Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Rantai M I S A I - Mustache

Assalammualaikum wahai umat islam.
mulakan entri kali ni dengan kata-kata hikmat aku pemangkin semangat yang dah lama sangat aku tak ungkapkannya.

kata-kata hikmat tuan tanah :
" Tatkala minda berputar ligat , tatkala hati berbisik , lantas jari-jemari menari-nari memetik lantunan huruf , membentuk berbaris ayat , kata serta emosi. Tatkala imej menarik hati , dipersembahkan dengan seikhlasnya."

cak cak cakkkk...!
Hellooooo world !
lamanyaaa tak jerit macam tu.
tak senonoh betul anak dara sorang ni kan. terjerit jerit, ingat orang lain ni pekak ke?
hehehe :D

urmm.... entah kenapa tangan aku ni gatal je nak menari nari atas keyboard lappy tersayang aku ni. gatal juga mata aku nak tengok rantai mustache yang aku terbayang bayang since first time aku nampak masa last week. aduii, terbayang bayang sampai masuk dalam mimpi tahu. nak cakap tak basuh kaki sebelum tidur, dah basuh dah. tah apa apa tah aku ni. gila agaknya. haritu hampir gila pasal nak siapkan final report. sekarang ni gila terbayang bayang rantai mustache ni pulak. aduuhhaaaiii. 
ye, memang aku G I L A. kau kesah apa? :p

haa, rantai yang aku tergila gila sangat tu sampai termimpi mimpi tu, ala ala macam ni la bentuknya. comel kan? kan kan kan. actually, rantai yang aku tengok tu fully warna silver.  kecil, comel molek je. siap boleh letak kad matrix sekali tau. pakej kan? bagus kan? berguna kan? tapi gambar ni tak sama. tak sebijik. tak serupa macam yang aku tengok. aku dapat tengok sekilas pandang je. tak berkelip mata aku time tu. comel gila kot! kalau la aku dapat, aku tak nak warna silver yang macam aku tengok tu, aku nak colour pink!  baru plus plus comel. hehehe. amboi, tinggi betul aku terbang berangan kan, konon konon dapat lah tu? elehh... biarlah, tak salah berangan angan dan simpan angan angan. bukan kena bayar pun.

i dont know why but i want it sooooo bad!!!
i like it sooo strong! i like it sooo strong baby!
hehehe. rindu nak dengar gurauan senda dengan ayat tuu.

dah merata aku search dalam laman sesawang, mana tahu kalau kalau ada somewhere yang buat iklan jual rantai tu ke kan, kalau kalau ada jual online ke, kepingin juga aku membelinya. aku nak sebijik macam yang aku tengok tu. tapi, hasilnya negative. ohh, sediihhhh. *tissue pleaseee. hihihi

untuk menenangkan jiwa raga aku di saat ni, sambil ditemani patrick tersayang yang setia di samping aku sentiasa tersenyum tanpa jemu melayan kerenah tuannya yang macam macam ni serta headfone aku yang dah nak barai dikerjakan adik adik kesayangan aku tu sepanjang aku pegi practikal haritu, aku pun dengar la favourite song aku dendangan "Mark Adam berjudul Pencuri" sambil makan chocolate dalam kotak merah di ikat ribbon berwarna kuning cair yang di bawa pulang sebagai cenderahati special dari johor bahru. wahh, nyam nyam nyamm... dapnye dapnye daaaapppnyeeeerrrrrrr!!!  

ye, dia benar benar "pencuri" yang berjaya m e n c u r i  dan berjaya membuatkan aku t e r-c u r i dengar dendangannya live for TWICE :)

My Practical Journey #part 2

Alright alright alright. kisahnya bersambung disini sini sini. tora datang lagi. tak pasal je tiba tiba tora, motif?  hehehe. okay back to the topic, setelah 2 bulan 3 minggu menghabiskan keringat dan menbanting tulang bagaikan mahu reput di Permaisuri Resort Port Dickson, pihak latihan industri institusi aku telah memindahkan aku dan rakan seperjuangan aku ke sebuah hotel yang baru dengan sebab sebab yang kukuh lagi sahih yang tidak dapat di elakkan sama sekali. 3 hari cuti diberikan untuk menguruskan segala urusan pertukaran tempat practikal ni. 3 hari tu tidak cukup sebenarnya. tapi aku manfaatkan juga 3 hari tu menjaga ayahanda tersayang yang berada di wad ICU di IJN  ketika itu. izzati sayang abah :)

