Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Inovasi Terbaik | Inovasi Makanan Terbaik

Idea terbaik inovasi makanan. 
Boleh merangkul anugerah Gold.

Apakah idea itu?
korang ada idea?
korang nak share idea dengan aku tak? 
alaa, share idea sikit je. mana tahu boleh membantu.
hihihi.

Adakah idea idea ini boleh membantu?
berdasarkan paras rupa sahaja?
berdasarkan keunikkan rasa sahaja?
berdasarkan kretiviti pengolahan sahaja?
atau perlu mengandungi semuanya?



comel kan?

Actually aku ada beberapa idea yang menarik and mungkin boleh diguna pakai. 
tapi tapi tapi... 
banyak bebenor tapinya. hahaa.
tapi aku tak tahu nak pakai idea yang mana satu. 
semuanya bagus.
semuanya best.
semuanya ada market value.

Haduiii.... tu la yang buat aku fining fining.
kepala ku fining dok fikir fikir apa idea terbaik lagi mantap meletup letup kebabomm untuk menghasilkan produk inovasi yang paling terbaik untuk final semester ni.
korang rasa aku patut buat inovasi apa ek?

Hmm... setiap product mesti ada advantages and disadvantages sendiri.
itu yang aku kena kaji terlebih dahulu sebelum buat keputusan yang bijak. kan?
well, tak ada apa yang sempurna kan kat dunia ni melainkan yang satu di Atas sana.
itu yang pasti. 
Doakan aku ye korang.
Doakan cik izzati peroleh anugerah Gold untuk inovasi ni nanti.
Amin.
♥ cik izzati

MH370

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing. 
so mystery.
where are you MH370?
please come back.

Misteri Kehilangan MH370
Hmmm...
dah masuk genap 100 hari kehilangan MH370.
harini dah hari yang ke 104.
masih belum jumpa lagi. 
terus menjadi misteri yang belum terungkai.
satu dunia terus tunggu dan menunggu penuh harapan.

Entah kenapa lepas aku tengok berita dua hari lepas, 
ada temu bual exclusive bersama Tun Dr Mahathir tentang misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dekat Tv3 haritu, tiba tiba hati aku terdetik pulak nak tulis entri kali ni pasal MH370.

Kenapa?
mungkin sebab aku risau pesawat sebesar tu tak jumpa jumpa lagi sampai sekarang.
Risau?
yela, sebab aku prihatin ianya melibatkan banyak nyawa dalam pesawat tu.
Dimanakah ia sekarang?
hanya yang Atas sahaja tahu segala galanya. Ya Allah.
Bilakah ia akan kembali?
entahlah. wa'allahualam.

Sekalung doa dan harapan dari aku untuk para penumpang dan anak kapal agar kembali pulang dengan penuh selamat dan sihat walafiat.
di harapkan ahli keluarga mangsa terus berdoa tanpa putus dan hadapinya dengan tabah dan sabar.
Amin.

Bila CikIzzati Berbicara

kata kata penaja untuk harini,

Cuti sem dah semakin kempis ruangnya.
maknanya?
tu dah bermakna menghitung hari la nak habis cuti kali ni.
hmmm....
tak bestnya. tak bestnya. tak bestnya.
tak bestnyaaaaaaa!
nak cuti lagi. nak cuti lagi. nak cuti lagiiii!
please. please. pleaseeee.

Dah la naik je sem depan beberapa hari lepas tu dah nak masuk bulan ramadhan.
ye, bulan untuk semua umat islam Wajib berpuasa.
bukan aku merungut, tapi tapi tapi....

Sem depan adalah sem paling penting untuk aku.
ye paling penting sekali. penting!
sem depan la menentukan perjalanan hidup aku kelak.
takut pun ada. gentar semua ada lah.
tapi aku tahu aku kena kuat. ye, kuat!
sebab apa?
sebab aku tahu aku boleh. ye, aku boleh!

