Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

semut ohh semut !

Apa nak buat kalau ada banyak semut kat sekeliling kita? Bukan seekor dua tapi banyak-banyak berhimpun-himpun siap buat rumah lagi. Rimas la sakit mata tengok banyak semut-semut ni. Bila spray je mati time tu jela tapi nanti bila keesokan harinya, tengok ada balik ada lagi. Hishh!! Benci la binatang kenit ni. Tak reti-reti nak mati ke. Banyak sangat la. Dah banyak kali spray pun tak habis-habis juga keturunan dia ni. Lepas tu semua benda yang ada atas meja, semua semut-semut ni makan. Air mineral pun dia nak juga. Datang ramai-ramai bawa kaum dia berkerumun dekat minum air mineral tu. Aisyhh.. bukan setakat tu je, semut-semut ni makan sos cili pula. Pelik betul la aku. Sos cili pun nak makan juga ke? Sos cili okay babe. Tak boleh blahh betul la semut-semut ni. Ada satu hari ni, aku try buat experiment, aku letak 2 cawan atas meja tu. Satu cawan tu aku letak air mineral je, satu cawan lagi aku letak air nescafe. Aku nak tengok air yang mana dulu semut-semut ni datang serbu. And guess what, dua-dua  gelas tu ada semut datang. Dalam cawan air mineral tu semua semut kecil-kecil je. Tapi dalam cawan air nescafe tu ada seekor semut paling besar. Mungkin tu ratu semut tu kut. Haha semut-semut ni bijak juga rupanya kan kan. Ratu dia minum minuman yang ada rasa ada perisa. Yang semut kecil-kecil tu mungkin semua askar je kut. Tu yang layak minum air mineral je tu. hahahaa. Alahai semut. Semut. Askar-askar semut yang kecil-kecil  tu minum air mineral, ratu dia minum air nescafe. Bercitarasa selera tinggi. Ada class you. Haha. Waalawehhh~ 

pada malam itu . . .

Ada 2 orang ustaz dan seorang budak kecil. Kenapa?
Emm.. kalau di lihat dengan mata kasar, apakah yang korang rasa benda yang korang tengok ni?


Dengan kuasa Tuhan dan bantuan ustaz , aku dapat tengok benda ni depan mata kepala aku sendiri pada,,
Masa:  8:56pm
Tarikh: 15/4/2010
Hari: Jumaat
Lokasi: tett (di rahsiakan bagi tujuan keselamatan)
Capture by: handfone aku sendiri beb! Scary.

 Ini BUKAN copy dari mana-mana okay? 


Cookies and Chocalate Cake

Yaa yaa yaa ini ada satu cerita. Mari dekat dekat. Boleh rapat rapat. Boleh baca baca. Boleh senyum senyum. Jangan malu malu. Jangan segan segan. Hahaa. Aku yang gelak sendiri. Hahaa. Emm, korang suka cooking cooking tak? Aku sukaaaaa sangat memasak sebab aku rasa macam main masak-masak  je. Padahal masak betul-betul ni. Huhu. Dari kecil lagi aku akan menyibuk kalau mummy or kakak aku nak masak dekat dapur, setiap kali aku datang menjengah ke dapur tu mummy dengan kakak aku mesti tension je kan. Yela mulut aku ni banyak tanya kenapa masuk bahan tu kenapa masuk bahan ni. Bahan tu untuk apa, nak letak berapa banyak. Hahaa. Actually aku tanya semua tu sebab aku nak tahu cara untuk memasak dengan betul suatu makan tu. Mummy dengan kakak aku tu pula memanfaatkan kehadiran aku kat dapur tu sambil dorang memasak, dorang ajar aku memasak juga. Dengan berbekalkan ilmu yang mummy dan kakak aku curahkan dari sejak 18 tahun yang lalu, nowadays aku dah reti masak apa sahaja yang aku rasa nak makan. Wahhh! Seronok betul rasanya bila rasa masakkan air tangan sendiri. Huhu. Sangat puas. Puas betul tak tipu. Baru-baru ni aku tiba-tiba rasa macam nak makan Biskut Famous Amous buatan air tangan aku sendiri. Hee. Taknak beli yang dah ada jual kat kedai tu. Tekak ni nak juga yang aku masak sendiri. Hmm.. takut juga kalau tak jadi seperti yang aku inginkan maklum la ni kali pertama aku mencuba buat biskut famous amous berpandukan resepi kakak aku :  ceritarasaya.blogspot.com   dan ini lah hasilnya biskut aku :



Yummy! Yummy! Yummy! Alhamdulilah biskut ni jadi sesedap secukup rasa seperti yang aku inginkan. Bila suatu masakkan yang aku nak yang aku inginkan menjadi dan menepati target aku, itulah sebenarnya pencetus inspirasi aku untuk mencuba resepi-resepi yang baru. Yaabedabeduuu. Thanks juga kepada kakak aku atas resepinya kepunyaannya ituu. Sayang kau kak!  Selang few days lepastu aku try buat satu lagi resepi, now aku nak buat cake pula. Yes darling, cake! Korang suka cake? Nahh, aku bagi korang cake, ini pula hasilnya Chocolate Moist Cake :


Kenyangnya makan lepas kedua-dua percubaan masakkan aku menjadi. Puasnya hati. Now aku dah reti buat cookies and cake by my own self, habis hari-hari aku buat. Hahahaa. Makin bertambah-tambah la berat badan aku lepas ni. Haha. Tapi tak elok untuk kesihatan makan benda-benda macam ni setiap hari. Sekali segala nak makan boleh la kan? Okay la jumpa lagi dengan resepi baru. See ya. 

siapa gingyy and fiona?

