Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Sweet 19teen Birthday Suprise ♥

Bermulanya cerita tepat jam menunjukkan waktu 12 tengah  malam 27 Mac 2012, ketika aku sedang kusyuk membuat revision study untuk menghadapi test pada keesokkan harinya, dan tiba-tiba . . .  jengjengjengg . . . . . .
mereka datang menterjah bilik aku membawa kejutan sambil membawa sebiji cake chocolate with black forest didalamnya yang ada strawberry and cherry comel diatasnya telah siap lilin berwarna pink dinyalakan api disetakan juga nyanyian lagu SELAMAT HARI LAHIR beramai-ramai. ohmyGod, aku betul-betul tidak menyangkakan itu semua akan terjadi. aku sangat lah terharu saat dan ketika itu hinggakan air mata ini gugur ke bumi.
lepas dah habis nyanyi-nyanyi, lepas dah habis sesi peluk-peluk cium pipi wishes birthday kitaorang pun makan-makan ramai-ramai kek yang telah tersedia ada depan mata itu. makan punya makan dalam sejam dua, mereka pun mahu mengundurkan diri kerana hari pun dah lewat malam sangat kan lagi pun esok masing-masing ada test. dalam nak mengundur diri itu masih sempat lagi mereka 'mendajal' aku. ammmboooiii, suka ye korang kasi tepek krim kek kawkaw dekat muka aku sambil masuk-masuk dalam mata aku tahu. habis keras rambut aku kena krim tu tahu. teruk korang kerjakan aku ye? takpe takpe, korang tunggu birthday korang pula nanti yee. :D heee.

keesokkan harinya aku bersama rakan-rakan taulan ke class seperti biasa dengan semangat yang tinggi penuh ilmu di dada siap sedia untuk menjawab test. #cehh, poyo je ayat haha. okay sekarang ini cerita dalam class pula. tiba je di class meja pun dah siap sedia tersusun untuk kami semua menduduki test. wahh, dupdapdupdap hati saya ini. 10minit lepas menunggu, lecturer pun melangkah masuk sambil memegang kertas soalan berwarna putih ditangan dan terus di berikan kepada setiap barisan. tiba-tiba sampai turn aku punya barisan je tak cukup pula kertas soalannya. aikk, pelik. biasanya lecturer akan bawa cukup-cukup jumlah kertas soalan untuk setiap class kan. ni tiba-tiba time birthday aku pula tak cukup. saja je tau. lecturer aku pun keluar mengambil kertas untuk aku. dan dia datang semula sambil membawa pink paperrrr dan diberikan kepada aku. TERKEJUT gila aku! memang special betul hari aku harini. yela, birthday girl la katakan. ni la susah bila jadi princess ni. HAHAHA :D lain dari yang lain la kertas soalan aku untuk test hari kejadian, orang lain semua warna putih, aku sorang je yang warna pink. hihi bukan senang nak dapat, jangan jealousssss =p
aku pun teruskan menjawab soalan-soalan yang tertera di atas kertas soalan yang special itu. lepas je habis tu, aku bersama rakan taulan ini bergerak menuju ke cafe untuk mengisi perut yang sudah kelaparan berbunyi-bunyi ini. tengah syok-syok makan tu, aku dapat satu panggilan telephone dari salah seorang lecturer yang mengajar aku, dengan riangnya dia beritahu aku yang aku MENDAPAT TEMPAT PERTAMA dalam BLOG COMPETITION INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE. Ya Tuhan, ini satu lagi kejutan yang tidak di sangka-sangka untuk hari istimewa aku ni. aku menang? betul ke aku menang? macam tak percaya je. seriously aku tak sangka blog aku terpilih menang tempat pertama. inilah rezeki birthday girl yang ke 19 tahun ni agaknya kan kan. alhamdulilah, berkat usaha aku membuahkan hasil. 

