Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

The End of 365

Assalamualaikum.

hai awak awak, ye awak semua la.

harini last day untuk tahun 2014. harini jugak hari yang ke 365 untuk tahun 2014. rasa awesome tak bila korang tahu harini hari yang keberapa dalam satu tahun? haaa, memang confirm la tahu sebab today is the last day of 2014 so tak payah nak susah susah kira hahaha ok tak lawak. 

tahun 2014 ni macam macam perkara yang berlakukan? macam saat yang best, saat yang tak best, saat yang paling sedih, saat yang paling taknak ingat, saat yang mencabar, saat yang paling gembira, bermakna dan tak boleh dilupakan dan saat yang macam macam la berlaku dalam hidup kalian semua. sama juga dengan aku. 

tahun 2014 ni juga kita diuji dengan pelbagai dugaan. tapi alhamdulilah semuanya kita dah berjaya tempuh satu satu. now kita tahu yang kita mampu tempuh semua tu kan even time tu kita rasa susahnya hidup ni dan kuat ke kita time tu kan? 

ni la hasilnya, sampai juga kita di penghujung tahun 2014. Alhamdulilah sekali lagi.

esok dah masuk tahun baru, 2015. kejap je rasa. rasa macam baru bulan lepas je aku update entry pasal nak masuk tahun 2014. time is going so fassssttttt. so every single thing that ever happen in 2014 will be such a great memories to remember. am i right? :) 

korang.... tahun baru 2015 ni nanti, sama sama kita jadikan lebih baik dari tahun 2014 okeh. moga semuanya di permudahkan oleh-Nya. haa, azam tahun baru korang dah list kan ke belum? hihi. moga apa yang korang listkan tu menjadi kenyataan. Amin. jangan list je pandai, tapi tak buat! *pesan kat diri aku sendiri sebenarnya* hehehe 

maka, ni merupakan entry terakhir aku pada tahun 2014 ni. selamat malam semua. sekian. okbai.

Kenapa perlu pakai Niqab?

Apa itu purdah? Apa itu Niqab?
ok, aku explain eh. bagi sesiapa yang tak tahu, niqab tu bermaksud purdah. kalau still tak tahu purdah tu apa, takpe. aku explain juga. purdah tu bermaksud secebis kain yang menutup muka kaum wanita melainkan biji mata sahaja. kalau masih ada yang tak faham juga, aku boleh tunjukkan contoh. jangan risau.

haa, macam gambar ni. sekarang faham tak? :)

Kenapa perlu pakai niqab?

ikhlas? fesyen? trend?
aku pun tak boleh nak jawab kenapa seseorang tu memakai niqab. for those yang memang betul-betul ikhlas memakai niqab kerana Allah s.w.t tu syukur alhamdulilah. moga istiqamah.

tapi bagi yang memakai niqab hanya kerana fesyen semata, atau terikut ikutkan trend semasa yang kejap pakai kejap tanggal tu, bawa-bawa la insaf. 

kalau nak pakai, pakai la betul-betul. bukan pakai sekadar nak menunjuk. or pakai sebab tengok orang ramai pakai. nak ikutkan trend semasa la katakan. 

bukan sebab apa, sebab kesian pada wanita-wanita yang betul-betul pakai niqab ni, bila ada orang yang pakai main-main ni ibarat macam busukkan nama pemakai niqab yang lain. mereka diperli, disindir  dan sebagainya. kesian sangat. 

kepada kaum hawa kat luar sana yang memakai niqab, bersabarlah dalam melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w, kerana Nabi telah bersabda :
  "Barang siapa berpegang teguh dengan Sunnahku, ketika rosak umatku, maka ia akan mendapat pahala seratus orang mati syahid."

p/s : aku belum lagi memakai niqab, just nak berkongsi ilmu dan teguran sesama ummah. maaf jika ada salah silap dan tutur kata :)

" Ya Allah, saksikanlah bahawa hamba-Mu ini telah cuba memperbetulkan dan menegur masalah yang berlaku dalam ummah. Semoga hal ini dapat menjadi jawapan kepada-Mu saat Kau bertanyakan apakah yang telah kulakukan untuk menyelamatkan akidah umat akhir zaman ini. Amin. "

Bencana Alam | Banjir 2014


Dia datang. ye, dia datang lagi. siapa datang? banjir datang lagi. kali ni dia datang bukan biasa-biasa. bukan sikit-sikit. sekali dia datang, habis tenggelam semuanya. banjir kali ni nampak lagi parah dari yang sebelumnya. 

