Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Mulut + Perempuan = HATERS

Hari ini tiba tiba aku rasa macam nak bersopan santun sintun berpantun. aku pun tak laa reti sangat berpantun pantun ni. tapi tak salah kan? ni blog aku. so suka hati aku lah nak tulis apa pun. nak tulis macam mana pun. kau kesah apa? ehh.. tak kan aku nak kena minta izin kau kot? ohh...please lah. btw, at least aku tak hypocrite. aku jadi diri aku. kalau aku marah, aku kata aku marah. kalau aku suka, aku tunjuk aku suka. kalau aku sedih, aku akan berikan expression sedih. aku chill dengan cara aku. kau chill dengan cara kau. kita chill tak sama. sebab setiap ciptaan Allah tu kan berlainan. 

orang kata, kalau orang sekeliling bercakap cakap pasal 'someone' ni tandanya 'someone' tu famoussssss. 
wowww, awesome lah :)
orang kata lagi, kalau orang sekeliling asyik asyik cakap pasal 'someone' ni tandanya orang sekeliling ni teramat lah take care tentang 'someone' tu.
awwww, fantastic bebeh :)
pada aku mungkin benar kata kata orang itu. kalau tak benar, bahkan mungkin orang berkata kata. kan?

ubi lembut gebu berisi,
panggang ubi atas api,
diam diam ubi berisi,
mulut kau ni perempuan macam api.

keluar bersiar siar menjamu takoyaki,
bersiar siar berjalan kaki,
depan aku kemain senyum berseri seri,
belakang aku bukan main kutuk maki.

talam jangung talam nangka,
lagi enak lagi sedap kuih seri muka,
sungguh sungguh tidak ku sangka,
rupanya kau talam dua muka.

lain orang lain cara,
lain orang lain gaya,
kau dan aku tak sama tak serupa,
kau kau kau dan aku nyata berbeza dan berbeda.

Tolong.
tolong jangan main wayang murahan depan aku. aku tak minat. aku tak suka.
perlu aku ulang lagi sekali? aku tak suka.
tak perlu nak bermuka muka bagai. kau ingat ni sarkas ke apa nak bermain muka macam pakai topeng? kalau zaman agogoo tunjuk langit seluar kembang tu boleh lah.
kau nak tahu satu benda, kau ni nampak je macam buah yang sangat enak dimakan yang sudah masak dengan ranumnya tapi hanya cantik di luaran sahaja, natijahnya busuk dan berulat didalam!
come on lah. dont be too childish. apa yang kau nak envy sangat? haihhh...
bersyukurlah dengan segala nikmat yang kau dah ada sekarang ni sebelum Allah tarik balik semua nikmat tu.
aku nak pesan ni pada diri aku dan juga pada kau,
"what you give, you will get back" dan juga "kerana mulut badan binasa" ingat tu. enough.

Hello Melaka Welcome to new Semester

Huihuihuiii.
Permulaan semester untuk semester yang baru ni di mulakan dengan musim sejuk. hihihi.
wahh, sejuknya bagai dekat negara korea rasanya. sejuk macam musim salji.
yelakan mana tidaknya, hujan turun dengan gembiranya dari malam bawa ke siang bawa ke petang dan bawa kembali ke malam tiada henti. tak pernah pernah aku tidur sambil menyarungkan sweater di badan serta di selubungi comforter dari leher hingga ke kaki dan berstokin sepanjang malam. well, ni kan dah hujung tahun maka secara azalinya kita semua yang bijak bestari ni pasti akan tahu akan kehadiran musim tengkujuh tu. so tak payah la merungut bersungut sungut tentang ketentuaan Allah.

Hello peps, Hello Melaka, kini aku bertapakkan kaki aku punya tapak kaki kembali di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah Bandar Teknologi Hijau. Hello juga kepada PMM and JPH. you know what guys, semester kali ni aku ada dua subjek yang betul betul killer punya wa cakap lu. ala ala macam serial killer dalam cerita CSI. huhuhu. dua dua ni killer paper masa final paper nanti. aduhh, maka ini penanda bahawa aku tak boleh main main semester ni, tak boleh suka suka sangat. kena struggle gila gila nak kejar 4 flat. in shaa Allah , aku akan cuba dapatkan yang itu even though aku menjawat jawatan sampingan. berat memang berat, tapi bila orang beri kepercayaan kepada kita untuk menggalas sesuatu jawatan tu, harus lah kita menghargai tu sebagai satu penghargaan. aku ambil itu sebagai cabaran untuk aku.