Alhamdulilah, semua mimpi ngeri dan episod hitam telah lepas aku harungi bagaikan macam dah sampai ke penghujungnya. harini, aku mampu tersenyum girang dengan penuh kelegaan dan berkobar kobar rasanya nak meneruskan practikal di hotel baru ni. yeeehooo~
Dengan semangat yang baru, dengan azam yang baru, di hotel yang baru, aku dan rakan seperjuangan merangkap 'mate-mate' aku sorang tu lina lina lina, kami meneruskan saki baki 2 bulan 1 minggu menjalani practikal di hotel yang baru ni. sebuah hotel yang tersergam indah berdiri dengan kukuhnya dan betul betul terletak di bandaraya. kalau dah sebut bandaraya, maknanya kat sini tak ada lepak lepak amik angin tepi pantai layan perasaan lagi okay? hehehe :D
perli diri sendiri nampak gayanya, so padan lah muka, padan muka izzati! hahaha.

Avillion Legacy Melaka nama diberi. maka, bermulalah episod baru dan chapter yang baru walaupun dalam buku yang sama menjalani practikal. saat pertama aku menjejak kan tapak kaki di hotel ni, aku betul betul berharap dan berdoa tiada lagi episod ngeri berulang kembali dan moga ini merupakan episod terindah dalam zaman practikal aku. moga disini lebih baik dari yang sebelum ni. amin amin amin.

with coffee house manager yang ter-amat-sempoi

rakan rakan se-practikal walaupun berlainan institusi.
korang memang sangat best <3

ni pulak, Mr Bean yang versi Malaysia.
hihihi

bersama kapten kapal yang sangat awesome :) 

Alhamdulilah syukur sekali lagi, doa aku didengari dan dimakbulkan Allah SWT.
Di sini aku dapat menimba banyak sangat ilmu baru yang tidak tertanding rasanya. semua yang aku tidak dapat kecapi di hotel lama, aku dapat kecapinya dengan begitu suksess sekali di hotel baru ni. ye, mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi. mungkin yang Allah nak aku belajar rasa susah dulu baru rasa senang. di sini, sungguh melimpah luah rezeki yang datang tidak pernah putus. aku sangat bersyukur. Allah kurniakan aku dengan kenalan yang baik baik hati belaka. mereka tidak sombong dan tidak kedekut ilmu bahkan lagi banyak lagi ilmu yang dicurahkan tanpa jemu.
terlalu banyak sangat kenangan manis di hotel baru ni. dengan kenangan kenangan manis yang tercipta di hotel baru ni, bagai menutupi segala episod hitam yang berlaku di hotel lama. terima kasih guys! jasa you all akan di kenang selamanya. ye, selamanya. ingat tau, selama lamanya. hihihi
buah honeydew yang berukir
'i love izzati'
sungguh tulus gurauan staff cina yang memberikan aku buah ni.
kini semuanya menjadi kenangan kan. 
hurmm...
tergambar senyuman di wajah aku dan mate mate, penuh kegiranganya dihati kami hidup menimba ilmu dan menyerlah di hotel yang baru ni. terima kasih sekali lagi you all, sebab memaniskan perjalanan semasa menjalani zaman practikal ni. segala kenangan yang ada akan aku abadikan dengan penuh penghormatan. setiap hari aku siram dan baja kenangan kita supaya kenangan indah tu sentiasa mekar dan segar dalam ingatan dan tak akan pernah lupus. 
salam sayang, izzati 

My Practical Journey #part 1

Okay readers, macam yang korang dah sedia ada tahu, few month ago aku dah tak update entri baru dekat blog kesayangan aku ni. base on one reason, aku busy busy busy dengan practical life aku la. apa lagi. Ohmaigoshh! macam masuk penjara rasanya. hahaha. so, this is my chance nak share dengan korang 'saat saat indah perit duka lara' yang aku alami sepanjang aku menjalani dunia practikal 5 bulan tu. wahh, sengsaranya bukan kepalang. tapi bebekalkan niat yang tulus lagi murni, untuk menimba ilmu semata demi segulung diploma di genggaman, aku gagahkan juga jiwa raga menempuh segala rintangan yang datang. ewahhh. huhuhu.

