada satu jawapan.
menutup aurat kan salah satu daripada tuntutan agama. 

StudyWeek

TAHNIAH izzati, anda sekarang berada di zone "StudyWeek" 
hihi
boleh gelak lagi?
ingat selamat sangat ke zone ni?
SEMINGGU je tinggal untuk struggle ni tauuuu!


Peringatan untuk diri sendiri :
 Doakan supaya aku ni jadi RAJIN RAJIN RAJIN dan RAJIN!
tolong buang perkataan MALAS dalam diri.
● Doakan supaya aku tak MALAS nak buka buku.
tolong RAJIN untuk bersengkang mata mentelaah ilmu di dada buku.
Doakan supaya aku kuat semangat.
tolong jangan patah semangat sebelum berjuang.
Doakan semoga semuanya berjalan lancar.
tolong jangan main-main lagi. FOKUS dan SERIOUS.
Doakan kejayaan aku.
terima kasih.
AMIN.
dimana ada kemahuan , di situ ada jalan kan?
sesungguhnya menuntut ilmu itu suatu ibadah :)

Rezeki

para pujangga pernah berkata,
"kalau orang dah bagi tu , ambil jela. tak baik tolak rezeki"
betul tak?

 

Alhamdulilah , itu lah ungkapan yang paling sesuai diucapkan.
itulah yang dinamakan rezeki kan?
terima kasih kepada insan-insan yang mulia hatinya kerana mengingati insan lain.
itulah gunanya berbuat baik sesama manusia tanpa meminta balasan.
semoga dimurahkan rezeki kalian.
*saya tahu , awak semua sayang Ketua Aras awak ni kan kan?
tu yang bodek semacam. ambooiiii.
hihihi
" tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia tiada siapa yang tahu " 
Sesungguhnya semua itu rahsia Allah  

Ukhwah's Day

Ianya merupakan 'suatu hari'
hari apakah?
ya, hari yang penuh gelak ketawa ,
hihi huhu hehe huha-huha dan hahahaha

gelak ye?
kalau aku dah bagi tempeleng sekali sia-sia je hidup
hikhikhik :D gurau okay.

Ianya juga merupakan saat untuk melihat sesuatu
melihat apa?
melihat tahap fizikal dan mental seseorang itu.
kesungguhan , ketabahahan , kecekalan , kekuatan semangatnya.

Penat tak?
usah ditanya , H A R U S L A H ! ! !
dari awal pagi matahari terbit hinggalah matahari tu mahu turun kembali ,
peluh yang keluar bertitik-titik.
sampai dah tak ada peluh lagi dah nak keluar
hihi
mari lihat gelagat-gelagat comel sepanjang hari kejadian.
wahh, 'hari kejadian' ye?
macam tragis je bunyinya kan?

aku lah "dalang" yang menjaga checkpoint ini.
hihi 


terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama yang sewajarnya.
oh ya. . . sebelum terlupa , minta maaf ye kalau ada sesiapa yang kakinya kejang kejang masa lompat katak, tangan sakit , baju basah terkena belon air pecah, semua denda dan permainan tu untuk suka-suka je. kalau ada rezeki kita jumpa lagi next semester :)

Cerita Disebalik Kesibukkan itu. . .

Harini aku nak mulakan post blog aku kali ni dengan sepotong ayat yang sekilas aku terpandang dan terbaca malam tadi semasa melalui suatu kawasan. wahh, kawasan? macam seram je bunyinya. haha. 
kawasan apa? jeng jeng jeng! rahsia lahhhh. hee :D

" kalau kita tak dapat something yang kita nak , mungkin tak ada rezeki kita tetapi Allah tu Maha Mengetahui dan Allah tu Maha Adil. Allah tak bagi apa yang kita NAK , TAPI Allah bagi apa yang kita PERLU. itu yang paling patut kita hargai dan mensyukurinya. "

Terhenti seketika kaki aku ni daripada melangkah , dan aku terfikir sejenak, ye betul apa yang aku baca itu. Datang keinsafan dalam diri ini untuk muhasabah diri. wahh terus begituu :) Kadang-kadang didalam kesibukkan kerja, kesibukkan tugas dan tugasan, banyak perkara yang kita terlepas pandang dan sering kali kita menyalahkan takdir. kita mempertikaikan pelbagai perkara serta persoalan. kenapa itu tak cukup , kenapa ini tak cukup , kenapa dia lebih dari aku , kenapa aku tak berjaya macam dia dan sebagaiya.

