Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

chill kat PD tenangkan fikiran

muka depan untuk hari ini : )

harini aku lepak kat PD.
dengan abah , angah , dan dua orang adik aku yang nakal lagi buas tuu.
mak tak ada. mak kan tak balik lagi dari bandung. kurang sorang kan.
tapi tak apa. tetap best<3
harini mata aku dapat tengok laut yang bergelora berombak ombak. tengok awan yang biru tuu. lepastu rasa angin yang sempoi sempoi.
alahai , rasa tenang je. aman je. rasa macam semua masalah yang aku ada hilang sekejap. otak aku yang berserabut tu tak lagi kacau aku masa aku tengah menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
even tempat tu penuh dengan ramai orang berbilang bangsa yang datang berkunjung kan. 
tapi aku suka. sebab tengok laut tu kan sunat =)
hehe.
apa lagi dah pekena makan keropok lekor dengan air cincau tuu, snap snap snap timeeee la babe! macam tak biasa pula. 
hehe. -,-
one two three , action ! 




 ni pula aksi budak gila
hahaha



lepas tu nak di jadikan hari aku harini lebih menarik , time aku tengah syok jalan punya jalan punya jalan-jalan dekat PD tuu , tiba-tiba aku nampak seseorang! seseorang yang aku kenal. huhuhu. boleh pula terserempak dengan sorang member sekolah aku ni. HAHA. kecil betul dunia ni kan?
pergi mana-mana pun tetap jumpa. 
rindu kau wehh. lama dah tak meowmeow dengan kau. hehe =p
and now kau pun nak pergi study dekat kuantan kan? jaga diri baik-baik tau kawan. 


Semoga selamat pergi dan selamat pulang mak!

Hari ni mak nak pergi dah.
flight mak pukul 9.30 pagi tadi.
mak berangkat ke Bandung, Indonesia.
wahhh! seronoknya pergi bercuti!
aku dan adik-beradik yang lain-lain tak ikut.
sebab percutian mak ke bandung tu adalah hadiah sempena hari ibu tahun ni. amboi, special betul. =)
abah pun tak dapat ikut mak, sebab ada urusan kerja katanya.
so mak pergi menikmati cuti selama 4 hari 3 malam tu bersama kawan-kawanya.
jealousnya aku. jealous! jealous! jealous!
aku pun nak ikut juga!
huhuhu.
mulai hari ni sampai la mak balik semua tugas mak, secara automatic digalas oleh aku dan angah.
umm... mak baru je pergi beberapa jam, aku dah pun rasa rindu dekat mak.
mak, rinduuunyaaaa!!!
mak jaga diri baik-baik dekat sana tu tahu. jaga keselamatan.
lepastu, balik nanti jangan lupa bawa banyak-banyak buah tangan untuk kami disini.
kami tunggu kepulangan mak dengan senyuman yang lebar minta buah tangan yang mak bawa dari bandung tuu.
hehehee.
sayang mak, rindu mak.

kami adik-beradik la.

hari ni aku nak bercerita pasal aku dan seseorang. 
sebab apa aku nak bercerita tentang si dia?
sebab makin hari makin ramai berkata tentang aku dan dia bila berjumpa kami dimana-mana.
siapa?
pasal apa?
nak tahu, baca la sampai habis.. =)



Siapakah dia?
dia yang aku maksudkan adalah kakak pertama aku, huda. ayong la siapa lagi! 
hehehehe ( =

Wajah kami serupa macam kembar ke?
emm . . . yang tu entah la. aku pun tak tahu nak jawab macam mana.
tapi ramai kata wajah kami serupa. memang la serupa sebab dia tu kakak kandung aku.
tapi aku rasa tak ada la macam kembar sangat. biasa je macam adik-beradik.

Ada orang tak boleh beza kan kami?
yupp! itu memang pernah terjadi. 
masa tu kakak aku ni tengah jadi cikgu pratikal dekat sebuah sekolah yang terkenal di ibu kota.
masa tu aku still menetap dekat Kuala Lumpur lagi la.
kisah ni terjadi lepas kakak aku tamat pratikalnya. itu bermakna kakak aku tak ada lagi la kat sekolah tu kan.
beberapa hari selepas kakak aku tamat pratikal, aku datang sekolah tu untuk berjumpa adik aku yang tertinggal duit belanjanya. aku pun datang la sekolah tu.
tiba-tiba ada murid-murid yang bertenggek dekat koridor tu menjerit ,
"ehh, cikgu huda!" sambil menunding arah kearah aku.
aku dah tergamam. aku senyum jela sebab aku ingat habis dekat situ je.
tapi tak, bekas murid-murid kakak aku tu terus turun secara beramai-ramai dari tingkat 2 dan terus menghulurkan tangan masing-masing nak salam aku sambil bekata, 
"rindunya dekat cikgu!" 
ahh, sudahhhhh... 
aku dah jam dah.
macam mana aku nak cakap dekat budak-budak ni yang aku bukan cikgu huda? tapi aku ni adik cikgu huda.
perlahan perlahan sambil mengukirkan senyuman aku berkata ,
"errrr. . . sebenarnya ni bukan cikgu huda. ni adik cikgu huda. hehehe"
lepastu budak-budak tu macam terkejut dan berkata ,
"ohh.. patut la nampak macam lain sikit. nanti kirim salam dekat cikgu huda eh?"
dan mereka semua pun berlalu pergi. malu agaknya dah salah orang terus blah sambil tersengih.
huhuhuu :D

di waktu petang bersama mereka

"wehh korang, kau tengok sana tu. kakak tu pegang hamster gemuk!"
"a'ah laa.. ada dua hamster gemuk la!"
"gemuknya hamster kakak tu! tengok tu hamster tu lari, comelnya! jom kita cakap dekat kakak tu kita nak tengok nak tak?"
"haa, jom jom."