My practical journey begins....
first hotel untuk aku, Permaisuri Resort Port Dickson.

17 jun 2013 bersamaan hari isnin. hati ni rasa berdegup kencang bagai dipukul ombak deras. wahh, puitis gitu ayatnya. haha. kaki ni menjejakkan tapak kaki yang pertama di sebuah hotel. dengan memengang erat fail, di gagahkan juga kaki ni bergerak menuju ke pejabat human resource untuk melaporkan diri tanda pengesahan menjalani practikal secara officially. so, bermulalah segala cerita ceriti yang tercoret sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar practikal di dalam dunia perhotelan. lagi lagi di tempat yang baru. di dalam sebuah dunia yang baru. welcome to hotelian life.
from first day until minggu yang ke 8 aku di tempatkan di department housekeeping. penat, memang penat. yela, nama pun housekeeping kan. setiap hari membanting tulang. setiap hari mengeluarkan keringat demi mencapai segulung diploma ditangan. aku bertarung tenaga fizikal dan mental. aku meniti hari hari yang berlalu dengan penuh sabar. rasa macam lambat sangat hari tu berlalu pergi. lambat sangat. tapi apakan daya, aku dan rakan rakan se-practikal ni layankan je.

okay, ini Denish, sama tak gambar dia dengan lakaran yang dilukis kan tu? huhuhu. dialah penyeri housekeeping dan boleh dikatakan dialah penyeri hotel ni dengan mulut kepohnya mengalahkan perempuan. asyik bergosip je yang dia tahu. setiap pagi, tu lah sarapan dia. kalau nak tahu, dialah perosak bahasa melayu sebab dia selalu rojakkan bahasa melayu dengan bahasa tamil. hahaha. tapi, dia kelakar orangnya, kadang kala tergenyah genyah mengalah kan perempuan. jalan pun kepit je. huhuhu. kalau dia offday, maka sunyilah hotel tu tanpa suara dia yang selalu bising dalam walkie talkie.

ni pula semua housemate aku. comel comel kan mereka? 
meriahkan wajah wajah kami? 
auuuwww! 
ni semua dalam gambar je, walaupun in realitynya tersangatlah terseksa menjalani hari demi hari practikal ni. hikhikhik


hmm.. dengan merekalah aku menyambut kedatangan bulan ramadhan dan dengan muka muka mereka jugalah aku menyambut syawal. first time in my life, satu syawal tidak bersama keluarga. lain sungguh rasanya. lain sangat. pada pagi 1 syawal tu, seawal 6 pagi aku dah terpacak dekat hotel. sunyi je waktu tu. aku pun melangkahkan kaki ke pantai menghirup sedikit udara nyaman di pagi hari. sepoi sepoi je angin pagi tu. lama aku duduk dekat tepi pantai tu mengenangkan nasib badan sampailah matahari timbul. saat tu, terdetik dekat hati kecil aku ni, 'ohh.. macam ni rasanya beraya di perantauan jauh dari family kan' hurmm... pejam celik, pejam celik menatap wajah mereka hari demi hari, 2 bulan telah berlalu. rasa macam dah 2 tahun tak pulang ke rumah ayah bonda. rinduuuuunnyaaaaaa!!!!
aku pun pesan dekat diri aku, 
'takpe izzati, 3 bulan je lagi. bertahan lah wahai izzati! you can do it princess!'