Sebenarnya, itu semua terletak pada diri sendiri. Duduk , tenangkan diri dan fikir kan.
Dimana ada kemahuan , Di situ ada jalan. kan? :)
Okay, ermm. . . . banyak kerja? Banyak tugasan? Sibuk? Semua orang ada kerja , ada tugasan , seperti juga aku. Didalam kesibukkan sebagai seorang student, aku juga mempunyai tugasan sampingan. ye, sibuk memang sibuk. Penat memang penat. Letih memang letih. Tetapi perlu di ingati , di sebalik kesibukkan itu pasti akan terukir sebuah memori. ye, memori.
gambar ceria ini di capture ketika menjalani Hari Terbuka Kamsis selama 3 hari 2 malam
Segala penat serta lelah dari pagi hingga ke petang , dari petang bawa ke malam pula dan disambung kepada keesokkan harinya kami bersama-sama menguruskan gerai V4 dan berkat usaha kami , alhamdulilah kami menang tempat ke-2 kategori Keuntunggan Gerai Terbanyak. 

Dimalam harinya pula , ada pertandingan malam kebudayaan dan aku diberi amanah as choreographer untuk melatih anak-anak buah dibawah aku untuk melakonkan sebuah drama bertemakan Patriotik. yeahh, hidup drama V4! hehe

inilah anak-anak buah comel yang bertungkus-lumus menjalani latihan drama
malam kemuncaknya sudah tiba, semuanya berasa gementar mendengar sorakkan para penonton yang hadir ketika menunggu giliran untuk melakukan persembahan di atas pentas. tetapi aku percaya mereka sudah bersedia untuk melakonkan persembahan yang terbaik. 
Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi , berat doa , kerjasama semua  dan usaha gigih kami semua ,
 ye kemenangan itu milik kami.
---> kepada para pelakon : alin , junita , elly , fatin diyanah , syera , nazatul , nadiah , erra , ezaty , fazilah , zue , eyn , priya , moganapriya , nasuha , heddy , syafiqa dan nurul. Terima kasih seikhlas hati dari saya , awak semua telah mengukir sebuah memori teindah dalam hidup saya. rindu saat-saat menjalani latihan ramai-ramai , rindu bergelak ketawa beramai-ramai , rindu nak marah-marah korang lagi hahaha :D
jangan marah ye , nanti kena jual hihi. saya sayang awak semua <3

Okay , tidak dilupakan juga titik peluh selama 3 hari berturut-turut aku bersama rakan-rakan handai turun padang berjemur panas terik dari awal pagi hingga ke petang melaksanakan mini project kami untuk semester kali ini , 
 yeahh, sofball. 
apa ingat perempuan tak boleh main sofball ke? =p
Dengan mengorbankan cuti hujung minggu serta tidur,  kami setia dengan rela hati mengendalikan mini projek kami pada kali ini dengan kerjasama Melaka Amateur Softball Assocation (tertutup melaka). Alhamdulilah sekali lagi , team sofball Politeknik Merlimau tercinta ini mengharumkan nama :) berbaloi kan? itulah yang di katakan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. *cehh , ayat aku poyosss semacam je, heeee :D

Petunjuk Ilahi ^^

Ye, ye dan ye. memang betul ayat yang pernah aku dengar sebelum ni.
" apa yang kita ada harini, tak akan sama dengan hari esok. orang yang kita kenal harini juga tak akan sama dengan hari esok. "
terbukti benar lagi sahih. aku cuba untuk memberanikan diri belajar untuk menerima kenyataan dan hadapinya di atas kaki sendiri. buka lah mata seluasnya dan lihat lah sekeliling. kalau boleh, jangan menilai orang dari luaran sahaja. lihat dalamannya juga.
Persahabatan?
apa ertinya persahabatan tu? betul ke kau tahu?
apa ertinya sahabat? apa ertinya sahabat baik?
apa ertinya orang yang mempercayai dan dipercayai?
tak ada ertinya suatu persahabatan itu lama mana pun ia terjalin kalau kau tak tahu apa semua tu dan tak tahu nak menghargai semua tu.

takpe takpe, dunia ni berputar.
what goes around come around.
pada hari jumaat, penghulu segala hari pula tu.
terima kasih YA TUHAN kerana tunjukkan aku semua ini.
terima kasih kerana bukakan mata hambamu ini.
tak ada guna kita buat baik pada orang, tapi orang tu tak tahu nak hargai malah pijak kita balik. habis madu sepah dibuang.

sebelum ni aku rasa aku dah jumpa the right one yang boleh aku percaya. tapi aku silap rupanya. ye, mungkin sekali silap besar. kepercayaan aku macam boleh dibuat main je.
bukan senang aku nak beri kepercayaan pada orang. lebih-lebih lagi orang dah lama aku kenali. sayang seribu kali sayang, kepercayaan aku yang tinggi itu tidak dihargai.