Ya Allah, sejujurnya takut tengok kawasan tempat tinggal, masjid, bangunan dan rumah-rumah yang tenggelam. sampai nampak bumbung je. cuba bayangkan betapa tingginya air tu? Subahanallah.

dengar pulak berita tentang bayi hanyut, tak cukup bekalan makanan, bekalan keperluan tak sampai, Ya Allah. sedih sangat. sayu je hati ni. macam mana la kalau kita di tempat mereka? nak bayangkan pun takut. hmm...

Ya Allah. berikan lah mereka kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi bencana alam kali ini. semoga semuanya dipermudahkan. sesungguhnya segala yang terjadi ni ada hikhmahnya. Amin.


seandainya kita tidak mampu menghulurkan bantuan di sana atau memberi bantuan dari segi bekalan makanan, minuman, pakaian,  maka marilah bersama-sama kita tadah tangan berdoalah kepada-Nya. doa sebanyak mungkin sebab doakan senjata orang islam :)
#PrayforPantaiTimur

Babysitter



kata-kata hikmat tuan tanah,
" Tatkala minda berputar ligat , tatkala hati berbisik , lantas jari-jemari menari-nari memetik lantunan huruf , membentuk berbaris ayat , kata serta emosi. Tatkala imej menarik hati , dipersembahkan dengan seikhlasnya."


Fuhhh, cuti panjang babe.
apa nak buat?
jangan tanya apa nak buat.
sebab aku dah tahu apa yang aku nak buat cuti kali ni. hahaha
siap full booked sampai end of this year okay.
haa, hebat tak hebat?

apa yang aku buat?
jeng jeng jeng... hahaha
takpayah nak jeng jeng jeng sangat lah kan.
sebab title post pun dah jelas lagi nyata terang terangan aku buat apa sepanjang cuti ni. hihi.
yes, i am babysitter!

this is my handsome boy and my sweetie little girl.
maka cuti aku kali ni dipenuhi dengan gelak tawa melayan kerenah mereka.

and aku rasa tak terlambat lagi nak wish welcome to this lovely little baby girl to our big family.
so itu bermakna tambah lagi sorang aku kena jaga.
its okay. no biggie. cause i already love them so much.
my niece and nephew.

Kolej Kediaman PMM


Kolej Kediaman PMM.
bagi freshie yang baru baru menetap kat kolej kediaman, mesti sumpah seranah.
selalu rocall la, rules ketat sangat la, macam duduk asrama sekolah la, 
itu tak boleh, ini tak boleh, itu tak kena ini tak kena, macam macam la. 

mana aku tahu semua ni?
ek eleh aku pun penah buat perkara yang sama juga masa aku mula mula masuk dulu. 
sebab tu aku tahu. hahaha :D
biasa la tu, nama pun duduk Kolej Kediaman. 
bukan duduk rumah. selesa sentiasa.

tapi tu semua DULU punya cerita.
3 tahun lepas punya cerita.
sekarang aku nak cakap. 
kolej kediaman PMM is the best place i ever live sepanjang 3 tahun kat sana,
serious talk weh. 
aku rindu nak duduk dekat meja belajar aku yang ceria riang ria penuh dengan color pink sana pink sini tu.
kat sini lah tempat aku perah otak struggle study & buat assignment yang bertimbun timbun, kat sini juga la aku tertidur sebab penat sangat study, kat sini juga aku duduk acah acah nak study padahal berangan entah kemana sebab takde mood nak study. peduli la org nak cakap apa, meja aku bukan meja kau. hahaha.

