Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Live Paper paper paper

Tara tara tara taraaaaaa. heee. Whoooaaa~~
sungguh teruja bila lecturer announce yang gambar aku masuk paper. hihihi
actually gambar ni dicapture masa program slaughtering dekat campus aku haritu.
banyak lagi gambar yang masuk paper. yang terpapang jelas muka aku.
tapi sengaaaaaaaann la nak tunjuk. hahahahaa, mengada kan aku ni? biarlah. kesahhh. 
so, yang ni jela yang mampu dipersembahkan, cuba cari mana satu aku? kihkihkih. :D

Slaughtering

Dup dap dup dap dup dap.
malam tadi aku tidur tak lena. sebab apa?
sebab . . .  . Hari yang mendebarkan sudah tiba!
hari apa???

Hari ini hari isnin.
tepat jam 8 pagi aku dah dok tercogok dekat depan pintu dewan kuliah jabatan aku.
nak mendaftarkan diri walaupun hati tidak rela. sangat tidak merelakannya.
tapi apakan daya. terpaksa juga melangkahkan kaki dan meringankan tangan mendaftarkan diri untuk program yang WAJIB bagi aku tempuh bagi lulus subjek ini.
Ya Allah, menggigil tangan ni. loya tekak di buatnya. pagi tadi nak sarapan pun tak berselera. macam-macam yang bermain di minda. sakit perut. kecut perut. sampai nak terkeluar isi perut pun ada. takut takut takut!

< - - - - - -
tu muka aku yang poyosss acah acah berani je tu. konon senyum senyum tangkap gambar. macam happy suka-suki padahal dalam hati macam nak terkeluar jantung takut sangat. haha. harini aku ada Praktikal Test untuk slaughtering (sembelihan)-individu okay. first time melakukan selama dah beberapa belasan tahun hidup di muka bumi Allah ni. dengan niat kerana Allah, alhamdulilah aku lulus. full mark okayy. hihi :)

Baking and Pastry day-to-day

Once again kitchen day-to-day.
Semester ni semester yang sangat sibuk. sangat penat dan sangatlah memenatkan.
biasalah hidup dalam hotelian industry lah katakan. so kenalah biasakan, am i right?
walaupun kaki kejang, badan penat, sakit sana sini,
dalam kitchen haruslah meng-capture setiap saat dan detik okayyy. hihi 
ni antara menu kami sepanjang we all have learn about baking and pastry. actually banyak lagi, tapi ni jela yang sempat di-capture-kan oleh camera tangan yang aku yang tidak seberapa nak canggih ni. btw, wish me luck and please pray for me on my Final Cooking coming soon. i am so afraid. 
thankyou. :)

Bawang Merah tu Siapa?

Harini nak cerita pasal Merah.
ye, Merah.
Merah ohh merah.
merah merah melati ali baba. ewahh.
Siapa tu?
alaa, bawang merah la.
Siapa?
aisyhh, tanya lagi. merah la. bawang merah tu. anak si mak kundur.

Dia. . . dia Merah. kenapa Merah?
jangan lah tanya aku, tanya lah mak kundur kenapa nama dia Merah.
sebab dia anak mak kundur. mak kundur yang bagi nama tu.
betul tak mak kundur?
hihi

Merah ni adik beradik tiri dengan Putih, anak kepada Mak Kundur.
Mereka ada sorang lagi adik beradik tak-berapa-nak-tiri, namanya Bawang Goreng yang hampir hangus.
kenal Bawang Goreng tu? rugilah kalau tak kenal. comel tuuu :)
ramai yang salah sangka tentang Merah dan Putih.
kenapa ye?
sebab Merah dengan Putih memang nampak tak berapa rapat ek di mata masyarakat?
yela, merah kan memegang watak jahat, putih yang pegang watak baik. haha
betul tak merah? haa, jangan marah, jangan marah, tidur luar malam ni kang. kihkihkih :D

tak apa lah merah, orang pernah cakap dekat kita "roommate dengan roommate sama je!" biarlah mereka kan. even merah suka dera putih dengan buka kipas laju-laju sampai putih beku kesejukkan pun, putih tak ambil hati.  even merah menyanyi melalak kuat-kuat lagu-favourite-tas&ED pun putih tak kisah, tergelak guling-guling sampai jatuh katil pun putih tak kisah, putih sudi menemani merah setiap masa. amacam, terharu tak? haha. lagipun sebab kita kan satu RUMAH. kan kan? kalau kita gaduh nanti Mak Kundur marah kita, dia halau kita dari rumah, kita nak tidur mana nanti? mak kundur tu dah la garang. takuttt ooiiii ! hihi

Kisah Masa Lampau


Rasanya aku dah tak mahu kenang kembali apa yang telah terjadi.
tapi apakan daya, kita sama-sama manusia.
tetapi akan terkenang Kisah itu.
kisah hitam.


mungkin aku je yang terasa dengan kata-kata kau yang terpapar indah di laman peribadi untuk kau luahkan isi hati kecil mu itu.
tapi ianya jelas merunding jari ke arah aku.
mungkin juga ianya hanya perasaan aku sahaja.
hanya satu yang perlu kau tahu,
memaafkan itu mudah tapi untuk melupakan apa yang telah terjadi di antara kita itu perit dan makan masa yang agak lama.
"kawan sampai mati kan?"
aku cuba, bukan aku tidak cuba.
tidak perlulah berbahas di laman peribadi masing-masing. direct terus kan lebih senang.
be professional okay? kau dan aku dah buka buku baru kan? :)