Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Big Happy Kitchen Family ALM

nametag kesayangan, izzati. 
saja nak throwback kenangan indah lagi sweet sweet manis macam gula gula kapas yang jual kat pasar malam tu. sedapnya gula gula kapas kan, lama tak makan. hihi. dulu kecik kecik zaman kanak kanak ribena kalau ikut mak abah pegi pasar malam mesti beli. lepastu dah sedap ngap sampai licin, tetiba nangis kat pintu bilik time malam malam sebab takut nak tidur, takut gigi rosak kena makan ulat gigi. hahahaha. tu time kecik je ok, sekarang izzati dah sadooo. hahaha

ok sudah cerita gula gula kapas masa silam tu. sekarang aku nak bebel panjang lebar pasal family kitchen aku yang tersayang ni. dah sedia? 1..2..3... jom start mengembara bersama kenangan saya hihihi. 

kitchen life ni macam satu family. ada papa, ada mama, ada sister, ada brother. semua ada. lengkap macam satu family. hehehe. terima kasih chef. chef yang banyak beri tunjuk ajar. sangat sporting ting ting tinggggg hahaha saya sayang chef chef sekalian. you are the bestttt!

meh aku kenalkan kan satu satu ye. itu baby johnjonnyjonnet saya yang comel. nizam sengal. aziz muizzuddin yang jelitawan (jelita ke? puihhh hahaha). yang perempuan tu, lina malena anak jawa senget. semua single lagi, kalau berminat boleh PM saya hahahahaha apesal, nak marah apa aku tulis ni? eh suka hati la. ni blog aku suka hati aku la nak tulis apa pun. welkkk :p 

boleh gelar geng nakal dan paling popular dekat ALM. hewhewhew

dorang ni unik, suka buat sesuatu yang kelakar. tapi kadang kadang suka buli mangsa baru hahaha suka buat aku tertawa berdekah dekah kah kah kah dengan lawak tak berapa nak lawak tapi akhirnya aku gelak juga la sebab lawak la jugak sebenarnya hahaha. kalau lepak dengan dorang ni, ada je benda nakal yang dorang nak buat. sangat kretif dan inovatif otak mereka hahaha lepastu tak sah kalau tak bahan orang. kalau dah bahan bukan sikit sikit, kaw kaw hauliaw dorang bagi. wahhh sajakkkk muka korang ye. hehehe

ni pulak triple B. 
yang tengah tu abaikan ok, tak termasuk dalam senarai. harap maklum.
apa tu triple B? stand for what? ada la, mana boleh kongsi. sibuk je nak tahu. hanya exclusive triple B saja yang tahu kan. kihkih. sesungguhnya rindu nak lepak bersama acah acah amik angin tepi lautan pantai padahal river cruise je hahaha, rindu nak makan sama sama satu meja lepastu gelak gelak besar throwback kisah kelakar. lepas dah puas gelak, ceramahkan kau pulak aziz sampai telinga kau panas keluar asap haha rindu nak buat semua tu.
taraaaaa~ nasi goreng kampung ALM dato chef muiz.
aku siap snap gambar lagi tau setiap kali kau masakkan untuk aku kontrak nasi goreng kampung taknak pedas plus telur mata hihihi. haii rindunyaaaaa nak makan air tangan kau lagi. terima kasih sebab masakkan aku, bagi aku makan sebab takut aku kena gastrik. haa bila baca ni takpayah nak emosi sangat tau, tak payah nak pegang pegang tisu bagai la, propa semua tu hahaha. terima kasih jasamu dikenang okeh bebeh. hihi 
lovely sister.
kakak yang baik. kakak yang selalu dengar zati membebel. saya rindu kakak kakak comel saya ni. rindu nak duduk gosip gosip isu semasa hahaha, cari jodoh terkini haha, menggunakan kesempatan yang ada buat 'projek nyum nyumm hanya untuk bergambar semata' bila sama shift hihi, gelak gelak, nyanyi nyanyi, lepastu jerit kakakkk mai, kakakkk fiza kuat kuat versi suara zombie. hihihi. lepastu part paling best kalau ajak makan sama sama ohh indahnyaaa. berhuhu sebab kalau makan sorang sorang nanti gemuk sorang sorang so makan la sama sama boleh gemuk bersama kihkihkih. sharing is caring kan? :D 

dua orang mat langau. pehhhh, macho kan nama tu? hahahaha
aku peratiiii je mamat belah kiri hujung sekali tu yang acah acah ronaldo pakai baju putih tu. aku peratiii je dia. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni. tak padan dengan kecik, tapi akal dia haiii kemain panjang. suka menyakitkan hati aku. letak botol air aku kat rak paling atas la, sembunyikan buah buahan yang aku dah amik dari chiller la, tutup lampu chiller la, curi pisau aku la, lepastu bebel je cakap aku marah marah emosi. mana aku tak emosi kau selalu buat aku panas hati. haihh rasa macam nak cekik cekik je kau ni tahu. hahaha tapi dalam semua tu, kau ada jugak la buat baik pada aku kannn. tolong tolong aku kat pastry, close buffet. terima kasih ya. ermmm, aku rindu nak dengar kau buat suara zombie panggil nama aku lepastu sama sama gelak hihi. rindu warga zombie zombie sekalian semua.
ini pyan. anak kesayangan papa chinese. hehe
dia ni raja kepala segala hasutan untuk aku makan dan terus makan. hahaha
ohh dia ni kalau hasut aku makan halusss je caranya dan selalu aku termakan jerat dia. jahat kan pyan? saja nak bagi zati gemuk kan? memang saja kan? ishhh. nasib baik pyan masak semuanya sedap sedap belaka. terima kasih daun keladi nanti masak lagi :) 


terima kasih sebab bagi aku cipta kenangan terindah kat sini. sehingga kita semua berjumpa lagi. 
big happy kitchen familyAvillion Legacy Melaka

2 comments:

  1. Budak baju putih tu comel lha . Mintak nombor boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii, masuk bakul angkat sendiri pulak. jangan nak perasan la puji puji diri sendiri capikkkk. ingat aku tak tahu kau siapa? hahahaha :P

      Delete