Nowadays aku dah ada peneman baru dekat rumah. Yaa, ada dua pendatang baru menginap dirumah aku and mereka pun ada rumah sendiri juga dalam kawasan rumah aku. Setiap jam setiap masa setiap saat mereka ada bersama aku. Comel sangat. Aku sayang mereka<3  dan sebab mereka jugalah hari-hari aku sekarang ni menjadi semakin sibuk juga membuatkan aku taknak keluar rumah dah sebab dah ada sesuatu yang sangat menarik dan amat menarik perhatian aku.



Haa, ini lah mereka. Buahati baru aku. Comel kan? Seekor jantan seekor lagi betina. Mereka lah menjadi kesayangan aku sekarang ni. Peneman aku setiap masa. tatkala aku rasa bosan bosan dekat rumah, aku main-main dengan mereka la bangun je pagi-pagi terus aku tengok dorang dulu nak say “goodmorning sayang.” Lepas sarapan pagi, aku akan lepaskan mereka dekat playground yang akak aku buatkan khas untuk mereka. Luas dan agak puas laa jugak untuk mereka. Itu kira rumah kedua mereka la bagi mereka bagi makan, main cakcakcak, main nyorok-nyorok. main kejar-kejar, mereka lari lajuuuu sangat tahu. Boleh kurus aku kalau everyday macam ni. Yela, mana tak nya, hari-hari kejar nak tangkap mereka. Kira macam exercise la tuu. Hahahaha! Bytheway best sangat. Hari-hari aku sekarang makin indah dengan gelak tawa family aku semasa melihat telatah mereka berdua. Mereka ni manja sangat tahu sebab mereka sangat suka di belai-belai sampailah mereka tidur. Comel betul and you know what, mereka sangat pintar sebab kalau tak ada anyone yang perhatikan mereka, mereka akan curi-curi keluar dari rumah mereka tu lepastu merayap tah mana-mana. Bila aku tengok mereka ade dekat luar dari rumah, cepat-cepat  mereka lari masuk rumah mereka balik. Huhu. Kelakar betul. Biasa lah wonderpet kan bijak. Haa, ntah-ntah kan mereka curi-curi keluar tu sebab nak pegi selamatkan anak binatang lain yang dalam kesusahan tak? Macam dalam lagu, wonderpet..wonderpet.. kami datang membantu anak binatang  dalam ke susahan. Kami tak kuat dan kami tak hebat kalau berkerjasama semua jadi mudah. Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting? Kerjasama! Yeahh, wonderpet!  

ohh baby burung sesat?

Emm.. comel tak baby burung tuu?  Comel kan. Comel kan. Dah la kecil je. Kurus pula tu. Aku jumpa baby burung ni time balik kampung kesayangan aku dekat kluang, johor  haritu. Dia jatuh atas kereta ayah aku. Kesian dia. Bagi kategori burung-burung aku rasa baby burung tu mengalami kecederaan agak parah laa. hehe. Aku tengok macam sebelah kiri kaki dia patah laa sebab ada darah sikit dekat kaki kiri dia tu. Kesiannya! Maybe dia terjatuh masa ikut ibu bapa dia belajar nak terbang kutt. Lepas aku jumpa baby burung ni, aku terus bagi dia makan and minum. Mesti dia dahaga and lapar. Dah la cedera. Sebab dia nampak macam letih sangat tidak bermaya. Terus aku pegi dapur ambil makanan untuk dia. Korang teka laa aku bagi dia makan apa? Hehehe. Jengjengjeng... Special tau baby burung ni bertuah sebab dapat makan buah pelam and air suam. Sedap kan? Hehe. Lepas dia makan, dia main-main kejap and sempat membuang tahi pula you. Haa, ada tahi itu tanda dia kenyang laa dengan makanan yang aku bagi dia makan tadi tuu. Hehe.  Malangnya lepas beberapa jam selepas itu, baby burung tu mati. sedihnya hati aku. Baru terdetik nak bela dia, dah siap fikir nama dah untuk dia. Aku baru ingat nak bawak dia pegi klinik check kaki dia yang darah tu. Nak buat macamana kan hayat dia tak panjang untuk aku mencurahkan kasih aku pada dia. Cehhwahh! Jiwang gituu. Ahaha. tapi kan, bila aku fikir balik, baby burung tu mati sebab aku kutt. Yela aku bagi dia makan buah pelam, ada ke burung makan buah pelam ek? Tapi time aku bagi dia makan tu, laju je dia makan. Berselera sungguh dia makan sampai habis pula tu. Agaknya dia tercekik time makan buah pelam tu tak? Boleh jadi juga dia tercekik buah pelam tu then mati. Alamak! Aku ke yang salah? ayooo. Rasa serba salah menyelubungi aku.  Ohh tidak, kepada ibu baby burung ni,, aku nak cakap sorry sebab bagi dia makan buah pelam. Mesti ahli family baby burung ni merindui baby burung ni kan. Takpela, nanti suruh ibu burung ni bagi adik-adik lagi dekat adik beradik korang ye?