Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Petua pantas dan mujarab hilangkan Jerawat

Wahhh izzati, rasa macam 'wowowowwww deabakkk (awesome dalam bahasa korea)' je tajuk entri kat atas tu. hahaha. ok, sebenarnya entri ni di ilhamkan oleh sekumpulan jerawat jerawat comel yang datang berhijrah tanpa izin dan beranak pinak dekat muka aku dengan bahagianya. haha 

ohh time ada jerwat tu, semua tegur aku kenapa muka penuh jerawat ni. selalu bersih licin je. huuuiii sangat la aku tak suka! benci benci benciiii. benci tahu? rasa macam nak siat siat je kulit ni. cepat la pergi wahai jerawat. syuhhhhh~~ pegi jauh jauh dan jangan pernah kembali lagi haaa gituuuu.  

oleh kerana aku rasa sakit mata sakit hari tengok jerawat tu, aku pun try macam macam cara nak hapuskan jerawat tu. alhamdulilah dengan izin Allah, aku jumpa satu petua tradisional dan berhasil. yayyy! syukur.

so aku dengan baik hatinya nak kongsi satu petua terbaikkkk untuk sesiapa yang nak hilangkan jerawat dengan pantas tanpa kos yang tinggi. barang barang pun senang gile nak cari dan nak buat. simple sangat.
mungkin akan terasa panas sedikit dekat muka, tapi hanya untuk sementara.
macam omputih selalu cakap, " beauty is pain "
selamat mencuba :)

Jangan la bersedih wahai Manusia

" La tahzan. Innallahha ma'ana "

selalu la baca sebagai penguat diri atau kalau setiap kali aura negatif datang menyerpa menyelubungi diri. In shaa Allah lepastu segala kesedihan akan hilang. Allah tu maha mendengari.

p/s : perkongisan sesama saudara sesama umat islam. saling ingat mengingati, buat gaji akhirat. In shaa Allah.

Big Happy Kitchen Family ALM

nametag kesayangan, izzati. 
saja nak throwback kenangan indah lagi sweet sweet manis macam gula gula kapas yang jual kat pasar malam tu. sedapnya gula gula kapas kan, lama tak makan. hihi. dulu kecik kecik zaman kanak kanak ribena kalau ikut mak abah pegi pasar malam mesti beli. lepastu dah sedap ngap sampai licin, tetiba nangis kat pintu bilik time malam malam sebab takut nak tidur, takut gigi rosak kena makan ulat gigi. hahahaha. tu time kecik je ok, sekarang izzati dah sadooo. hahaha

ok sudah cerita gula gula kapas masa silam tu. sekarang aku nak bebel panjang lebar pasal family kitchen aku yang tersayang ni. dah sedia? 1..2..3... jom start mengembara bersama kenangan saya hihihi. 

kitchen life ni macam satu family. ada papa, ada mama, ada sister, ada brother. semua ada. lengkap macam satu family. hehehe. terima kasih chef. chef yang banyak beri tunjuk ajar. sangat sporting ting ting tinggggg hahaha saya sayang chef chef sekalian. you are the bestttt!

meh aku kenalkan kan satu satu ye. itu baby johnjonnyjonnet saya yang comel. nizam sengal. aziz muizzuddin yang jelitawan (jelita ke? puihhh hahaha). yang perempuan tu, lina malena anak jawa senget. semua single lagi, kalau berminat boleh PM saya hahahahaha apesal, nak marah apa aku tulis ni? eh suka hati la. ni blog aku suka hati aku la nak tulis apa pun. welkkk :p 

boleh gelar geng nakal dan paling popular dekat ALM. hewhewhew

dorang ni unik, suka buat sesuatu yang kelakar. tapi kadang kadang suka buli mangsa baru hahaha suka buat aku tertawa berdekah dekah kah kah kah dengan lawak tak berapa nak lawak tapi akhirnya aku gelak juga la sebab lawak la jugak sebenarnya hahaha. kalau lepak dengan dorang ni, ada je benda nakal yang dorang nak buat. sangat kretif dan inovatif otak mereka hahaha lepastu tak sah kalau tak bahan orang. kalau dah bahan bukan sikit sikit, kaw kaw hauliaw dorang bagi. wahhh sajakkkk muka korang ye. hehehe

