Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

The time with you, WONDERPETS!

Kring! Kring! Kring!
Telefon, telefon berbunyiiii
Telefon..telefon berbunyiiii
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya di sana.

Apa yang penting kerjasama.
Apa yang penting kerjasama.

Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy...!

huhu , tahu tak lagu apa tu? 
yeah, wonderpets! 

itulah yang menjadi kesayangan aku sejak aku bela mereka dari baby lagi. tapi sekarang ni mereka dah pun menyambung keturunan dengan lahirnya, JUNIOR! yeahh,, baby junior.
bermain bersama mereka membuatkan hati saya terhibur.
melihat telatah mereka berlari ke sana, berlari ke sini membuatkan saya tersenyum.
melihat gelagat mereka yang aktif lompat sana, lompat sini membuatkan tertawa. 
melayan kerenah mereka yang manja dan membelai mereka itu lah yang saya benar-benar suka.


thats my lovely gingyy , fiona and their baby, i call it junior.
izzati rindu sangat dengan kamu semua tahu? 
kalau lah boleh bawa kamu semua tinggal di kamsis, alangkah indahnya dunia.

Leisure with my Beloved Family ever after

I Love My Family soo much. Do you?
Di kesempatan yang terluang ini, kumpulkan lah semua ahli keluarga bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dan luangkan lah masa yang tersedia ada dengan sebaik mungkin bersama family tersayang.
kerana mereka tiada gantinya. ingat, mereka tiada gantinya.
so, tonight we all plan to gathering with BBQ. whoaaa, BBQ time!


tak lengkap kalau makan bbq tanpa salad buatan sendiri. nyumnyummm!
 ni je la gambar-gambar yang sempat di capture sebab masing-masing busy mengipas-gipas bbq, semua orang sibuk berceloteh sana sini dengan penuh gelak ketawa. riuh-rendah betul. alahai, rindu suasana ini! =)

tapi, didalam suka riang tawa kami itu, terasa juga ketiadaan 4 orang ahli keluar yang tidak dapat join sekali dalam family gathering pada kali ini. jelas terasa tidak lengkapnya. 
we all miss you ayong, abang ipar aku, dan kedua-dua anak buah kesayangan, zafran dan qairina. 

kalau lah korang semua ada, mesti lagi best. mesti lagi terasa superbnya.
nanti ada masa kita kumpul ramai-ramai lagi ye?

Last Paper → Short Sem

Haihh, rasa macam sekejap je satu semester dah berlalu. rasa macam baru je tutup sekejap mata ni then buka je mata, dah habis dah semester ni. Last paper final exam pun dah aku selesaikan. cuak ohh nak tunggu result keluar nanti. markah PB pun tak berapa nak memberangsangkan. hmm.. minta-mintalah semua paper aku lulus tanpa ada repeat paper. Amin.
For this 2 months, hanya tinggal pelajar-pelajar jabatan kita je yang bertuah ni sebab kena amik short sem. sunyi sepi je poli ni tak ada riuh-rendah macam selalu. jabatan lain semua dapat cuti 2 bulan. ohh tidakkkkk sekali lagi ,  jealoussnyaaaaa!!! takpe takpe, short sem ni membantu kita meringankan beban dan meringankan subject kita untuk sem next sem kan kan? senyum sikit izzati =) 
yeah, kami semua sahabat walaupun kami semua berlainan jabatan dan kos. korang korang, dengar sini ni aku nak jerit,  gasak lah korang sem depan! padan muka padan muka padan muka, subject korang banyak nak kena bawa. hahaha geram aku! =p
Dear my besties, 2 months without both of you. hmm. enjoy your holidays without me, arghhh... 
seriously i am gonna miss you baby ♥ 

