Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Rasa bagai nak GILA

Fuhh, berhabuk bersarang sudah blog kesayangan aku ni. almaklum laa, 5 bulan aku pergi meninggalkan dunia blogger dan mula struggel menjalani 'dunia practikal' serta ditinggalkan blog kesayangan dengan tidak terjaga, tu yang terabai macam ni. hihihi. so aku ada masa beberapa minggu free ni sebelum naik ke semester baru, bolehlah aku mula berceloteh kembali. hehehe


ni aku pun curicuri view blog sambil update entri terbaru sambil buat final report yang berlambak lambak menunggu aku untuk siapkan. aduhhaiii. fining finingg, my head is spining spining. hahaha :D di sebabkan aku ada masa beberapa hari je lagi untuk siapkan final report yang aku baru mulakan mukadimah je ni, aku jadi macam kelam kabut, aku macam hilang fokus, semua benda yang aku buat semuanya tak menjadi. semuanya ada je yang tak kena. aku macam hilang diri aku lemas dalam lautan yang aku pun tak tahu mana datang lautan ni. aku macam tak tentu arah, yela mana tak nya kan, tidur pun setakat beberapa jam je memejamkan mata then celik mata je terus menghadap lappy kesayangan ni untuk continue siapkan report. aku tak suka keadaan diri aku yang sekarang ni. aku rimaaaaaaassss! adik aku cakap aku gila, sebab cakap depan lappy sorang sorang. aku tak suka. tak suka tak suka. ermm, sampaikan aku nak masak semalam, aku boleh terhiris jari aku sendiri. aduuhhaaii, sakitnya bukan kepalang. hurmm, nampak tak aku macam tak berapa nak stabil, fokusku terganggu. tolong, tolong sayaaaa! hehehe

ni lah padahnya jika buat sesuatu kerja kalau tak fokus. 
padan muka kau izzati!!! rasaaaaakaannn!
hahahahaa :D

by the way, setelah penat lelah peluh berjurai bersengkang mata beradu tenaga bertarung untuk siapkan final report untuk industrial training ni, akhirnya aku berjaya siapkannya. Alhamdulilah syukur. terima kasih Ya Tuhan kerana berikan aku kesempatan untuk siapkannya report yang sangat penting buat aku ni.

Ku Pohon Doa Kalian

"Aku mesti sentiasa ingat dan yakin, segala ketetapan dari Tuhanku itu bukanlah untuk menyusahkan dan menbebankan aku. Tuhanku yang menciptakan aku. Dia mengetahui segala kelemahan dan kekurangan aku. Dia mengetahui segala kesanggupan dan kemampuanku. Dia mengetahui aku sebenarnya mampu atau tidak. Dia tidak akan menzalimi dan mempersiakan aku. Segalanya itu untuk membentuk dan menjaga aku. Kelak aku pasti kembali kepadanya semula. Disaat-saat yang terus berjalan ini, aku akan usaha dan terus bangkit usaha untuk buat yang terbaik meraih kejayaan dunia dan akhirat. Aku akan terus berdoa dan terus berdoa."

Aku pohon doa dari kalian semua juga, doa kan kesejahteraan dan pulihkan semula kesihatan Ayahanda tercinta yang baru lepas selesai operation ni. tatkala aku menaip entri ni, aku sedang setia menunggu di hadapan wad ICU, lokasi - IJN. 

Tolong doakan moga di berikan kesihatan yang lebih baik, cepat sembuh dan doakan yang terbaik ye untuk ayahanda aku yang tercinta ni. ayah tiada gantinya. aku sayang abah <3 
abah boleh!  abah boleh!  abah boleh! 
abah kuat kan?  izzati tahu abah kuat :) 

Dalam Al-Quran dinyatakan: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah 286) Tuhanku tidak akan susahkan aku, tidak biarkan aku dalam kesukaran, melainkan itu memang aku mampu buat sebenarnya, demikian aku perlu berusaha dengan sentiasa pohon kekuatan kepada-Nya” 

Doodle #1

Hehehehe. . . Hihihi. . .  aku suka. aku suka. aku sukaaaaa!
sebab aku berjaya buat. Alhamdulilah, berjaya.
cubaan pertama aku nak lukis doodle sendiri dah terlaksana, even tak adalah berapa cantik or comel. tapi takpe, aku puas. puas sangat. hati aku puas. aku tahu aku boleh buat cuma masa yang tak mengizinkan aku untuk mencuba. so dah dapat sebulan lebih cuti sem ni, aku mencari-cari mood untuk cuba membuatnya.
menjerit keriangan dapat juga aku hasilkan doodle hasil tangan aku sendiri.
nak tengok? boleh boleh boleh tengok,
tapi. . . .jangan kutuk tau. tahu tak lah secantik mana. sehebat mana.



ni la doodle cubaan pertama aku.
hihihi, bila aku tengok balik macam kelakar pun ada.
tapi takpe, impian aku dah terlaksana.
aku puaasssss. aku sukaaaaa.
kalau la ada yang nak guna doodle aku ni, boleh boleh boleh.
TAPI, kena minta izin aku dulu as OWNER, kena follow belog aku ni dulu, and bila dah copy tu jangan lah lupa creditkan sikit dekat belog aku.
jangan la jadi seperti kacang lupakan kulit ye. heee

Bertukar!

yeeehoooooo~ *menjerit sakan heee. wah wah wahhh! actually aku tengah teruja semacam ni, rasanya malam ni confirm aku tidur senyum sampai ke telingalaahhh nampaknya. hihihi. sebenarnya aku dah lama dah berniat nak tukar background blog aku ni. yela, mana tak nya, dah bertahun aku pakai background kesayangan handmade aku ni, now i think its the right time to make a change. right?

yang ni background handmade aku yang dah aku guna since 2011 tak pernah tukar,
lama kan?
nampak tak aku ni jenis yang setia, haha
kwangkwangkwangg


yang ni pula background baru yang freshieee handmade aku,
wanna to launch it todayy.
yeepieee :)
suka suka suka!
i very very very like it! love it!
aku tak kesah if korang nak kata tak cantik or tak suka or whatever,
yang penting hati aku menyenanginya, menyukainya.
just wanna feel free share in my own blog :)

Nasib Malaysia

5 Mei 2013 bersamaan dengan hari Ahad, iaitu harini lah.
hari yang penting dan wajib bagi semua warganegara Malaysia.


Rakyat Malaysia keluar mengundi untuk mengundi para pemimpin yang berwibawa bakal memerintah negara. negara kesayangan, Malaysia. 
hanya sepotong ayat aku mahu katakan from my point of view, 

"orang bijak akan mengundi-memilih-memberikan mandat kepada orang yang betul-betul bijak dan layak. orang yang bijak juga nampak nasib dan masa depan negara yang cemerlang di tangan siapa"

well, nasib Malaysia bergantung kepada para pengundi yang layak mengundi, tak macam aku ni. next PRU baru boleh mengundi. tunggu next PRU lah ye baru aku undi, heee. 
so hanya dari jauh, 
aku doakan yang terbaik untuk Malaysia, tanah tumpah darahku.