Korang....
aku nak minta tolong sikit boleh?
korang pinjamkan lah aku sedikit kekuatan korang tu. korang baik kan? :)
korang semua doakan lah aku ye. doakan tau! ingat.
doa kalian bermakna makna dan sangat bermaknaaaa untuk aku.
tolong doakan ye ,
moga moga izzati dapat menjalani semuanya dengan lancar, tenang, dipermudahkan segalanya dan mendapat petunjuk Allah yang satu. paling penting, kurang lakukan kesilapan. buat yang terbaik dan paling terbaik! 
Amin.
terima kasih korang :)

Old Friend of Mine

okay,
entry kali ni aku just nak cerita pasal kawan. Yup. k a w a n .
semua orang ada kawan kan?
setiap orang bermacam ragamnya. 
so bermacam juga spesis kawan yang ada kat dunia ni.

cuti semester kali ni aku banyak habiskan masa kat rumah je.
memanfaatkan cuti yag ada dengan rehatkan tulang keringat empat kerat aku ni sebelum dikerah balik tenaga ni start semester baru nanti. so better aku rehat secukupnya kan. hihihi
nak cakap aku malas?
kesah pulak aku kan.
hahaha



yang pertama,
old friend of mine : Fana
kawan dari sekolah menengah, di sekolah baru yang aku masuk. at the same time dia pun pelajar baru jugak time tu. so aku rasa faham apa yang dia rasa and dia pun faham apa yang aku rasa saat menjejakkan kaki di sebuah sekolah baru jauh dari kawan kawan di sekolah lama yang jauh lebih hebat. kan b kan? hehehe :D haritu, saja sembang sembang kat whatsapp, well dunia sekarang makin maju. semuanya pakai free 24 hours pakai internet. after lama dah lost contact disebabkan kesibukkan masing masing. syiok borak borak ni terkenang kan kisah dulu kala, and catch up kisah hidup masing masing. i miss you babe. nanti ada masa kita lepak ye.  

yang kedua , this is about my baby dolly barbie. comel kan dia? kan kan. hehe. aku dengan dia rapat since sekolah lagi. boleh dikatakan kami ni macam mirror. yup.. bahasa melayunya, cermin.. sebab apa? sebab selalunya apa yang kami rasa, kami fikir selamunya sama. well, that call our great telepathy. hehe.  i do love you and miss you .girl.









yang ketiga ,
my funny little friend, nana.
yeah, she so kind and i love to be friend with her.
why?
because her smile and her laugh can make me cheer up.
seriously. otak dia ni pun gila gila jugak. so memang boleh masuk la dengan aku ni. hehe
thanks for our blue and red date <3
best sangat tauuu.
yela, lama kan tak bersua muka.
nanti kita meet lagi ye bby.
i do miss you girl.

and lastly,
lama aku tak cakap pasal diaorang ni.
ni la kawan kawan yang aku pernah rapat suatu ketiga dahulu.
for suria, arip and shah,
aku dah mengenali mereka lama dah.
since zaman persekolahan sebab kami satu sekolah :)
tika pula aku kenal masa aku start masuk belajar. my first roomate.
i do miss our friendship and our time.
i do miss you fellas.
● ● sincerely, cik izzati ♥

Kerinduan Z & Q

Hujung minggu lepas, aku habiskan masa dengan dua budak kenit yang comel ni.
lama sangat tak jumpa diaorang. 
yela, b u s y memanjang laa katakan. 
hehehe
layan telatah comel anak buah kesayangan aku ni, betul betul buatkan hati aku girang.
dengan suara comel diaorang,
dengan suara pelat diaorang,
dengan nakal diaorang,
dengan tak reti duduk diamnya aktif je sepanjang masa,
boleh kurus aku kalau melayan je diaorang ni 24-7.
haha
setiap pagi aku di jamukan senyuman di bibir comel mereka.
ohh my my myyy !
i am totally miss you my dear Z and Q <3