ni pulak triple B. 
yang tengah tu abaikan ok, tak termasuk dalam senarai. harap maklum.
apa tu triple B? stand for what? ada la, mana boleh kongsi. sibuk je nak tahu. hanya exclusive triple B saja yang tahu kan. kihkih. sesungguhnya rindu nak lepak bersama acah acah amik angin tepi lautan pantai padahal river cruise je hahaha, rindu nak makan sama sama satu meja lepastu gelak gelak besar throwback kisah kelakar. lepas dah puas gelak, ceramahkan kau pulak aziz sampai telinga kau panas keluar asap haha rindu nak buat semua tu.
taraaaaa~ nasi goreng kampung ALM dato chef muiz.
aku siap snap gambar lagi tau setiap kali kau masakkan untuk aku kontrak nasi goreng kampung taknak pedas plus telur mata hihihi. haii rindunyaaaaa nak makan air tangan kau lagi. terima kasih sebab masakkan aku, bagi aku makan sebab takut aku kena gastrik. haa bila baca ni takpayah nak emosi sangat tau, tak payah nak pegang pegang tisu bagai la, propa semua tu hahaha. terima kasih jasamu dikenang okeh bebeh. hihi 
lovely sister.
kakak yang baik. kakak yang selalu dengar zati membebel. saya rindu kakak kakak comel saya ni. rindu nak duduk gosip gosip isu semasa hahaha, cari jodoh terkini haha, menggunakan kesempatan yang ada buat 'projek nyum nyumm hanya untuk bergambar semata' bila sama shift hihi, gelak gelak, nyanyi nyanyi, lepastu jerit kakakkk mai, kakakkk fiza kuat kuat versi suara zombie. hihihi. lepastu part paling best kalau ajak makan sama sama ohh indahnyaaa. berhuhu sebab kalau makan sorang sorang nanti gemuk sorang sorang so makan la sama sama boleh gemuk bersama kihkihkih. sharing is caring kan? :D 

dua orang mat langau. pehhhh, macho kan nama tu? hahahaha
aku peratiiii je mamat belah kiri hujung sekali tu yang acah acah ronaldo pakai baju putih tu. aku peratiii je dia. kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni. tak padan dengan kecik, tapi akal dia haiii kemain panjang. suka menyakitkan hati aku. letak botol air aku kat rak paling atas la, sembunyikan buah buahan yang aku dah amik dari chiller la, tutup lampu chiller la, curi pisau aku la, lepastu bebel je cakap aku marah marah emosi. mana aku tak emosi kau selalu buat aku panas hati. haihh rasa macam nak cekik cekik je kau ni tahu. hahaha tapi dalam semua tu, kau ada jugak la buat baik pada aku kannn. tolong tolong aku kat pastry, close buffet. terima kasih ya. ermmm, aku rindu nak dengar kau buat suara zombie panggil nama aku lepastu sama sama gelak hihi. rindu warga zombie zombie sekalian semua.
ini pyan. anak kesayangan papa chinese. hehe
dia ni raja kepala segala hasutan untuk aku makan dan terus makan. hahaha
ohh dia ni kalau hasut aku makan halusss je caranya dan selalu aku termakan jerat dia. jahat kan pyan? saja nak bagi zati gemuk kan? memang saja kan? ishhh. nasib baik pyan masak semuanya sedap sedap belaka. terima kasih daun keladi nanti masak lagi :) 


terima kasih sebab bagi aku cipta kenangan terindah kat sini. sehingga kita semua berjumpa lagi. 
big happy kitchen familyAvillion Legacy Melaka

Cuaca Panas 2015


"Panas.. panas.. haii panassssssnyaaaa...."

sejak dua menjak ni kita sering dengar orang mengeluh kepanasan.
itu kerana malaysia sedang dilanda cuaca panas dan jerebu yang terlampau.

oleh itu rakyat malaysia semua, saudari saudari sekalian perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara kita ni. so korang banyakkan minum air kosong untuk korang tidak cepat lesu sebab cuaca juga panas juga memberi kesan fizikal kepada tubuh manusia.

kurangkan juga aktiviti kat luar sana tu. musim panas kan so duduk rumah diam diam, hehe. banyakkan rehat dan pakai pakaian yang nipis serta longgar.

tak lupa juga, sama sama la kita minta doa pada Allah supaya turunkan hujan membasahi bumi bagi bumi ni sejuk dan segar sikit. hujan kan rezeki :)

so jaga diri, jaga kesihatan ye semua.

Resepi Mudah buat Kacang Besalut Rangup

Siapa suka makan kacang?
kacang yang rangup krak kruk disatuli kerak luaran yang sungguh enak tu.
alaaa mesti kosng pernah makan kan?

kalau time raya je, mesti ada kacang ni kat mana mana rumah.
tak pun kalau time sekolah ada je jual kat kantin ke, ada pakcik makcik yang duk bawah payung jual kat luar pintu sekolah. emmm dapnyeeeee, masa sekolah dulu aku selalu beli. hehe

Haa harini tetiba rasa macam nak share dengan korang resepi mudah dan pantas buat kacang rangup krak kruk tu dengan korang semua. lepasni boleh la buat sendiri kat rumah. nyum nyumm..
jom baca!
selamat mencuba :)