Just one thing, Dont judge me unless you see my eye and know what was in deep of my heart. dont stare me like im the loser. 

Life in Kitchen (day-to-day)

Harini suddenly rasa macam nak cakap omputih pula lepas tengok cerita Oh My English dekat astro tu. huhu ni semua bahana adik aku yang kecik sorang tu la. semata mata dia nak tengok cerita tu taknak bagi orang lain tukar channel lain, dia sanggup simpan remote control tv tu and aku dengan rasa terpaksanya join la dia juga tengok cerita tu. hee. errmm. . . okay, first of all, i wanna to say Assalammualaikum and Bissmilahhirahmannirahim to start my story on this post.

Hello hello helloooo my sweetie and handsome readers. oh ya, also not forgeting about you , 'my loyal STALKER' hihihi. i already been disappear almost 2 months right? sorry for that. i am actually busy doing my Eastern and Western Cookery for my study. unbelievable?? seriously, pada mulanya aku sendiri pun macam tak percaya je. haha.
so, lets check it out! a long journey to go. jom cepat!

mereka ni adalah partner terbaik aku semasa class dijalankan di culinary kitchen lab 2, station 3. yeah, this is my strong team! 
from left dot, shah, and its me. we are doing a great job, right guys?
untuk basic permulaan belajar, kena belajar Standard Vegetables Cutting dulu.
gambar-gambar dekat bawah ni pula semua masakkan yang aku dan rakan-rakan sekelas aku pelajari dan inilah hasil air tangan daripada kami. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong beri tunjuk ajar =)



shah is on his way untuk masukkan roasted seabass ke dalam oven. 
delicious, thumbs up! wuhuuu~










haa, orang lain semua tengah sibuk siapkan hidangan masakkan masing-masing, dua orang budak ni curi-curi makan pula. dah la curi-curi makan, siap boleh pose tangkap gambar pula tu. apa lah, tampar kangg! saja je. haha




ooppsss, mereka sibuk bergambar, aku pun nak interfere juga! haha 
okay, jom kita sambung masakkan-masakkan yang selebihnya pula :)








percubaan pertama aku untuk membuat capati. wehiee~






actually banyak lagi masakkan lain yang telah aku dan yang lain pelajari. tapi tak sempat ambil gambar. hee. so kita move on ke saat-saat akhir yang mendebarkan, Final Cooking!
yang comel molek ini pula my partner hot babes for final cooking. 
we are doing the best among the best that we can do, am i right girls? 
ini hidangan kami untuk dipersembahkan masa final. saat-saat yang sangat and amatlah mendebarkan menunggu para Chef Jemputan, iaitu Executive Chef dari Hotel Seri Malaysia and Executive Chef dari KingsHotel. so, bersiap-sedia untuk mendengar kritikan dan komen!
dupdapdupdap hati ni. macam nak terkeluar jantung. heee.

ye, aku masih boleh tersenyum lagi pada saat dan ketika itu untuk menghilangkan rasa nervous di dalam diri. haha. and finally alhamdulilah semua komen dari Chef Jemputan iaitu juga merangkap sebagai juri kami, semuanya baik-baik belaka. we are done guys! give me fiveee! yayy! kami lakukan dengan penuh jayanya, terima kasih semua atas tunjuk ajar yang telah diberi dan ilmu yang telah dicurahkan :)
ini adalah askar-askar aku.  hehee
kami pakai kasut kitchen berwarna hitam yang tapaknya bunyi bagaikan askar yang sedang siap sedia mahu pegi berperang. dan beratnya kasut tu bukan kepalang. yes, kami perang dalam kitchen. huhu. 
Dear my lovely cutie gegurls, i will miss all of you soo much. aku akan rindu saat-saat kita semua bersama, kita menonton movie at night, kita puasa dan bebuka puasa bersama, kita jalan kaki meredah Pak Guard yang asyik-asyik minta kad matrix tanpa jemu tu, kita main-main bermanja dengan si simba comel, kita exercise dengan 'coach' yang tak berapa nak bertauliah tuu. hahaha bila ingat- ingat balik, kelakar sangat. =D tapi semua tu la yang aku rinduuuuuu nak buat bersama-sama together-gether dengan korang semua. 
loveyoumissyou