Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Cerita Disebalik Kesibukkan itu. . .

Harini aku nak mulakan post blog aku kali ni dengan sepotong ayat yang sekilas aku terpandang dan terbaca malam tadi semasa melalui suatu kawasan. wahh, kawasan? macam seram je bunyinya. haha. 
kawasan apa? jeng jeng jeng! rahsia lahhhh. hee :D

" kalau kita tak dapat something yang kita nak , mungkin tak ada rezeki kita tetapi Allah tu Maha Mengetahui dan Allah tu Maha Adil. Allah tak bagi apa yang kita NAK , TAPI Allah bagi apa yang kita PERLU. itu yang paling patut kita hargai dan mensyukurinya. "

Terhenti seketika kaki aku ni daripada melangkah , dan aku terfikir sejenak, ye betul apa yang aku baca itu. Datang keinsafan dalam diri ini untuk muhasabah diri. wahh terus begituu :) Kadang-kadang didalam kesibukkan kerja, kesibukkan tugas dan tugasan, banyak perkara yang kita terlepas pandang dan sering kali kita menyalahkan takdir. kita mempertikaikan pelbagai perkara serta persoalan. kenapa itu tak cukup , kenapa ini tak cukup , kenapa dia lebih dari aku , kenapa aku tak berjaya macam dia dan sebagaiya.

Sebenarnya, itu semua terletak pada diri sendiri. Duduk , tenangkan diri dan fikir kan.
Dimana ada kemahuan , Di situ ada jalan. kan? :)
Okay, ermm. . . . banyak kerja? Banyak tugasan? Sibuk? Semua orang ada kerja , ada tugasan , seperti juga aku. Didalam kesibukkan sebagai seorang student, aku juga mempunyai tugasan sampingan. ye, sibuk memang sibuk. Penat memang penat. Letih memang letih. Tetapi perlu di ingati , di sebalik kesibukkan itu pasti akan terukir sebuah memori. ye, memori.
gambar ceria ini di capture ketika menjalani Hari Terbuka Kamsis selama 3 hari 2 malam
Segala penat serta lelah dari pagi hingga ke petang , dari petang bawa ke malam pula dan disambung kepada keesokkan harinya kami bersama-sama menguruskan gerai V4 dan berkat usaha kami , alhamdulilah kami menang tempat ke-2 kategori Keuntunggan Gerai Terbanyak. 

Dimalam harinya pula , ada pertandingan malam kebudayaan dan aku diberi amanah as choreographer untuk melatih anak-anak buah dibawah aku untuk melakonkan sebuah drama bertemakan Patriotik. yeahh, hidup drama V4! hehe

inilah anak-anak buah comel yang bertungkus-lumus menjalani latihan drama
malam kemuncaknya sudah tiba, semuanya berasa gementar mendengar sorakkan para penonton yang hadir ketika menunggu giliran untuk melakukan persembahan di atas pentas. tetapi aku percaya mereka sudah bersedia untuk melakonkan persembahan yang terbaik. 
Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi , berat doa , kerjasama semua  dan usaha gigih kami semua ,
 ye kemenangan itu milik kami.
---> kepada para pelakon : alin , junita , elly , fatin diyanah , syera , nazatul , nadiah , erra , ezaty , fazilah , zue , eyn , priya , moganapriya , nasuha , heddy , syafiqa dan nurul. Terima kasih seikhlas hati dari saya , awak semua telah mengukir sebuah memori teindah dalam hidup saya. rindu saat-saat menjalani latihan ramai-ramai , rindu bergelak ketawa beramai-ramai , rindu nak marah-marah korang lagi hahaha :D
jangan marah ye , nanti kena jual hihi. saya sayang awak semua <3

Okay , tidak dilupakan juga titik peluh selama 3 hari berturut-turut aku bersama rakan-rakan handai turun padang berjemur panas terik dari awal pagi hingga ke petang melaksanakan mini project kami untuk semester kali ini , 
 yeahh, sofball. 
apa ingat perempuan tak boleh main sofball ke? =p
Dengan mengorbankan cuti hujung minggu serta tidur,  kami setia dengan rela hati mengendalikan mini projek kami pada kali ini dengan kerjasama Melaka Amateur Softball Assocation (tertutup melaka). Alhamdulilah sekali lagi , team sofball Politeknik Merlimau tercinta ini mengharumkan nama :) berbaloi kan? itulah yang di katakan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. *cehh , ayat aku poyosss semacam je, heeee :D

No comments:

Post a Comment