win the 1st Place


ini partner aku dalam Blog Competiton tu. thanks to her soo much kerana banyak membantu tanpa jemu. hasil usaha kita berdua membuahkan hasil kan sayang kan? itulah orang selalu kata, usaha tangga kejayaan :) see, sudah terbukti.
Johan keseluruhan bagi program YOUR SMART BRAIN IS JUST RIGHT INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer adalah Politeknik Merlimau, Melaka aku yang tercinta ini dan tempat kedua diraih oleh Politeknik Banting, Selangor dan tempat ketiga adalah Politeknik Kota Bharu, Kelantan. 
inilah mereka yang sepanjang hari ada untuk menemani aku dan tika membuat demo blog yang menjadi JOHAN di JMSK dan ke dewan untuk sesi perasmian penutup dan menyampaian hadiah kepada para pemenang, di Dewan Titanium. terima kasih korang atas support itu :) habis je majlis itu masing-masing kembali ke bilik. dan dan dan pada malam itu juga, ada satu lagi kejutan besar untuk aku. dapat cake lagi! Ya Tuhan sekali lagi aku sangat-sangat la terharu + terkejut hingga bergugur juga air mata ini buat kali kedua pada dalam satu hari pelbagai kejutan yang cukup memberi makna dan terpahatnya memori terindah buat aku.
chocolate cake icecream. seriously sedap amat amat sangat!

inilah mereka antara orang-orang penting yang menjadi "dalang" dalam merancang semua kejutan untuk birthday aku kali ni. bak kata omputih, SUPRISE! and yes, memang jadi suprise korang tu and aku pun sangat suprise. terima kasih korang. aku sangat menghargainya. aku tak tahu macam mana nak ungkapkan apa yang aku rasa sepanjang satu hari birthday aku ni. betul-betul dilayan macam princess. hihihi sukkaaaa sangat! terima kasih. 
wani.kakpah.nadia.dyan.ain.kimi.samir.suria.tika.shah.arip
TERIMA KASIH untuk segalanya.
dengan hadirnya kalian semua dalam hidup seorang insan yang bernama Nur Izzati Abdul Wahab ini, menambahkan lagi warna-warni serta seri dan corak kehidupannya. terima kasih sekali lagi. satu hari my birthday full with suprise dan aku tak akan pernah lupa segala memori terindah ini. izzati sayang korang amat sangat. semoga persahabatan kita yang semua yang dah terjalin ni akan tetap kekal hingga ke akhir hayat. amin.

Sakit Berjangkit-jangkit

pernah berangan-angan hubungan yang ada sekarang ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat? ye, memang betul kalau boleh kita nak orang yang kita sayang sekarang ini, hari ini, saat ini, tika ini, jam ini, waktu ini, menjadi teman sehidup semati kita sampai bila-bila. tapi ada sesuatu yang kita semua perlu ingat,
bila "dalaman" sakit, sudah semestinya "luaran" turut terasa sakitnya.
sakit sangat rasanya tahu. tidak terperi dan tidak boleh dinilai jumlahnya sakit itu.
even dah cuba apa yang terbaik berserta doa dan tawakal diikuti redha, tapi. . . . .
tapi tidak semua angan-angan kita akan berakhir dengan happy ending macam gambar dekat bawah ni ,
Betul tak?
Mereka nampak sweet kan? Tangkap gambar dekat atas pelamin then sambil tidur pun masih berpengangan tangan lagi. alalalalaa, romantiknya!
Bak kata pujangga ,
“yang dah putus tidak akan bersambung tapi yang dah terjalin tidak akan pernah terlerai”
*credit to my lovely : si comel Ainnur Batrisyah dan si kacak Danish Iskandar.