tup tup tup, perjuangan aku di hotel ni, hanya bertahan selama 2 bulan 3 minggu je. maka, bakal berakhir perjuangan aku di hotel ni. hurraaayyy!!! selamat tinggal semuanya. selamat tinggal kawan kawan se-practikal. selamat tinggal segala kenangan pahit dan manis. maaf, aku dan lina pergi dulu. sebelum meninggalkan mereka, aku ada meninggalkan sepucuk warkah buat housemate tersayang di sana. kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye kawan kawan. banyak sangat kenangan kita bersama :)

nak tahu kenapa aku ditukarkan tempat practikal dan di manakah aku menjalani practikal selepas itu? tunggu. tunggu entri My Practical Journey #part 2 nanti. hehehe. 

John Johnny Jonnet

" Dia memang suka tempik tempik jerit sana sini dengan suara kasarnya, tapi dalam dunia nyata kelakar dan suka suki itulah sifat sebenarnya.
Dia nampak je macam ganas , tapi dalam hati Dia ada taman bunga yang hidup mekar mewangi penuh dengan segala zat. 
Dia nampak je macam kuat fizikal dan mental di luaran, tapi hakikatnya dalaman Dia sungguh sensitif orangnya.
Dia nampak je macam garang dan bengis, tapi sebenarnya Dia tersangatlah manja dan baik hati orangnya. "

ye, itu Dia. 
biar lah orang nak kata apa pun tentang Dia, aku tak kisah.
tapi perlu ingat pepatah inggeris , 
 "dont judge a book by its cover"
am i right?
wahh, class gituu. hihihi

Awal awal pagi lagi Dia dah terpacak memakir kereta miliknya betul betul depan pintu masuk hotel dengan penuh bergaya. kalau pakir kereta dekat sebelah tokong cina tu maknanya dia datang lambat lahh tu. hehee. setiap hari Dia mulakan dengan greeting standard hotel 5 bintang 'selamat pagi' dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya. manis bagaikan gula pasir. hikhikhik. 

Firstly aku nak cakap terima kasih sebab sudi berkawan dengan 'budak training' macam aku dengan lina lina lina yang tak berapa nak betul sangat ni. hihihi. yela, sebelum ni, budak training mana lah nak pandang kan. emm, terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang kita berada dalam department yang sama dan sebelum berada dalam department yang sama juga. Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan. Dia sentiasa ada diwaktu waktu aku perlukannya. amboi, bunyi macam superhero pula. datang menyelamatlkan mangsa yang kena serang, kan kan? hahaha :D okay okay, sambung balik, aku tak pernah lupakan semua jasa baik Dia yang dia pernah taburkan sepanjang aku menjalani practikal di sana. aku ter-sangat-lah menghargai segala galanya sepanjang aku berada disana. you know what i really meant. 

Dia kata, seumur hidup Dia tak pernah tangkap gambar buat peace. macam geli je. macam selebet je. macam budak budak tak matang je. ewahh, banyak pula macam ye? hehehe. kesah pulak aku kan, so aku paksa Dia tangkap gambar sambil buat peace. kemain susah lagi nak buat. keras kejung je tangan Dia. mengambil masa dalam satu jam juga lah. tapi takpe, asalkan hajat aku tertunai. bak kata Dia, "bila sorang (takde kembar dia), mesti akan kena buli punya" so, bila ada peluang emas didepan mata ni, aku gunakan sebaiknya. jahatkan aku? hihihi. masa ni mungkin Dia rasa aku buli Dia, tapi bila 'masa tu' dah berlalu, ni semua jadi kenangan yang terindah buat aku. seriously, ini bukan katakata gulagula kapas :)

 aku suka tengok dia ketawa. bukan senang dan bukan sebarangan orang yang dapat tengok saat Dia tertawa gembira. bagaikan permata ada dalam mulut Dia tu. hehehe
finally, Dia berjaya buat peace dengan begitu sempurna berserta senyuman comel yang terukir dibibir.
waalaaweehh~ 
i know you can do it very well :)

ingat lagi steamboat yang rasa macam PEMADAM ni? 
sedap memang sedap tapi rasa pemadam tu pun enak juga.
kenyang perut maktemah telan pemadam ye, hahaha.