"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. 
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan."
 Aku doa minta bunga, Tuhan beri tanaman
 Aku doa minta pohon, Tuhan beri hutan

 Aku doa minta sungai, Tuhan beri lautan

 Aku doa minta teman, Tuhan memberiku kalian.


aku sayang kalian semua.
to Alin kecik : wish you a very goodluck doing your practical. akak tahu you can do it very well darling. be strong okay. anggap je semua tu dugaan nak berjaya memegang segulung diploma di tangan. ingat tu.
to KakBellsayang : jangan pernah mengalah okay. putih tahu kakbell boleh. kakbell boleh. yeahh, you can do it baby!!! hihihi :D ini baru dinamakan super duper senior. hehehee. pedulikan apa orang nak kata apa orang nak cakap. persetankan semua itu. kita tak akan tahu kita boleh lakukan  sesuatu itu unless kita ambil cabaran itu dan hadapinya. banyakkan berdoa pada Tuhan. sesungguhnya Tuhan itu Maha mendengari rintihan hambanya tanpa jemu. maka, doalah tanpa jemu juga. 

“Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh.” 

“Kejayaan adalah kemampuan untuk melepasi dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” 

“Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.”

"Allah merahsiakan masa depan kerana untuk menguji kita agar berprasangka baik, berbuat baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan sabar tentu dapat yang terbaik."

Result→Back to student life→ohh Avillion

Lalalalalaa, cuti aku yang dua minggu tiga hari tu dah nak berakhir dah. maka, bermakna lepas ni aku dah tak boleh tidur lambat. dah tak boleh suka suka hati nak tidur lama lama then bangan lambat. dah tak ada lagi breakfast tersedia oleh air tangan ibu tersayang lagi pagi pagi. dah tak ada nak bersuka ria nak keluar jalan jalan. dah tak ada lagi goyang kaki silang panggung menonton tv. adehh. boriiinggg. esok aku bakal mendaftarkan diri untuk memulakan semester baru. maka dengan itu aku bakal busy kembali dengan rutin harian sebagai seorang student. selamat tinggal rumah. selamat tinggal mak abah. selamat tinggal adik adik aku yang nakal lagi buas dua orang tu. jangan nakal nakal dekat rumah ye. rajin rajin kan tulang empat kerat tu tolong mak abah kat rumah tu. ingat.

Tadi aku check result practikal aku. wahh, dup dap dup dap dup dap tu bukan main lagi. kenyangnya boleh tahan. huhuhu. and alhamdulilah keputusan yang aku dapat setanding dengan hasil usaha gigih aku. sangat memberansangkan. ini barulah dikatakan berbaloi baloi. hehehe. syukur ke hadrat Ilahi. 
wuhuuii, bila tengok je ada tertera nama Avillion Legacy Melaka kat result tu, turus secara automatic segala memories yang telah tercipta di dalam bangunan Avillion yang tersergam indah tu bermain main dalam minda aku. bagaikan wanyang gambar lah katakan. hehehe. rinduuuuu sangat sangat. best sangat sangat. lebih lebih lagi bila kita buat baik dengan orang then orang pun baik dengan kita juga. tergambar keikhlasan dan ketulusan tu. macam john johnny jonnet, asyraf (kembar john), ekyn, izzy, mami coffee house and ramai lagi lah. kalau nak sebut semua nama memang alamatnya panjang berjela la post aku nanti. hikhikhik


rindunya semua saat saat ini. rindu nak menimba ilmu disana. rindu nak keluarkan peluh berharga disana. rindu gelak tawa and gurauan senda yang riuh rendah tu. rindu nak menjejakkan kaki di sana. rindu nak berada disana lagi. waduhhh, rindu ni. rinduuuu ni. kacau ni. kacau ni. Avillion ohh Avillion. hehehe :D

Z and Q

Aku nak mulakan entri aku kali ni dengan sebuah kisah pendek yang mencuit hati aku. hihihi. ni semua ni anak buah aku yang si zafran tu la punya kerja. niat dihati dia konon konon nak test tangkap gambar mak dia pakai tablet baru yang dibeli oleh parents dia. okay jom baca cerita pendek ini. hehehe