tu la antara gelagat bila ada budak-budak kecil lalu depan rumah aku dan ternampak my cutie gingyy dan fiona. alahai, comel betul kan budak-budak tu kan? dorang panggil apa? hamster gemuk? huhu. lepas kejadian dorang semua nampak tu, setiap petang dorang datang rumah aku nak tengok "hamster gemuk". siap bawa rombongan lagi youu. makin hari makin ramai pula yang datang. huhu. ni boleh buat bisnes kalau hari-hari macam ni. mesti laku! setiap orang yang nak masuk tengok aku nak jual tiket. HAHAHAA ! jahat gila. tapi tu semua hanya la angan angan mat jenin je. tak ada la aku buat betul-betul nyahh! =p tak baik tauu..






"kakak, hamster gemuk tu lari laju sangat la. tak dapat nak tangkap. kakak boleh tolong tangkap kan tak?

bila aku dah tangkapkan dan kasi dorang pegang, dorang pun suka la. belai-belai manja la apa la. budak-budak la katakan. dah puas bermain dengan gingyy dan fiona tu, dorang pun pulang dengan satu pesanan ,

"bye bye hamster gemuk, esok kitaorang datang lagi, :) "

balak poyo! awek tak boleh pakai!

ermm.. malam semalam aku dengan adik-adik aku dan juga kakak aku angah, pergi la tengok perlawanan bola dekat Stadium Tunku Abdul Rahman , Paroi. memang ramai gila orang la. sebab kelantan VS negeri sembilan tuu. bukan calang-calang. dua-dua hebat kan.

huhu. actually aku tak ambil port sangat pasal bola ni. aku pegi pun just suka-suka je nak chill chill dengan family. sambil-sambil tu nak nak hirup udara diwaktu malam yang segar dengan dihiasai rumput padang yang menghijau. sedap je mata memandang. cehh! ayat aku macam nak buat karangan pula. hahahahaa!

okay okay back to the story, aku nak cerita pasal kejadian yang membuatkan aku naik angin masa tengok perlawanan bola malam semalam. ada la satu couple ni datang duduk sebelah aku. time aku nak tangkap-tangkap gambar dengan family aku, yang si balak dia ni poyo betul la. bajet macam dia la yang paling hensem kat dalam stadium tuu. ingat aku nak tangkap gambar dia ke? perasan betul!! okay tu tak kesah la kan. tapi yang aku paling kesah sangat, yang si balak perempuan ni lepas satu batang rokok dia hisap lagi satu batang. kenyang ke makan asap rokok tu huh? dah la asap rokok yang tak sedap lagi busuk tu menghala kat arah aku dengan adik-adik aku. aku pun apa lagi, dengan actionnya aku kibas-kibas tangan aku dengan penuh gaya over nak bagi dia perasan yang aku tak senang dengan asap rosok yang menghala kat arah aku tu. and finaly action aku tu berjaya! balak perempuan tu nampak and faham agaknya apa aku buat tadi  dan dia pun bertukar arah. so, asap rokok yang tak sedap lagi merbahaya tu dah tak kena lagi dekat aku. lega sikit. baru ada feel nak tengok bola ni. hehee =p
TAPI tak lama kemudian , datang balik asap rokok tu. argghhh!!! tensionnya aku. tak faham-faham lagi ke mamat ni? aduhh. aku pun buat la lagi sekali action aku yang terover lebih tu untuk bagi dia faham lagi sekali. penat tau nak action action ni youu.. ahahaa. tapi tak menjadi la kali ni. then mamat tu tiba-tiba tunduk bawah tengok tali kasut or kasut dia yang cantik sangat tu konon, masa dia tunduk tu aku baru terperasan yang awek dia tengah syok syok mengibas asap rokok tu ke arah kami. perghh! melampau la ni kan. patut la banyak je asap rokok tu menghala ke arah kami rupanya ada yang tukang kibas ke arah kami. aku tempeleng juga perempuan ni kangg! haa, ni yang mula la buat aku marah. harap muka je cantik. baju je lawa. tapi akal tak ada ke? tak boleh nak fikir ke? kalau kau dah tahu kau tak suka bau asap rokok tu jangan la bagi balak kau hisap rokok dan membahayakan orang sekeliling! tegur la balak kau cakap kau tak suka asap rokok tu. bodoh punya awek! konon kau nak bajet yang kau ni girlfriend yang sporting tak marah balak hisap rokok la konon? boleh la blahh wehh! hipokrit gila! kau memang sepadan sangat la dengan balak kau yang poyo tu. huh! benci tau.

p/s: maaf aku menggunakan elemen-elemen yang agak kasar dalam entri ni. geram dengan couple tu! korang yang baca ni jangan jadi macam dia tau. :)