Trip DHK with our beloved Lecturer

Satu malam sebelum bertolak pergi, semua orang dok sibuk-sibuk menanyakan soalan yang sama.
"nak pakai baju apa ek esok?"
"nak pakai tudung apa ek esok?"
"nak pakai seluar apa ek esok?"
"nak pakai kasut apa ek esok?"
"korang pakai apa ek esok?"
huhu, comel je korang-korang semua ni tau. benda-benda remeh temeh macamtu pun korang mesti nak fikir dan fikir.
yeahh, itulah lumrah remaja kan kan?

keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi semua dah siap sedia berkumpul.
hamboooii, masing- masing punya dress up. bergaya!
semuanya cantik-cantik.
semuanya kacak-kacak.
well, we all like one big family right? =)

First, kami melawat Naza Talyya Hotel, Melaka untuk menyudahkan research, tugasan dan portfolio yang telah diberi. So, lets view the pictures!


After selesai semua urusan yang perlu diselesaikan di hotel tersebut, our beloved lecturer baik hatinya nak membawa kami semua jalan-jalan around melaka. wuhuuu~ ala-ala trip!
naik Melaka River Cruise , kalah mat saleh yang datang melancong. haha
menaiki Menara Taming Sari , dah la tinggi. pusing-pusing pula tu. wa gayat derrr.


terima kasih puan ruhana sebab sudi bawa kami jalan-jalan melihat keindahan Melaka Bandaraya Hijau, Bandarku Sayang ini. seriously best dapat hangout with all DHK members. Happening kan? everyone enjoy themselves. hope kita semua tetap still in one class hingga sem 6 nanti. InsyaAllah. 
setelah seharian penat berjalan sana, berjalan sini, dengan berbekalkan ilmu untuk menyiapkan portfolio, we all going back to Politeknik Merlimau. end of the day.

Sweet 19teen Birthday Suprise ♥

Bermulanya cerita tepat jam menunjukkan waktu 12 tengah  malam 27 Mac 2012, ketika aku sedang kusyuk membuat revision study untuk menghadapi test pada keesokkan harinya, dan tiba-tiba . . .  jengjengjengg . . . . . .
mereka datang menterjah bilik aku membawa kejutan sambil membawa sebiji cake chocolate with black forest didalamnya yang ada strawberry and cherry comel diatasnya telah siap lilin berwarna pink dinyalakan api disetakan juga nyanyian lagu SELAMAT HARI LAHIR beramai-ramai. ohmyGod, aku betul-betul tidak menyangkakan itu semua akan terjadi. aku sangat lah terharu saat dan ketika itu hinggakan air mata ini gugur ke bumi.
lepas dah habis nyanyi-nyanyi, lepas dah habis sesi peluk-peluk cium pipi wishes birthday kitaorang pun makan-makan ramai-ramai kek yang telah tersedia ada depan mata itu. makan punya makan dalam sejam dua, mereka pun mahu mengundurkan diri kerana hari pun dah lewat malam sangat kan lagi pun esok masing-masing ada test. dalam nak mengundur diri itu masih sempat lagi mereka 'mendajal' aku. ammmboooiii, suka ye korang kasi tepek krim kek kawkaw dekat muka aku sambil masuk-masuk dalam mata aku tahu. habis keras rambut aku kena krim tu tahu. teruk korang kerjakan aku ye? takpe takpe, korang tunggu birthday korang pula nanti yee. :D heee.