Zafran : mama senyum ma...senyummm..
Mama : ok...  (buat senyuman paling manis sekali..haha)
Zafran : peace ma, peaceeeee
♥
Mama : ok, peace (sambil buat tanda peace)
Zafran : k ma, da yap (siap) da....
Mama : cantiknya..pandai abang amek gambar mama.....hehehehe 
★☆★

#Pic taken by my little zafran!

so ni lah hasilnya. amacam? 
nampak tak muka mak dia yang buat senyuman paling manis sambil buat peace tu?
hahahahhaha :D 

Hujung minggu last week, aku menghabiskan masa di hometown tersayang. dimanakah? of course laa di Kluang, Johor. yeahh, Johor Darul Takzim.
  saya bangga menjadi anak Johor.
ada masalah?
hihihihii
wahh, lama sungguh rasanya tidak pulang ke kampung halaman.  oleh kerana tidak pulang beraya tahun ni di kampung, rasa macam dah bertahun tahun lamanya tidak menjejakkan kaki di kampung ni. rasa macam dah lama sangat tak bersua muka dengan nenek, makcik pakcik, saudara mara and anak buah aku yang comel molek dua orang tu. tapi malangnya, time aku balik haritu dua dua anak buah aku tu demam pula. panas gila kot badan mereka. menggigil gigil masa dekat klinik. kesian sangat aku tengok mereka. tak se-aktif selalu. tak seceria selalu. tak bising macam selalu. lemah je. layu je. asyik baring je takde lari lari macam selalu. sampai nak cakap pun tak ada suara. batuk demam selsema semua ada lah. pakej laa katakan. hihihi. 

aku rindu sangat nak melayan kerenah mereka yang kejap ke sana kejap ke sini tak reti duduk diam tu. tapi mereka demam pula. takpela, rehat eh puas puas dekat rumah tu. makan ubat tau. mesti cukup rehat. moga cepat baik. dua minggu lagi kita jumpa lagi ye sayang. masa tu mesti mereka dah baik demam. cik ude sayang sangat dekat zafran and qina tau and cik ude doakan moga zafran and qina cepat sembuh and kembali sihat macam biasa. amin :)

Bananana with Nana

Hihihi.
mulakan entri aku kali ni dengan senyuman, senyuuuummmmm :)

ermm, 2 minggu cuti aku ni aku banyak habiskan masa dekat rumah je. macam orang orang selalu berkata, 
"haa, duduk rumah makan tidur makan tidur je tahu" 
ehh, kesah pulak aku kan. mak abah aku lagi suka aku duduk rumah. HAHA. yelah kan setelah penat lelah membanting tulang memerah keringat bersusah susah dahulu demi menjayakan sesi practical aku. so aku guna lah masa ni untuk rehatkan minda dan tulang keringat aku cukup cukup, puas puas. nanti dah masuk semester baru, aku dah tak ada chance lagi nak bersantai begini. oleh itu aku gunakanlah dengan sebaiknya.

Haritu aku hangout dengan sorang classmate aku dulu masa sekolah. wahh, lama gila kot tak jumpa dia. ni pun berkesempatan jumpa sebab kebetulan cuti kitaorang sama. rasanya last aku jumpa dia raya tahun lepas tak silap. lama kan? yela, mana taknya, dia tercampak study dekat terengganu, aku pula tercampak dekat melaka. cuti pun tak sama. jarak jauh memisahkan kita. tetiba jiwanggg pula. :D
nak sangat fish eye camera kan,
haaa, ambeekk kau.
rasanya macam jadi ikan. hahaha

Haa, bila dah jumpa member gila gila satu kepala, lagi lagi yang dah lama sangat tak jumpa ni, apa lagi borak sakan sampai tak fikir dah orang dekat sekeliling. macam macam cerita lah nak di ceritakan. rasa macam tak cukup je masa tu nak cerita semuanya. macam cepat je masa berlalu. well, biasa lah perempuan katakan. best sangat rasanya bila dapat bersua muka. tengah syok syok dok borak borak ni, terserempak pula dengan beberapa member sekolah dulu juga, haa apa lagi makin rancak lah perbualan. huhuhu. then tak cukup dengan itu, photo session of course lah wajib ada kan. macam tak biasa pula. hihihi.  

# Aza, Riena, Fana, Syira, 
to others members, sorry sebab aku tak berkesempatan nak jumpa korang. next time okay? nanti kalau korang balik cuti, roger roger leerrr. ada rezeki kita hangout okay my darling darlingg? rindu korang! hihihi :)