Ketenangan, keharmonian, keceriaann, aman damai, bagai belon-belon yang bebas bertebangan bergerak ke sana ke sini di tiup angin di ruang udara tanpa ada sebarang tali yang mengikatnya atau membataskan pergerakannya di atas sana. bayang kan, kalau lah boleh terbang bersama belon-belon yang berwarna-warni warnanya ini, alangkah indahnya dan sangatlah bertuah jika dapat menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan, bersama-sama merasai nikmatnya. tapi itu semua tak akan pernah terjadi kan? tidak mengapa, ber-imiginasi tu penting untuk perkembangan sel-sel otak. hee


semenjak dua tiga menjak ni semuanya tak sihat belaka. macam berjangkit-jangkit je sakit ni. lepas sorang, sorang lagi dan sorang lagi jatuh sakit. yela, mana tak nya, sorang sakit habis semua sekali jatuh sakit. bersama-sama merasai kesakitan bersama-sama. alololo, sweet tak? sweet tak? hee. ini baru betul-betul kawkaw hauliow bersatu hati susah senang bersama , sahabat sejati kan :)  sekarang ni semua antara kita baru lepas kembali pulih dari demam dan semua hidung tersumbat serta bersuara sengauuuuu akibat kena selsema kan kan. amacam? ada best? hahaha
semoga kita semua akan kembali pulih dan sihat sejahtera seperti sedia kala untuk menjalani kehidupan harian dan meneruskan perjalanan yang masih ada ni dengan sihat walafiat. lagipun final paperrrrr kita semua dah nak dekat kan? so hope tak ada yang akan sakit lagi, tak ada yang tak sihat lagi lepas ni. amin.

Demam + Kejutan = Terharu ♥

Masuk harini dah 3 hari.
3 hari apa?
3 hari aku demam.
panas badan aku. sangat tak larat. pening denyut-denyut. macam nak tumbang.
sakit tekak yang amat sangat. sakitku datang kembali. ahh, tidaaakkk!
haha bajet macam dalam drama pula nak buat scene jerit-jerit macam tu :D

pegi klinic doctor pula kedekut MC,
hampeh betul. penat aku buat muka simpati, ingatkan dapat la lama sikit MC. 
dia bagi aku MC satu hari je 
baru berangan-angan hajat nak pulang ke rumahku syurgaku.
satu hari dapat MC tu aku terlantar dalam bilik je, tidur tidur dan tidur.

lepas je makan ubat yang doctor bagi sambil menampal koyok kepala yang shah belikan untuk aku ni,
aku pun ambil selimut selubung dan terus tertidur.
tengah aku sedap-sedap tidur mimpi tah mimpi apa pun aku dah tak ingat,
tiba-tiba kedengaran satu dua suara kejutkan aku dari tidur.
sayup-sayup je suaranya. merdu.
lembut je. betul-betul ada ciri-ciri wanita solehah. :)
aku pun berusaha untuk membuka mata.
bila buka je mata, 
taaraaaaa ,
ehh?
BUBUR?
aku seakan kepelikan dan pelik seketika.
aku pelik mana datangnya bubur ni.
bubur ni asalnya dalam bekas warna putih , penutup warna biru cair.
siapakah yang memasaknya?

tuan empunya suara-suara yang mengejutkan aku dari tidur tadi senyum-senyum je.
ehh, aku tempeleng juga karang. haha
aku tanya punya tanya, pujuk punya pujuk barulah mereka nak bagitahu siapakah gerangan yang baik hati masakkan bubur ini dan berikan pada aku.
di saat mereka cerita itu, 
aku rasa macam nak nangis je dengar.
sangat-sangat terharu.
gentle tak tipu.
terharu gila bila ada kawan-kawan yang baik hati macam ni.
ni lah baru betul dikatakan KAWAN kan?
ini lah dua suara yang mengejutkan aku dari tidur itu.
my dear sweetie suria and tika,  
terima kasih yang tidak terhingga sebab bersusah-payah berusaha carikan bubur untuk aku yang tak berapa nak sihat ni. aku sangat-sangat lah menghargainya. terharu gilalalalala lah weh. lagi-lagi tika yang dah pandai berkomplot dengan "chef yang masak bubur" itu.
sayang kamu semua yang terlibat dalam cerita ini sangat-sangat hingga akhir hayat. 
cium sikit, muuaaahhh! 

