Pages

awak follow saya, saya akan follow awak balik :)

nuffnang sini

Dunia Baru Saya

Sebagai mukadimah, lebih afdal aku mulakan dengan, assalammualaikum kepada semua para-para readers and blogger walking. First thing aku nak cakap, rinndduuuuuuuunnyyyaaaaaaa...!!!
Lama sangat kan aku tak merajin-rajin kan tangan aku ni untuk meng-update blog ini. Almaklum la aku ni seorang yanag sangat "pemalas" untuk ke cyber cafe sebab laptop sedang dalam proses dibaiki.
Ni pun aku online guna laptop abah aku sebab nak buat assignment yang bertimbun-timbun menunggu aku untuk menyiapkannya, so sambil-sambil menyelam minum air lah kan kan?
hihi

okay okay, sekarang aku nak bercerita tentang suatu perkara yang telah mengubah seluruh kehidupan harian aku kepada kehidupan yang baru. kehidupan yang aku angan-angan kan dan aku impikan semasa aku kecil-kecil higusan dahulu. hehe aku pasti, semua orang mesti ada angan-angan masa kecil-kecil dahulu untuk sambung belajar lepas tingkatan 5 kan? sama juga lah dengan aku. and now aku dah dapat menyambung pelajaran aku ke peringkat Diploma. Alhamdulilah. Moga selangkah aku menjejakkan kaki di situ akan berjaya hingga ke majlis graduasi kelak. Amin :)

ehemm , dimana ye?


ya betul, aku sekarang merupakan salah seorang daripada pelajar yang menuntut di Politeknik Merlimau, Melaka. Rasa syukur sangat aku diberi peluang untuk meneruskan pengajian, mungkin rezeki aku dekat poli ni kan, so aku terima dengan redha je ketentuan Tuhan ni. since 28/12/2011 aku mendaftarkan diri dekat poli ni, aku jumpa dengan bermacam-macam jenis orang, ada yang dari berlainan negeri, berlainan agama, berlainan bangsa, dan juga part paling best berlainan jantina lah molek-molek belaka. hihihi

Nak kata satu ke ajaiban ke satu kebetulan pun aku tak tahu nak kata yang mana satu, ermm dekat poli ni, aku ditemukan semula dengan kawan-kawan sekolah lama aku yang beralamat sekolah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. hamboi, siap nama penuh sekolah lagi aku bagitahu ni. excited terlebih sudahh. HAHA aku rasa macam tak percaya dapat jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah and sekolah menengah aku dulu-dulu tu. yang jadikan lagi best kitaorang memang best friend masa sekolah lah kata kan. Credit to mybestie Siti Suria Eliza bt Misri and Mohd Amirol Shah bin Fadil , termakbul rasanya doa-doa ketika kami kecil-kecil dulu nak sambung belajar ditempat yang sama. terima kasih Ya Tuhan sebab tunaikan hajat kami ini dan pertemukan kami semula disini. 



Dulu kami sama sekolah sekarang kami sama IPTA :)

Sekarang bukan zaman sekolah- sekolah lagi. dah masuk dunia IPTA ni kena lah hidup berdikari dan pandai bawa diri di tempat orang. Dah besar kan. hehe ayat macam kenal! :D
Jom kita masuk ke cerita minggu suaikenal dan minggu-minggu seterusnya.


Masa Minggu SuaiKenal 4 hari tu memang sangat-sangat lah penat, jadual yang telah disediakan oleh pihak poli untuk kami tersangat-sangat lah pack gila dari seawal 4:30 pagi lagi siren berbunyi untuk mengejutkan kami-kami para pelajar junior bangun dari tidur yang indah dibuai mimpi, untuk pergi mandi menyegarkan diri dan bersiap-siap untuk ke Pusat Islam An-Nur mendengar tazkirah Subuh sekaligus solat subuh berjemaah.  lepas solat pula terus ke dewan Platinum mendengar segala macam penerangan demi penerangan bagi kami melangkah masuk dengan memperlengkapkan diri ke dunia IPTA dan Politeknik. seterusnya program diteruskan lagi hingga ke malam jam 12. penat kan? hari-hari macam tu boleh jadi gila rasanya. hehehe tapi alhamdulilah 4 hari minggu suaikenal tu berjalan dengan lancar untuk aku.

Lepas habis je minngu suaikenal tu terus dibahagikan kelas dan dah mula dah belajar ikut program yang di ambil masing-masing.
ni lah sebahagian daripada rakan-rakan sekelas aku dan seangkatan dengan aku dari sem 1 ni hingga lah ke sem 6 nanti, insyaAllah.






setiap petang lepas aku habis kelas, aku dan rakan-rakan taulan akan melakukan aktiviti beriadah, nak tahu beriadah apa? beriadah perut! HAHAHA
pelik kan bunyi? pelik tapi benar. haha beriadah perut pada waktu petang amat amat lah mujarab katanya bagi aku sebab tu aku beriadah perut sepuas-puasnya. ada bermacam-macam pilihan yang aku selalu makan+makan+makan=beriadah perut diwaktu petang seperti jagung manis, ice cream, kebab doremon, nasi rm1.80, chocolate, kerepek nyamnyam dan dan dan sebagainya. 




bila perut sudah penuh memang sedap lah kan balik bilik dan melakukan terapi mata pula. terapi mata macam mana kau tanya? tidur lah! HAHA memang makin sihat aku since duduk poli ni pagi pegi kelas petang makan malam tidur.:)

bila tak dapat melakukan terapi mata lepas makan tu akan dijangkiti satu virus "ketidakbetulan" sementara waktu. awas penyakit ini berjangkit! ni adalah contoh-contoh pesakitnya, hihihi


okay then, assignment aku tu pun dah penggil-panggil aku untuk menyudahkan kerja tertangguh tadi akibat leka menghadap blog kesayangan aku ni. aku rasa sampai sini je la dulu aku berceloteh pasal dunia baru aku di politeknik ni. nanti ada masa aku akan merajin-rajinkan tangan ku ini ye readers? terima kasih kerana membaca, love ya <3