Bermulanya cerita tepat jam menunjukkan waktu 12 tengah malam 27 Mac 2012, ketika aku sedang kusyuk membuat revision study untuk menghadapi test pada keesokkan harinya, dan tiba-tiba . . . jengjengjengg . . . . . .
mereka datang menterjah bilik aku membawa kejutan sambil membawa sebiji cake chocolate with black forest didalamnya yang ada strawberry and cherry comel diatasnya telah siap lilin berwarna pink dinyalakan api disetakan juga nyanyian lagu SELAMAT HARI LAHIR beramai-ramai. ohmyGod, aku betul-betul tidak menyangkakan itu semua akan terjadi. aku sangat lah terharu saat dan ketika itu hinggakan air mata ini gugur ke bumi.
lepas dah habis nyanyi-nyanyi, lepas dah habis sesi peluk-peluk cium pipi wishes birthday kitaorang pun makan-makan ramai-ramai kek yang telah tersedia ada depan mata itu. makan punya makan dalam sejam dua, mereka pun mahu mengundurkan diri kerana hari pun dah lewat malam sangat kan lagi pun esok masing-masing ada test. dalam nak mengundur diri itu masih sempat lagi mereka 'mendajal' aku. ammmboooiii, suka ye korang kasi tepek krim kek kawkaw dekat muka aku sambil masuk-masuk dalam mata aku tahu. habis keras rambut aku kena krim tu tahu. teruk korang kerjakan aku ye? takpe takpe, korang tunggu birthday korang pula nanti yee. :D heee.
keesokkan harinya aku bersama rakan-rakan taulan ke class seperti biasa dengan semangat yang tinggi penuh ilmu di dada siap sedia untuk menjawab test. #cehh, poyo je ayat haha. okay sekarang ini cerita dalam class pula. tiba je di class meja pun dah siap sedia tersusun untuk kami semua menduduki test. wahh, dupdapdupdap hati saya ini. 10minit lepas menunggu, lecturer pun melangkah masuk sambil memegang kertas soalan berwarna putih ditangan dan terus di berikan kepada setiap barisan. tiba-tiba sampai turn aku punya barisan je tak cukup pula kertas soalannya. aikk, pelik. biasanya lecturer akan bawa cukup-cukup jumlah kertas soalan untuk setiap class kan. ni tiba-tiba time birthday aku pula tak cukup. saja je tau. lecturer aku pun keluar mengambil kertas untuk aku. dan dia datang semula sambil membawa pink paperrrr dan diberikan kepada aku. TERKEJUT gila aku! memang special betul hari aku harini. yela, birthday girl la katakan. ni la susah bila jadi princess ni. HAHAHA :D lain dari yang lain la kertas soalan aku untuk test hari kejadian, orang lain semua warna putih, aku sorang je yang warna pink. hihi bukan senang nak dapat, jangan jealousssss =p
aku pun teruskan menjawab soalan-soalan yang tertera di atas kertas soalan yang special itu. lepas je habis tu, aku bersama rakan taulan ini bergerak menuju ke cafe untuk mengisi perut yang sudah kelaparan berbunyi-bunyi ini. tengah syok-syok makan tu, aku dapat satu panggilan telephone dari salah seorang lecturer yang mengajar aku, dengan riangnya dia beritahu aku yang aku MENDAPAT TEMPAT PERTAMA dalam BLOG COMPETITION INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE. Ya Tuhan, ini satu lagi kejutan yang tidak di sangka-sangka untuk hari istimewa aku ni. aku menang? betul ke aku menang? macam tak percaya je. seriously aku tak sangka blog aku terpilih menang tempat pertama. inilah rezeki birthday girl yang ke 19 tahun ni agaknya kan kan. alhamdulilah, berkat usaha aku membuahkan hasil.
win the 1st Place
ini partner aku dalam Blog Competiton tu. thanks to her soo much kerana banyak membantu tanpa jemu. hasil usaha kita berdua membuahkan hasil kan sayang kan? itulah orang selalu kata, usaha tangga kejayaan :) see, sudah terbukti.
Johan keseluruhan bagi program YOUR SMART BRAIN IS JUST RIGHT INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer adalah Politeknik Merlimau, Melaka aku yang tercinta ini dan tempat kedua diraih oleh Politeknik Banting, Selangor dan tempat ketiga adalah Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
inilah mereka yang sepanjang hari ada untuk menemani aku dan tika membuat demo blog yang menjadi JOHAN di JMSK dan ke dewan untuk sesi perasmian penutup dan menyampaian hadiah kepada para pemenang, di Dewan Titanium. terima kasih korang atas support itu :) habis je majlis itu masing-masing kembali ke bilik. dan dan dan pada malam itu juga, ada satu lagi kejutan besar untuk aku. dapat cake lagi! Ya Tuhan sekali lagi aku sangat-sangat la terharu + terkejut hingga bergugur juga air mata ini buat kali kedua pada dalam satu hari pelbagai kejutan yang cukup memberi makna dan terpahatnya memori terindah buat aku.
chocolate cake icecream. seriously sedap amat amat sangat!
inilah mereka antara orang-orang penting yang menjadi "dalang" dalam merancang semua kejutan untuk birthday aku kali ni. bak kata omputih, SUPRISE! and yes, memang jadi suprise korang tu and aku pun sangat suprise. terima kasih korang. aku sangat menghargainya. aku tak tahu macam mana nak ungkapkan apa yang aku rasa sepanjang satu hari birthday aku ni. betul-betul dilayan macam princess. hihihi sukkaaaa sangat! terima kasih.
wani.kakpah.nadia.dyan.ain.kimi.samir.suria.tika.shah.arip
TERIMA KASIH untuk segalanya.
dengan hadirnya kalian semua dalam hidup seorang insan yang bernama Nur Izzati Abdul Wahab ini, menambahkan lagi warna-warni serta seri dan corak kehidupannya. terima kasih sekali lagi. satu hari my birthday full with suprise dan aku tak akan pernah lupa segala memori terindah ini. izzati sayang korang amat sangat. semoga persahabatan kita yang semua yang dah terjalin ni akan tetap kekal hingga ke akhir hayat. amin.♥
HAAPPYYY BDAYYYY !! Full with surpriseee :)) best gilaa ! huhuhu
ReplyDelete