keesokkan harinya aku bersama rakan-rakan taulan ke class seperti biasa dengan semangat yang tinggi penuh ilmu di dada siap sedia untuk menjawab test. #cehh, poyo je ayat haha. okay sekarang ini cerita dalam class pula. tiba je di class meja pun dah siap sedia tersusun untuk kami semua menduduki test. wahh, dupdapdupdap hati saya ini. 10minit lepas menunggu, lecturer pun melangkah masuk sambil memegang kertas soalan berwarna putih ditangan dan terus di berikan kepada setiap barisan. tiba-tiba sampai turn aku punya barisan je tak cukup pula kertas soalannya. aikk, pelik. biasanya lecturer akan bawa cukup-cukup jumlah kertas soalan untuk setiap class kan. ni tiba-tiba time birthday aku pula tak cukup. saja je tau. lecturer aku pun keluar mengambil kertas untuk aku. dan dia datang semula sambil membawa pink paperrrr dan diberikan kepada aku. TERKEJUT gila aku! memang special betul hari aku harini. yela, birthday girl la katakan. ni la susah bila jadi princess ni. HAHAHA :D lain dari yang lain la kertas soalan aku untuk test hari kejadian, orang lain semua warna putih, aku sorang je yang warna pink. hihi bukan senang nak dapat, jangan jealousssss =p
aku pun teruskan menjawab soalan-soalan yang tertera di atas kertas soalan yang special itu. lepas je habis tu, aku bersama rakan taulan ini bergerak menuju ke cafe untuk mengisi perut yang sudah kelaparan berbunyi-bunyi ini. tengah syok-syok makan tu, aku dapat satu panggilan telephone dari salah seorang lecturer yang mengajar aku, dengan riangnya dia beritahu aku yang aku MENDAPAT TEMPAT PERTAMA dalam BLOG COMPETITION INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE. Ya Tuhan, ini satu lagi kejutan yang tidak di sangka-sangka untuk hari istimewa aku ni. aku menang? betul ke aku menang? macam tak percaya je. seriously aku tak sangka blog aku terpilih menang tempat pertama. inilah rezeki birthday girl yang ke 19 tahun ni agaknya kan kan. alhamdulilah, berkat usaha aku membuahkan hasil. 

win the 1st Place


ini partner aku dalam Blog Competiton tu. thanks to her soo much kerana banyak membantu tanpa jemu. hasil usaha kita berdua membuahkan hasil kan sayang kan? itulah orang selalu kata, usaha tangga kejayaan :) see, sudah terbukti.
Johan keseluruhan bagi program YOUR SMART BRAIN IS JUST RIGHT INTER-POLYTECHNICS CHALLENGE ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer adalah Politeknik Merlimau, Melaka aku yang tercinta ini dan tempat kedua diraih oleh Politeknik Banting, Selangor dan tempat ketiga adalah Politeknik Kota Bharu, Kelantan. 
inilah mereka yang sepanjang hari ada untuk menemani aku dan tika membuat demo blog yang menjadi JOHAN di JMSK dan ke dewan untuk sesi perasmian penutup dan menyampaian hadiah kepada para pemenang, di Dewan Titanium. terima kasih korang atas support itu :) habis je majlis itu masing-masing kembali ke bilik. dan dan dan pada malam itu juga, ada satu lagi kejutan besar untuk aku. dapat cake lagi! Ya Tuhan sekali lagi aku sangat-sangat la terharu + terkejut hingga bergugur juga air mata ini buat kali kedua pada dalam satu hari pelbagai kejutan yang cukup memberi makna dan terpahatnya memori terindah buat aku.
chocolate cake icecream. seriously sedap amat amat sangat!

inilah mereka antara orang-orang penting yang menjadi "dalang" dalam merancang semua kejutan untuk birthday aku kali ni. bak kata omputih, SUPRISE! and yes, memang jadi suprise korang tu and aku pun sangat suprise. terima kasih korang. aku sangat menghargainya. aku tak tahu macam mana nak ungkapkan apa yang aku rasa sepanjang satu hari birthday aku ni. betul-betul dilayan macam princess. hihihi sukkaaaa sangat! terima kasih. 
wani.kakpah.nadia.dyan.ain.kimi.samir.suria.tika.shah.arip
TERIMA KASIH untuk segalanya.
dengan hadirnya kalian semua dalam hidup seorang insan yang bernama Nur Izzati Abdul Wahab ini, menambahkan lagi warna-warni serta seri dan corak kehidupannya. terima kasih sekali lagi. satu hari my birthday full with suprise dan aku tak akan pernah lupa segala memori terindah ini. izzati sayang korang amat sangat. semoga persahabatan kita yang semua yang dah terjalin ni akan tetap kekal hingga ke akhir hayat. amin.