Pages
awak follow saya, saya akan follow awak balik :)
nuffnang sini
wahh! dapat jumpa zafran si tembam!
alahai, rindunyaaa nak jmpe zafran. anak buah aku yang semangat sgt tu. maklum la anak buah yg pertama. huhu. tapi lenguh nak pegang dia lama lama. sbb semangat sangat. dah laa tembam. alahai lenguh tangan acik uda agah zafran ni. tapi when tgk zafran senyum gelak ketawa, comel betul! terus hilang lenguh lenguh tuu. hee.
after spm kan...
You know what, habis je SPM haritu, dalam 2 months macamtu la aku dapat kerja dekat PizzaHut. Yehoo~ mmg aku excited gila la nk ‘melangkah’ kealam pekerjaan. Berkobarkobar semangat nih. Ada seorang manager aku ni orangnya bertubuh kecil molek, berpakaian kemas sentiasa datang tepat pada waktu, mempunyai senyuman yang sangat mains apabila dipandang. Tapi dah berpunya lah. Ibu kepada 4 orang anak. Nama dia Norliza bt Abdul Aziz. Aku panggil dia, Madam Liza. Dialah manager aku yang the best dalam pizzahut tu. Dia sangat caring, sangat baik hati, pemurah, lemah lembut orangnya. Dalam sikapnya yang baik tu, ada juga ketegasan semasa menjalankan tugasnya. Kalau aku atau rakan kerja yang lain mengalami sebarang masalah di tempat kerja, kami pasti akan merujuk pada Madam Liza ni dulu kerana dia memang sangat prihatin dan menjaga kebajikan semua pekerja. Dengan Madam Liza ni kami semua kena ikut prinsip kerja dia iaitu, “happy working” and yes memang happy working bekerja bawah dia. To Madam Liza, thanks dengan segala tunjuk ajar, i love you and i am gonna miss you. Ada lagi dua orang manager aku ni, nama dia Sir Abu Huzaifah and Sir Azhar. Haa, diaorang ni pun best juga. Otak gila-gila and sangat sporting. Aku asyik nak ketawa je bila dengar diaorang cakap. Muka serious je tapi kelakar. Huhu. Macam member je dia layan kitaorang semua. Tapi nk dijadikan cerita la kan, aku mampu bertahan kerja dekat pizzahut tu 2months je. Then aku deciced to quit. Hee. The first reason is tak tahan balik lewat malam sampai pukul 12mlm tuhh. Time aku menyatakan hasrat nak berhenti kerja tu semua macam berat hati je nak bagi aku pergi. Yaa, aku memang sayang korang semua. Korang baik. Korang spooootinggg. Korang is the best! Tahu itu? However, thanks sebab aku sempat kenal dengan korang even kejap je. Btw, macam macam pengalaman aku dapat and i’ve learn a lot of new things time kerja dekat situ. Best sangat! tiap kali aku terpandang baju pizzahut aku tu, segala memory terus terflash back. PizzaHut sentiasa dihatiku<3
salam rindu, cik ieyzzatiey...
budak lepasan SPM 2010 (:
Now officially aku bergelar PELAJAR LEPASAN SPM 2010 and for sure that is mean aku dapat freedom! Itu lah yang aku nanti-nantikan selama ni. Kebebasan mutlak untuk bergerak bebas tanpa terikat dengan jadual harian dan rutin yang sama. Wahh, bestnya dah tak sekolah. Bila malam, boleh tidur lambat tak payah nak risau esok pagi terlajak tidur also boleh tidur puas-puas kalau taknak tidur pun boleh. Hee. Tak payah buat homework dah, tak ada kokurikulum lagi, tak ada balik lambat lagi. Tak payah nak bangun pagi-pagi pakai baju sekolah pakai kasut sekolah pakai beg sekolah pakai stoking putih bersih pakai kasut sekolah yang siap dikapur putih berseri-seri untuk pegi sekolah. Lepastu sampai je sekolah kena duduk dekat dalam dewan atau tapak perhimpunan. Bila dalam kelas je rasa lama sangat. Bila lah nak sampai waktu rehat ni. Perut dah berbunyi-bunyi macam-macam lagu minta diisi makanan sebab dah lapar. Bila dah lapar, mood nak belajar pun takde. *krriiingggg.. loceng berbunyi tanda waktu rehat, semua suka. Lepas rehat semua masuk kelas muka berseri-seri. Yela semua dah kenyang. Macam pantun berbunyi, gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Kena sangat la dengan pantun tu kan? Hee. Btw, aku rindu nak bersama kawankawan aku, rindu nak kena denda dengan cikgu, rindu nak kumpul ramai-ramai memekak dalam kelas time cikgu tak ada, rindu suasana sekolah yg riuh rendah macam hospital bahagia tu. Ahaha. Rindu nk borak-borak, dengar gossip-gosip terhangat, gelak-gelak ramai-ramai, makan kt kantin sama-sama, pegi toilet sama-sama, merewang merayau dalam sekolah sama-sama, buat nakal sama-sama, lepastu time nak dekat exam sibuk semua dengan study group. Lepas exam time cikgu nak bagi paper exam yang sudah siap ditand, semua muka pucat kecut perut. kalau result okay, cikgu puji melambung-lambung kembang la bontot dengar tapi bila result kurang elok, panas la telinga kena bebel dengan cikgu. Tapi sekarang ni aku rindu dengan tu semua. alahai nyahh... rindunya zaman persekolahan. Zaman persekolahan adalah yang paling indah bagi aku. Banyak pengalaman pahit manis cerita yang ada untuk aku kongsi cerita pada anak cucu aku nanti. Hehe. Berangan sudah aku ni. Takpela, berangan itu seronok, lagi pun berangan tu free bukan kena bayar pun kan? Kan? Kan? Siapa sokong apa yang aku cakap ni angkat tangan cepat! Nahh, gula-gula. Hee. Kepada budak-budak yang masih bersekolah lagi, ni pesanan dari aku, hargailah masa yang ada pada zaman persekolahan korang. Suatu hari bila korang dah tinggalkan sekolah, ianya akan menjadi kenangan yang paling terindah dan pasti korang akan sangat merinduinya. Percaya laaa J
Subscribe to:
Posts (Atom)