----->  kepada chef yang masak bubur itu untuk saya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan. saya amat menghargainya. terharu. tak sangka awak pandai memasak ye? eh, lupa pula. dulu awak ambil ERT masa sekolah dulu kan kan? hehe sedap bubur yang awak masakkan itu. enak. lembut jeeeee. saya suka! terima kasih. :) nanti masak lagi ye? suka? seronok? heeee =p

Dataran Pahlawan kami Gegar

Dataran Pahlawan kami datang menggegar,
Datang membawa sang puteri dan pahlawan,
Kami datang bukan nak berlawan-lawan,
Kami datang untuk bersuka-ria bersama teman dan kawan-kawan :)
#amboi, siap berpantun-pantun pula haha
suka sangat gambar ni! penat shah lari ulang alik setting camera. hehe

mylovely babygegirls 

bertembung pula dengan paan and the geng kat DP ni. haa, apa lagi, snap the picture lah.


ini adalah pengalaman terindah keluar dengan pahlawan- pahlawan dan sang puteri sekalian.
memang happening sangat.
orang lain tengah sibuk ketawa terbahak-bahak ketawa tengok wayang,
ada pula yang tertidur-tidur dalam wayang tu
seronok sangat menghayati jalan cerita movie tu, tu yang sampai tertidur kot
lepastu bajet macam baby je makan ice cream McD meleleh-leleh cair
haha kelakar
naik kereta yang tak seberapa nak drift tapi mengDOG dekat traffic light saja
drivernya memang macam orang gila, bawak kereta pun laju gila
semua yang ada dalam kereta itu pun turut menjadi gila.
nanti kita semua keluar lagi eh? best :)

Malam itu Milik Kami


Pada hari kejadian ,
jeng. . . jeng. . . jeng. . .
#background music pun tiba-tiba kedengaran tanpa dipinta faham-faham je. 
hihi

Semuanya berlaku tanpa dirancang.
yela, orang selalu berkata, "kalau kita merancang sesuatu itu maka kebiasaannya tidak akan menjadi seperti bagaimana yang telah dirancang." 
anda setuju?
maka dengan itu tanpa dirancang-rancang ianya berlaku dengan sendiri tanpa dirancang oleh kami.
#ayat ala ala macam karam singh walia dalam tv
okay aku pun dan pening baca apatah lagi menaipnya haha :D

mula-mula menaiki kereta semua senyap macam ada papan tanda 'TOLONG SENYAP'
bajet semua macam dalam perpustakaan.
bila CD mula berputar, RADIO pun mula berbicara, dan SPEAKER pun mula berbunyi.
itulah pelengkap antara kami.

Vrooom. . . Vrooom. . .Vrooom. . . .
bila kereta mulai menggerakkan roda empatnya berpusing ligat
memang meternya naik turun naik turun dengan lajunya tanpa ada belas kasihan 
memecut laju sejauh 140km/j memang dasyat macam nak terbalik
nak buat gaya ala ala kereta drift tapi rasa macam naik roller coaster dekat genting
bila pusing kiri semua berhimpit macam ikan sardin ke kiri
bila pusing kanan semua berhimpit pula macam ikan sardin ke kanan
macam ikan sardin dalam tin yang mahu di import ke luar negara pun ada
dengan penuh gelak ketawa berdekah-dekah
kahkahkah
dengan muka selumbernya tanpa rasa bersalah, membuka tingkap dan berkata serentak "kau adaaa?"
kereta sebelah pun dan pandang-pandang.
jelasouslah tuu. 
kan kan kan?
hee. =)
yeahh, itu kami. 
memecahkan kesunyiaan malam yang indah dengan riuh-rendah kami.
caiyaaa la lu jai 
gurau-gurau okay?
heeee =p