even tak seindah rupa, tapi selasa.
sejujurnya aku rindu nak baring golek golek sampai jatuh tergolek sambil nyotnyet- nyotnyet tanpa henti dengan my beloved one roommate, Jenab (bukan nama sebenar). jenab selalu nyanyi lagu yang sama berulang ulang kali untuk aku sampai aku boleh hafal lirik lagu tu dan nyanyi bersama jenab hahaha hebat tak? walaupun suara jenab tak berapa nak sedap, aku tetap tadah telinga dengar tanpa jemu. haaa, terharu tak? saranghae. hihihi

ok, ni la jenab yang aku gembar gembur kan tu.
cantik molek comel kan?
dia la sahabat susah dan senang aku. dia yang paling faham aku.
sebab tu aku sayang dia. sayang sangat 
i syukur sangat dapat jadi sahabat you, Jenab.
terima kasih Allah sebab bagi aku peluang kenal dan bersahabat dengan dia.
she's the best i ever had and i love our friendship till jannah. Amin.

Jenab, masih ingat semua gambar ni lagi?
ni koleksi gambar kasih sayang kita hahaha takdela, just kidding.
ni semua memori suka, duka, terbaik aku dengan jenab penah lalui bersama. 
best sangat kan? rinduuuuuu semua saat tu. 

with jiran tetangga yang merangkap junior yang best.
bila sekali pandang, nampak semua macam sama umur je kan?
(ceitt, perasan muda) hahahaha 

capture the moments with all Kolej Kediaman V2 members.
thanks for this lovely photoshoot.
akhir kata, selamat tinggal kolej kediaman. selamat tinggal kehidupan kolej kediaman.
i gonna miss every single thing and love to visit here again and again.

Malam Pra Graduan (MPG)

Memang adat kalau student life mesti akan ada satu event untuk celebrate student yang dah nak graduate. Ok, kali ni aku nak cerita pasal aku punya Malam Pra Graduan (MPG). Omg omg omg, so excited! hahaha kecoh betul aku ni kan? okay okay cukup, MPG JPH kali ni bertempat dekat sebuah hotel yang sangat gah terletak di bumi Melaka, Avillion Legacy Melaka.

jom, aku beanja sikit gambar gambar masa dinner MPG JPH PMM kali ni.

haa, tengok ballroom dia yang indah cantik meletops tu tambah pulak dengan makanan bermacam rupa enak lagi lazat terhidang untuk we'ouls ni. alhamdulilah kenyang cacing cacing dalam perut ni sebab menjamu selera sampai buncit malam tu. dah bayar mahal mahal kan? so apa lagi, makan la puas puas. hehehe
haa, ni pulak aksi aksi gadis gadis bechok ni lepas habis majlis. asyik bergambar sakan. yela, semua dah tempah baju special, beli baju baru mahal mahal semata untuk pegi dinner MPG ni kan. so lenjan la bergambar sampai habis batery phone korang tu. hihi
abadikan gambar di setiap detik.

ni pulak my best girls yang always kecoh all the time. 
disebabkan korang pakai lawa lawa macam puteri kayangan (jangan nak perasan sangat ok haha) so aku bagi la nama glamour sikit kat korang.
here is my sweetie pie Jenny . Kiah . Temmy.
i love you girls. 

yang ramai ramai ni semua classmate aku. 
in DHK6B we trust!
yang tengah tengah berdiri tu sebenarnya ada lecturer merangkap PA we'ouls sepanjang 3tahun ni. tapi bila dah ramai ramai kerumun dia ni so dia pun dah tenggelam. terima kasih mama sebab jaga we'ouls semua anak mama yg nakal ni sepanjang dekat PMM tu.
btw, you are the best mama ros! hehehe
not to forget my beloved team OKROCA CEO.
nak jugak ada gambar sama sama, haa amikkkk. hahaha
seriously, aku akan rindu dengan semua kerenah korang.
i love you guys.