terima kasih atas segala rezeki yang melimpah luah di berikan pada aku dan lina lina linaaa. kami sangat sangat menghargainya. 
makin gemuk lah kami. makin gemuk lah kami.
arghhh, tidaaakkkk!
hehehehe

Bila di ingat kembali, di awal perkenalan aku agak kasar dengannya. aku dengan lina malu malu kucing lahh kunun. jual mahal. hahaha. kadang kala aku suka sakitkan hatinya, tapi percayalah itu semua hanya gurauan semata wahai teman :) bila kita dah kenal seseorang tu baru kita tahu setiap orang lain caranya, lain gayanya, lain kerenahnya. Dia dan kembar dia memang superbfantasterbest.  seriously. mereka sangat memeriahkan hari demi hari sepanjang aku menjalani practikal disana dengan perangai gila gila, kelakar, happy go lucky mereka tu. best sangat, even ada orang cakap tempat mereka buat kerja tu "wad gila" kesah pulak mereka kan. mulut orang tak boleh nak tutup. bagi aku tu semua katakata cemburu yang dihamburkan. betul tak you all? kan kan kan? hihihi. mereka selalu melayan kerenah aku dan lina tanpa jemu. tergambar keikhlasan itu. Big thanks goes to you. yeahh, YOU.

emm... minta maaf, kalau aku publish gambar gambar ni tanpa izin Dia. Dia selalu bising sebab aku asyik nak snap snap gambar je. bukan satu dua, banyak pula tu nak snap. kalau boleh semuanya aku nak snap. aku bukan apa, macam yang aku selalu cakap pada dia "setiap gambar ada cerita" sekarang ni, aku rasa Dia dah faham kot kenapa aku suka snap gambar banyak banyak tu. hihihi

Rasa bagai nak GILA

Fuhh, berhabuk bersarang sudah blog kesayangan aku ni. almaklum laa, 5 bulan aku pergi meninggalkan dunia blogger dan mula struggel menjalani 'dunia practikal' serta ditinggalkan blog kesayangan dengan tidak terjaga, tu yang terabai macam ni. hihihi. so aku ada masa beberapa minggu free ni sebelum naik ke semester baru, bolehlah aku mula berceloteh kembali. hehehe


ni aku pun curicuri view blog sambil update entri terbaru sambil buat final report yang berlambak lambak menunggu aku untuk siapkan. aduhhaiii. fining finingg, my head is spining spining. hahaha :D di sebabkan aku ada masa beberapa hari je lagi untuk siapkan final report yang aku baru mulakan mukadimah je ni, aku jadi macam kelam kabut, aku macam hilang fokus, semua benda yang aku buat semuanya tak menjadi. semuanya ada je yang tak kena. aku macam hilang diri aku lemas dalam lautan yang aku pun tak tahu mana datang lautan ni. aku macam tak tentu arah, yela mana tak nya kan, tidur pun setakat beberapa jam je memejamkan mata then celik mata je terus menghadap lappy kesayangan ni untuk continue siapkan report. aku tak suka keadaan diri aku yang sekarang ni. aku rimaaaaaaassss! adik aku cakap aku gila, sebab cakap depan lappy sorang sorang. aku tak suka. tak suka tak suka. ermm, sampaikan aku nak masak semalam, aku boleh terhiris jari aku sendiri. aduuhhaaii, sakitnya bukan kepalang. hurmm, nampak tak aku macam tak berapa nak stabil, fokusku terganggu. tolong, tolong sayaaaa! hehehe

ni lah padahnya jika buat sesuatu kerja kalau tak fokus. 
padan muka kau izzati!!! rasaaaaakaannn!
hahahahaa :D

by the way, setelah penat lelah peluh berjurai bersengkang mata beradu tenaga bertarung untuk siapkan final report untuk industrial training ni, akhirnya aku berjaya siapkannya. Alhamdulilah syukur. terima kasih Ya Tuhan kerana berikan aku kesempatan untuk siapkannya report yang sangat penting buat aku ni.